Monday 30 July 2012

Merajuk

Assalamualaikum

Err bukan ChicNa yang merajuk ye tapi potet. Sabtu lepas kita melayan si potet main lukis-lukis. Tetiba kan kita terbuat dia merajuk. Sengaja kot terbuat. Hee..

Tengok la muka sememeh je. Saje je kan dok kat tempat panas tu nak mintak simpati. Kesian pulak kita tengok.


Pujuk punya pujuk, ok la sket. Tapi still merajuk.


Oh semalam dah ok dah. ChicNa siap belanja dia coklat lagi. Huhu..
Hai auntie, hai uncle.. :)


# Thanks untuk wishes & doa kawan-kawan.
   Moga kawan-kawan semua sentiasa dirahmati.
*walaupun saya peminat Paul Mc Cartney.

Saturday 28 July 2012

Lapan Ramadhan

Assalamualaikum

Err tengah tunggu berbuka. Lagi setengah jam. Korang dah ready nak berbuka? Korang berbuka makan ape? Mesti sume makan best2 kan.
Tau la lapar seharian berpuasa, tapi jangan la sampai macam ni k. Tercekik nanti susah lak. Hikhik..

Selamat berbuka semua. Makan tu biar berpada-pada. Kalau terlebih makan nanti tak larat lak nak solat Maghrib & terawih. 

Salam 8 Ramadhan. (^_^)V

Thursday 26 July 2012

Oh Lalat

Assalamualaikum

Pernah kan baca satu hadis Rasulullah SAW mengenai lalat yg menjelaskan 'jika ada lalat jatuh ke dalam minuman, hendaklah dicelupkan lalat tersebut sepenuhnya ke dalam minuman kemudian membuangnya, kerana di antara salah satu sayapnya mempunyai racun dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penawar'.

'Di antara salah satu sayapnya mempunyai racun' menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia dan mengandungi banyak kuman yang memudaratkan. Ini terbukti berdasarkan kajian yang mendapati lalat pada luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda bakteria berbanding luarannya.

'Dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penawar' menunjukkan tubuh lalat yang sama juga mempunyai bahan anti bakteria yang bermanfaat bagi manusia. Ini disahkan oleh saintis yang mendapati ada virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh bakteria. 

Kajian ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh bakteria seperti Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu.

Bunyi cam geli je kan nak celup balik lalat tu tapi itu la kebenarannya. Korang nak tengok bakteria tak? Meh kita share ngan korang rupa bakteria2 yg dah diculture atas medium, hasil ternakan ChicNa. ;)

PICT 1: E-coli (blue)              PICT 2: S.Paratyphi (pink)
Banyak tak? Ni bakteria dari makanan yg cuma 0.1ml dari sampel yg dah dicairkan 1000 kali tau. Tak dapat imagine kalau makanan tercemar tu berapa banyak bakteria yg ada. Gulpp!

# Sesapa yang selalu beli makanan kat bazar Ramadhan tu tengok2 jugak kedai yg korang nak beli tu bersih ke tak, banyak lalat ke tak. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. ^^

Wednesday 25 July 2012

Lima Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni dah 5 Ramadhan. Cepat je rasa.

* Heart touching*

Bersyukur dan hargailah segala nikmat & kesempurnaan fizikal yang telah dikurniakan kepada kita. :)

# Hari ni birthday salah sorang geng GSF, Cik Nur. Happy birthday!

Sunday 22 July 2012

Pelangi

Assalamualaikum brothers & sisters

There's always a rainbow after the rain.

Masa ni tak hujan pun, tapi tetap ada pelangi. (^_^)


Tiada kemanisan tanpa kepahitan, dugaan atau rintangan.
Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.
Setiap kesenangan akan ada bayaran. - iluvislam

# Positive thoughts to start my lazy Sunday. (^_^)V

Saturday 21 July 2012

Satu Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni 1 Ramadhan 1433H.
Credit to Mama Arina utk doodle yg kiut ni. :)

Hadis riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang bermaksud: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.

Selamat menunaikan ibadah puasa kawan2. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan sentiasa diberkati. (^_^)V

Thursday 19 July 2012

Fallin'

Assalamualaikum

Macam ni pun ada ke?

Kan dah betul2 fallin'. Hehehe..

Moral of the story??

Sunday 15 July 2012

Coklat #18

Assalamualaikum

Coklat time yeahhh..

Coklat untuk majlis pertunangan adik kepada Cute Mama.
For the second time Cute Mama order coklat. Layann..

Kami dah tunang. Yezza!


~Ana & Hafiz~


~Selamat Bertunang~


Cute Mama jugak order coklat untuk birthday best frennya
Cik Mitchikebetulan date kejadian dekat2.

Happy birthday Cik Mitchi! M&M candy tu ChicNa letak special utk Masha sbb m=masha. Hehe..

TQ so much Cute Mama. ^^

Friday 13 July 2012

Terbaik


Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.

Take five! Jumpa post menarik ni kat FB kakak gojes.

Al-Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab:

Jika dia wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10

Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

dan jika dia dari keturunan yang baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika tiada yang '1', maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali '0'

# To all sisters, jom jadi wanita terbaik & to all brothers,
   fikir-fikirkan yang terbaik. :)



Segmen Ayu : Saya Blogger Dari...

Assalamualaikum

Nak join first segmen dari Ayu. Sebenarnya ChicNa memang jarang join segmen atau GA. Sesekali je join untuk support geng. :)


Saya blogger dari Kelantan Darul Naim.

Nak sambung lagi..

Dilahirkan & dibesarkan @ Pontian, Johor.
Belajar @ Kuantan, Pahang.
Pernah tinggal & keja @ Subang Jaya, Selangor.
Sekarang dah balik & menetap ngan family @ Wakaf Bharu, Kelantan.
Sila2 sape nak datang raya. Jgn lupa bawak duit raya. Hihi..

Tempat2 yg kita pernah tinggal tu semua best2 & banyak kenangan terindah. Jauh gak ChicNa mengembara. Dari barat ke timur.
Panjang pulak citer kan. Huhu.. 

Ok, nak tag kawan saya Cik Cun. Meh join meh. :)

# Yang lain pun meh join sama. Klik je banner tu. Selamat bersegmen.

Wednesday 11 July 2012

Susah atau Senang?

Assalamualaikum



Jom kita tengok apa kata survey. (^_^)V

# Susah atau senang tetap perlukan masa.

Tuesday 10 July 2012

Seni Makan Coklat

Assalamualaikum

Ada yang tengah makan coklat ke? Sebelum tu meh sini baca dulu. ChicNa nak share tentang cara-cara untuk menikmati coklat. Nak makan coklat pun ada seni tau. Baru la feel. Huhu.. Tapi selalunya kalau dapat coklat tu terus ngap je kan. Hehe.. Kita la tu. ;)

Sebenarnya seni makan coklat ni melibatkan kesemua lima deria kita.

Lihat
Belek2 sket coklat tu tengok dia punya tekstur, warna dan permukaan yang sepatutnya licin dan berkilat.

Sentuh
Sentuh coklat tu sama ada rasa lembik atau keras, melekit, kasar atau halus. Coklat yang berkualiti mempunyai tekstur yang licin.

Dengar
Err coklat ada bunyi eh? Agak2 kalau coklat ada bunyi korang berani makan tak? Hehe.. Sebenarnya coklat akan keluarkan bunyi bila dipatahkan. Kalau korang dengar bunyi patah 'crack' tu macam best & coklat tu senang dipatahkan, maknanya sedapla coklat tu. Kalau coklat tebal tak aci la kan. Tengok jugak pada kesan patahan sama ada kemas atau berterabur.

Bau
90% dari rasa adalah bau. Sebabnya bau atau aroma sesuatu makanan tu la yang akan membangkitkan selera kita. Pastikan coklat tu berbau koko. Kalau coklat tu bau belacan, musykil gak la nak makan kan.

Rasa
Baca Bismillah dulu ok. Pastu rasa coklat, gigit sikit je dulu. Letakkan atas lidah & biar coklat tu cair dengan sendirinya. Nyumm.. Kalau coklat tu terus cair tanpa rasa kasar atau berpasir, tandanya coklat tu berkualiti. Kalau coklat tu rasa berlemak, lambat cair & tiada bau koko, coklat tu kurang berkualiti. Sebaiknya coklat dimakan pada suhu bilik sebab lebih terasa keenakannya.

Apepun, keadaan ni bergantung jugak la sebab rasa tu kan subjektif & ia mungkin berbeza bagi setiap individu. Cuba time korang tension @ sedih, korang makan coklat ikut step-step ni, maybe korang akan rasa lebih happy. Kita dah cuba. Hehehe..

Tolongla jangan makan coklat sembunyi2. Hikk..

Sunday 8 July 2012

Sunday's Notes

Assalamualaikum

Friday 6 July 2012

Coklat #17

Assalamualaikum

Salam Jumaat..
Coklat time!

Coklat kali ni agak special sikit sebab untuk dihadiahkan kepada kawan sebagai tanda penghargaan & terima kasih. So sweet. Maybe kawan dia suka menolong kot. Betul tak cik adek manis? :)

Special untuk Ada..


Thanks!


Tema merah & purple..


Tadaaaa..

Hope kawan awak suka. Thanks adek manis. (^_^)V


Thursday 5 July 2012

Debu-debu Bintang

Assalamualaikum

Sambungan kepada entri semalam 'The Fallen Star'. Sebenarnya ni adalah sebuah movie adaptasi novel yg bertajuk 'Stardust'. Logik la kot ramai tak tau sebab the fallen star tu bukan lah tajuknya, cuma subjek utama dalam citer ni. Hehe.. Lagipun movie ni dah lama, tahun 2007. Dalam ramai2 sis Aima je yg tau, Romeo Laut pun tau cuma dia lupa tajuk. Yang lain2 dah tau tak citer ni?

Tengok poster ni agak2 ingat kot. :)
Ni adalah the most favret movie bagi ChicNa setakat ni. Cam korang gak mesti ada yg minat Twilight ke Titanic ke Armageddon & so on.

Lepas tengok movie ni baru tau yg ia adalah adaptasi novel. So kalut pulak cari novel, tp tak jumpa sebab novel Stardust ni released tahun 1998. Lama kot. Lepas dua tahun movie ni keluar (2009), baru la dapat novel nya. Tu pun hadiah dari bestfren ChicNa yg paling sweet.

Inilah dia. *Lupa nak off camera flash.

Sebenarnya kita baru habis baca novel ni utk kali ke-?? berapa ntah. Tak ingat sbb dah banyak kali. Kalau dah suka mana nak reti bosan kan. Kalo novel lain sekali dua je tak tau campak mana dah. Movie ni pun dah banyak kali gak tayang kat tv. 2,3 bulan lepas pun ada ChicNa tengok. Korang ada tengok tak?

Citer nya tentang seorang pemuda yang jatuh cinta dengan seorang gadis jelita dan dia telah merancang satu misi semata-mata utk memenuhi sebuah janji. Nak tau tak ape janji dia?
Untuk mencari & membawa balik 'fallen star' seperti yg diminta oleh kekasih dia tu. Sanggup tau dia bersusah payah.

Dalam misi tu dia telah terperangkap di alam magic yg sangat tak masuk akal. Part tu la sebenarnya yg paling ChicNa suka. Hehe.. Movie ni agak fiction, diselitkan jgk unsur2 romantik & humour. Ending nya best, tapi unexpected.

Nak tau tengok movie @ baca novel sendiri k.. ^^ 

Wednesday 4 July 2012

The Fallen Star

Assalamualaikum

What happens when you make a promise to bring back a fallen star?
















# Sape tau novel atau movie ni? (^_^)V

Sunday 1 July 2012

Dreams

Assalamualaikum

'We grow great by dreams' - Woodrow Wilson

The Pursuit of Happyness movie

So friends, let's fight for our dreams. Aja-aja fighting!


# Hari ni 1 July & Sunday blues. Happy working juga utk kwn2 di pantai timur & Kedah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com