Monday 31 December 2012

Missing

Fortune, fame, mirror vain, gone insane but the memory remains.. ~lalalala~

Tengok gambar pastu korang buat cerita sendiri k. Hee..

Been there before.

My workspace.. Dalam drawer tu penuh dgn jajan. :)

Dinding belah kiri, salahguna kemudahan awam..

Bench work yg penuh dengan instruments & report..

Testing room. Kat bilik ni jgk selalu jd tempat luahan perasaan bila stress @ tak puas hati dengan Mr Boss. Padahal tu bilik bacteria kot. :) 

Sweet memory. R&D team with Mr Boss << itu uncle. 
Nyanyi lagu Every Breath You Take- Sting lagi okeh. kahkah..

Last company trip @ Club Med Cherating

Over 5 years of memories. Miss them all. Masa kat sana tak suka la sakit hati la benci la tapi bila dah tinggalkan rindu sangat. :(

Last day 31st December 2011
 "Later if u tak happy kat sana, keje balik dgn I" Mr Boss last word.
"Ok tp tunggu I dapat master dulu, boleh ganti tempat boss terus. Hikhik.."
*gelak sambil nangis*

Malu giler kot ternangis teresak2 depan boss. Touched.

# Masih bercuti. ^^

Thursday 27 December 2012

Journey to The Future

Tajuk bukan main lagi kan. Haha.. Masa sekolah rendah dulu selalu je dok berangan ngan kawan2 pasal tahun 2020, time tu rasa cam lambat je nak tunggu. Lebih kurang 8 tahun lagi kot kita nak masuk ke tahun 2020. Agaknya cemana ek kita semua tahun 2020 nanti.

Dua hari lepas baca entri Tahun 2020 kat blog MV. Semalam lak baca entri Apa yang akan terjadi pada anda tahun 2020 nanti? kat blog Aisya. Ada aplikasi menarik yg Aisya kongsikan. Nampaknya Aisya akan jadi datuk bandar pada 2020 nanti. Hihi..

Citizen 2020. Aplikasi yg diperkenalkan oleh ETP (Economic Transformation Programme). Melalui app ni kita boleh figure out siapa kita pada tahun 2020 dengan menjawab beberapa soalan interaktif & menarik berkaitan kehidupan kita sebenar. Then result yg keluar adalah based on kita punya personaliti. Ada 10 karakter yg mungkin sesuai dengan korang.

ChicNa dah try & resultnya.. Tadaaa..

 Early burt. Serius tak pernah dengar. Biasa dengar early bird je. Katanya burt tu lagi awal dari bird dalam idiom 'the early bird catches the worm'. Apepun ChicNa suka kata2 tu. Very inspiring. Yang possible career path tu tak tau nak komen apa. Best gak kan kalo dapat jadi Creator of the next eBay tapi Wall Street ready stock broker & Famous viral video blogger tu macam impossible jek. Huhu..

Dear friends, let's start your journey here >> Citizen 2020.


# Dalam tour tu kita sebenarnya didedahkan sedikit dengan program2
  yg dijalankan oleh ETP utk meningkatkan ekonomi pada tahun 2020.

Wednesday 26 December 2012

Mother's Hug

Assalamualaikum

Have you hugged your mom today?


Tuesday 25 December 2012

Thanks MV & DQ

Assalamualaikum

Selamat bercuti semua. Apa aktiviti cuti2 neh? Kat sini hujan je memanjang so nak keluar pun kena fikir 11 kali tau. Huhu..

Ok, ChicNa nak tayang hadiah lagi. Hehe.. Hadiah pertama dari
MV a.k.a Miss Velentine, salah seorang GSFian. Tadaaa..

Brooch pink karer.. Suka sangat. ;)

Semoga hubungan yang terjalin ini akan kekal selamanya. Aci tak copy ayat MV? Hihi.. Truly ChicNa pun mengharapkan yang sama jugak.
Terima kasih MV.

Secondly, pun dari GSFian jugak. Tadaaa..

Tudung bawal peach. Nampak tak kenapa ChicNa dapat hadiah ni? 

Hadiah ni dari DQ a.k.a Deq's Qienz. DQ ni rajin buat game teka-teka tapi dalam banyak2 game ni baru first time ChicNa teka betul tau. Hihi.. Terima kasih DQ.

Actually ChicNa baru je shopping baju yg ala2 kaler pink-peach tapi belum ada tudung lagi. MV ngan DQ memang sangat2 memahami.
Nanti bolehla ChicNa padankan baju tu dengan tudung DQ & brooch MV.
Ohhh I iz happy.. What a perfect match! ;)

Oh... Are you ready now.. The trains are ready to go..
But you're still busy talking crap and cheap on the phone.. ~lalalala~
Thanks a bunch MV & DQ!!


# Semua GSFian memang sangat baik hati & sporting.
  Gorgeous Superb Fabulous bak kata sis CiM.
  Sayang korang semua juta-juta lemon. Hugs!  


Sunday 23 December 2012

Coklat #33

Assalamualaikum

Coklat time!

Charmeleons are red, Wartortles are blue,
If you catch my heart, I'll be your Pikachu! 
Auwww.. :p

Dari Cik Tunang kepada Encik Tunang @ Senai, Johor

Happy 1st Anniversary & Happy Birthday

Cik Tunang & Encik Tunang suka ok! ChicNa pun suka tau. Huhu..

Siap promote kat kawan dia lagi & kawan dia pun order jugak.

I wanna hold your hand.. I wanna hold your hand.. 

Untuk si dia @ TLDM Lumut. With love Dayah.

Si dia dah nak sailing kot esok. Jangan sedih2 tau. :)


Si dia suka.. ChicNa double triple quadruple quintuple suka.. ^^

Thanks a bunch Annisa & Dayah.


Jom cuci mata @ TheCoklatShop


Friday 21 December 2012

Hujan Meteor

Assalamualaikum

Olla! Korang buat ape tengah2 malam ni. Pandang siling tangan kat dahi eh? Hihi.. Kawan2 pernah tengok meteor tak? Meteor betul2 punya. Bukan citer Meteor Garden ok. Hikhik.. Memory lah citer tu. ;)

Geminids Meteor Shower 2012
Malam 13 Dec - 14 Dec 2012

Geminids yg dikenali juga dengan nama 'Winter's Firework' adalah hujan meteor terbesar & terakhir setiap tahun juga merupakan meteor yang paling menarik. Jom tengok.




*Di langit Sabah*

* Teluk Kemang*


 Short animation of single Geminids meteor falling earthwards 

Cantik kan? Kalau dulu2 nampak meteor cepat2 make wish, siap ajak kawan lagi. Masa tu masih terpengaruh ngan citer2 fairy tales. ;)


Thursday 20 December 2012

One Two Somm

Assalamualaikum

Flashback. O-somm!!

Actually cemana nak main benda ni eh? Selalu je ChicNa kalah bila main o-som, mmg loser lah. Huhu.. Dulu selalu main, sekarang pun main gak tau dengan geng2 terutama bila nak pegi makan atau lepak2 & sume orang tengah takde idea. So terpaksa o-som. Sape kalah kena bagi cadangan. Kadang2 nasib baik menang jgk tau. Huhu..

O-som ke one two jus?

Confuse sebenarnya nak buat ape & akibat dia. Batu, burung, air, pistol, matahari, errr lagi ape eh? Tu je yg tau. Burung mati dengan pistol & batu. Batu kalah dengan air. Kan? Abis tu kalau batu dengan pistol? Pistol dengan matahari? Sape mati? Err.. susah ok. Tak dapat nak fikir secara logik. Sbb tu selalu kalah. Hekhek..

Sape la cipta permainan tak logik ni. Grrr..


# Mode: Boring. Sejuk. Tak sihat. Tak dapat ikut bff
  jimba2 @ Cameron. 0_o

Wednesday 19 December 2012

Aloe Vera Gel

Assalamualaikum

Semalam baca product review INI kat blog Nani. So, rasa nak share something jugak lah. Kebetulan ChicNa memang guna produk ni dah lebih setahun & puas hati. Nak kasi review sikit. ;)

Fruit of The Earth Aloe Vera 100% gel

Kawan2 sendiri tau kan pati aloe vera tu banyak khasiatnya. Tapi kalau nak harap pakai yg pure punya amek kat pokok memang tak la. Dengan berlendir & baunya yg agak euwww.. So inilah solutionnya.

Best pakai gel ni sangat menyejukkan kulit. Boleh jugak pakai bila kulit burn. Kat ofis kan sejuk & boleh mengeringkan kulit. Bila lepas solat tu memang ChicNa tepek benda ni jela kat muka. Sebab ia 100% gel so memang tak berminyak. Bila apply terus je meresap dalam kulit. Sangat sesuai untuk kulit jenis berminyak. Boleh jugak pakai gel ni sebelum apply apa2 cream, foundation atau bedak.

Selain melembapkan, ia juga merawat rashes, acne & scars. ChicNa guna sebab kulit ChicNa agak kering juga utk hilangkan parut2 lama & baru. Parut baru sebab kena scratch ngan potet T.T So far memang ok la. Member ChicNa yg ada masalah pimples pun pakai gel ni & berkesan kat kulit dia. Sebelum tido pun boleh pakai.

Cooling.Comforting.Fragrance Free
All ingredients are approved by FDA. More details HERE

Kesan penggunaan mungkin bergantung jugak kepada individu. Ada yg sesuai ada yang tak kan. Tapi tak salah mencuba. Gel ni ada jual kat Guardian atau Caring Pharmacy. Harga yg dalam botol 56g tu dalam RM7-8 je. Kalau barang2 kosmetik ChicNa prefer beli yg kecik2 sebab once dah bukak dia cepat expired selain mudah nak campak dalam bag untuk dibawa kemana2. Huhu..

Give it a try!


Monday 17 December 2012

From JB With Love

Assalamualaikum

Morning! Hari yg indah. Pagi yang gelap kini sudah terang.. lalala.. 

GSFian mungkin dah boleh agak kan apa dia. Ramai yang dapat & dah pakai. ChicNa terima ni hari Khamis lepas and semalam dah pakai pun. Sorry kak CiM lambat inform, ChicNa baru nak update setelah agak busy menyetelkan mission possible. Heee.. Taraaa..


From JB with love, inai Mekah from sis CiM @ blog CintaItuMisteri.
Alhamdulillah mak & ayah akak selamat balik dari menunaikan haji. 

Pict belah kanan tu tangan adik. Time cuti sekolah boleh la pakai. Tu pun dok risau takut tak sempat tanggal sebelum sekolah bukak. ChicNa tak pakai kat kuku sebab tak rela nak jawab banyak soalan nanti. Hihi.. Adik tolong tuliskan nama kat tapak tangan. Inai ni cepat merah kan, kaler pun cantik. Pastu bagi mama lak pakai. Suka suka.. Kami pun nak berinai secara berjemaah. Bak kata kak CiM. Hikkk..

Terima kasih banyak2 kak untuk buah tangan dari Mekah ni.
Semoga akak sekeluarga sentiasa dirahmati & diberkati Nya.

Special for you.. From KB with love.. (^_^)
Nasib baik potet takde, kalau tak selamat la dia jadi bahan 
  eksperimen inai. Hikhik..


Friday 14 December 2012

Coklat #32

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Coklat time!

Sweet kan coklat aritu. ChicNa ada banyak lagi tau.
Caya tak? Tengok ni. Jangan jeles. Hikkk..

Hahaha.. *ni baru hantu coklat namanya* ;)

Ok, tutup citer pasal coklat sweet tu.
Nak citer pasal coklat lain lak.

Coklat kak M @ SiMataTajam

Ulangtahun ke-5, 03.12.12

Abah, Khalish & Ibu

Happy 5th Anniversary Kyn & Yanie
Semoga sentiasa bahagia & kekal selamanya.

Terima kasih.

Visit TheCoklatShop now!

# Harini dah Jumaat. Happy flyday! ^^

Thursday 13 December 2012

White Lies

Assalamualaikum

Selamat pagi kawan2. Have fun working! ;)


Hurt me with the truth but never comfort me with a lie.



Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside,
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is gettin' just a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine.



Lama tak dengar lagu ni. Layannn.. (^_^)V
Esok dah Jumaat yayyy!!

Tuesday 11 December 2012

Hadiah & Coklat

Assalamualaikum

Happy Tuesday peeps. The only person you should try to better than is the person you were yesterday. 

Penghargaan untuk kakak gojes, kak Intan @ Blog Cik Intan Berlian. Kak Intan ada bagi hadiah kiut sebab ChicNa tersenarai antara pengomen terbaik kat blog Cik Intan Berlian. Masa kak Intan bagitau tu terkejut gak la sebab time tu CikNa baru2 je jadi follower blog kak Intan. Tak sangka lak kan tp memang tak hairan la sebab kak Intan ni sangat lah peramah orangnya, ada resepi lak tu kat blog kak Intan. So ChicNa pun memang suka lah jalan2 blog kak Intan. ;)

Kiut kan? Akak macam tau je ChicNa suka kumpul keychain ngan notepads/notebooks. Macam biasa, masuk magic box. Huhu..

Terima kasih banyak2 kak Intan. Akak jangan risau sebab abang posmen takde pun mintak duit tambah. Huhu.. Thanks again sis!



Naaa.. ChicNa dapat coklat ni! Winkwink..

Sweet tak? 

Aritu tengok coklat ni kat blog Na. Rasa nak kidnap je. Kiut sangat ok. Bila dah dapat ni rasa macam kiut je. Apelagi bila makan. Hikhik.. Rasanya sedappp. Kawan2 nak? Pilih-pilih.. ^^


Monday 10 December 2012

Monday Mumbles

Assalamualaikum

Selamat pagi kawan2. Camne weekend korang?

It's Monday, but it's OK! :)

Tick jawapan yang berkenaan.. Hee..

For those yang tengah grumpy tu, nahhh..

or have some chocolate dipped strawberries..




Jawapan untuk pict aritu.. Senduk nasi. Huhu.. Ada 4 orang yg
jawab senduk. Betul la tu. And semuanya cantik2 :
Cik NurKeyrah, Chemay & Atil. Yg lain2 pun cantik juga. ;)

 Enjoy your Monday. Don't let it turn you around. ^^


Saturday 8 December 2012

Dot Dot Dot

Assalamualaikum

Selamat pagi kawan2. Happy weekend. 

Pagi semalam tengah syok tweet2 ngan Nur, Nani & Dya tetiba SIL ajak membaking. Okeh, on. Tau tak kitorang buat apa? Setelah bertungkus lumus membaking maka siap lah apam polkadot. Huhu.. Dah lama SIL plan nak buat sebenarnya tp selalu je tak sempat. Time cuti sekolah panjang ni baru la berjaya buat. Tu pun jenuh dok memujuk potet yg sibuk nak mengacau.

First trial. Huhu..

1. Adunan yg dah dimasukkan dalam piping bag.
Buat 3 kaler je purple, kuning & hijau.
2. Letak inti peanut butter sebab takde filling lain. Huhu..
3. Dah siap cover & buat dot2. ChicNa punye,
siap ada signature lagi. N boleh, Z pun boleh. 
4. Siap kukus. Tak cantik sangat. Surface tak smooth
sbb banyak lubang2 udara. Tp okla. ;)

SIL ambik resepi dr internet tp tak sure sumbernya. ChicNa share ye.

Pukul 2 biji telur dengan 1 cawan gula castor sampai kembang. Masuk 2 cawan tepung naik sendiri (diayak) sedikit demi sedikit berselang-seli dengan 1 cawan susu segarMasuk 1 sudu kecil esen vanilla + 1 sudu teh ovalette. Pukul sehingga kembang & gebu. Bahagi2 kan utk buat coloring. Pipe dalam paper cup yg dialas. Pipe separuh cup, masuk filling pastu pipe lg sampai penuh. Buat dot2, pastu kukus lebih kurang 10-15 minit.

Simple je tp ChicNa tak makan sebab masuk telur so tak tau rasa dia camne. Tapi adik cakap sedap. Korang cuba sendiri la kalau nak tau rasa dia camne. Huhu..

Cuba teka ni apa? Sape betul dia cantik atau handsome. Hikhik..

Friday 7 December 2012

Coklat #31

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Random picts. Layannn.. 

 Aien







Last but not least, birthday gift untuk my bff, Fena.

Sian dia senyum sorang2. Kikiki.. Mohon tahan dulu kalau nak nangis.
Selalu kan kita nangis & gelak sama2.^^

Merci!

Visit TheCoklatblog HERE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com