Saturday 22 June 2013

Coklat #41

Assalamualaikum

Coklat time..
Thanks Cik Su.. Full story >> Khas Buat Mak

Thanks Nadia.. Full story >> Bukan Sekadar Coklat

Ni dah lama tapi sebab Pet ni adik favret ChicNa so nak post jugak. Hehe.. Pilih kasih lak. Full story >> Thanks :)

Relationship anniversary. Thanks Az!
Kerek je kan buat entri tp tak tulis story. My Sweeties tu semua dah buat story penat2 so kena la baca yg diorang tulis. Baru feel. Huhu..
For more sweetness visit TheCoklatShop!
XOXO

Wednesday 19 June 2013

Curiousity

Assalamualaikum

Ehem-ehemmm..

Efektif jugak kan cara nih? Hihhii..

p/s: Pict G7 (previous entry) tu betul la ChicNa yg paling hujung belah kanan. Ramai jugak yg teka betul. Camne korang tau eh? Curious jugak. Err korang pernah jumpa ChicNa ke masa kecik2 dulu?? gees..
XOXO

Saturday 15 June 2013

Grazie!

Assalamualaikum

Update lagi. Yayyy!!
Errr tak nak la emo lelama. Thanks kawan2 yg sangat supportive. Sayang korang.

"Everyone has their own path. Her path, my path have crossed and for a while.. we will walk together, share things with each other and experience things together. In the end, the time will come when each of us will move on in a new direction. We will separate but we will take with us the memories of what we have learned & shared"
Raya nanti ChicNa jumpa dia.. go-for-it-girl! smile.. (^_^)V
ChicNa seronok sebab dapat hadiah. Sape tak suka kan dapat hadiah hari2 biasa camni. Kalau time birthday tu biasa lah. Tapi dah lama ni dapat, bulan April lepas.
Hadiah pertama dari orang Taiping. ChicNa dah 3 kali jejak Taiping tau. Sebenarnya bukan hadiah sangat pun, lebih kepada permintaan. Dengan tak malunya ChicNa mintak Nur buatkan. Hihi.. ChicNa memang suka dengan Elmo. Kalau boleh ChicNa nak kumpul banyak2. Time kaceh Nur sebab sudi melayan permintaan ChicNa. Dengan Nur takpe la sebab dah biasa. Hari2 dok bergaduh ngan dia kot. Saaaayang hantu Nur dua kali.
Hadiah kedua dari Kak Syiela, mama kepada twin yg comel Haziq & Hazim. ChicNa ada main teka2 harga kat blog Kak Syiela tapi tak tepat pun, hampir-hampir je. Kak Syiela tetap jugak bagi. ChicNa dapat sabun susu beras. Wangi tau sabun ni. Macam bau beras wangi tu. Lepas mandi satu bilik air semerbak bau sabun ni. Kulit pun jadi lembut. Sape teringin nak beli boleh la contact kak Syiela. Hikhik.. Kemain promote macam produk sendiri lak. Terima kasih kak Syiela..
Hadiah ketiga lak dari blogger kecik, Jaa. Pengomen setia April katanya. Serius tak caya. Memula dapat tu ingatkan Jaa tersalah hantar. Sebab rasanya masa tu ChicNa lebih banyak bertapa dari berblog. Tapi dah cek kat blog Jaakechik, betul rupanya. Apepun terima kasih banyak2. Dah tiga kali kot dapat. Segan pulak. Nanti datang rumah, ChicNa masak k. Hikhik.. Poyo je nak masak.
~ XOXO ~

Friday 14 June 2013

Dan Sebenarnya

Assalamualaikum

G7 (Girls-7), time ni darjah 4.
Wootwooott.. Ni lah geng2 ChicNa masa sekolah rendah. Cer teka ChicNa yg mana?
Masa darjah 6, geng kami boleh dikatakan geng perempuan yg nakal & femes di sekolah. Senior lah katakan. Tapi cikgu2 tak nampak kenakalan kami ni sebab salah seorang ahlinya 'budak tu' memegang jawatan penolong ketua pengawas. So 'budak tu' selalu jadi pengcover line geng G7, ahli2 lain lak semuanya pustakawan ke wati eh?? Dalam 7 orang ni semuanya bekerja dalam government sector kecuali 'budak tu' and semua geng G7 dah berkahwin & beranak-pinak kecuali 'budak tu'. Kesian 'budak tu'. Nampak sangat kontra bukan? Sobsob..
Eh eh sebenarnya nak citer pasal orang lain bukan citer pasal 'budak tu'. Dia (3 dari kanan), she used to be my bestie sejak darjah 4 kot. Walaupun masa sekolah menengah kami sekolah lain2 tapi tetap berhubung. Habis sekolah masa tunggu result SPM tak tau nak buat ape, kami join kelas Bahasa Inggeris sama2. Bila masuk IPTA masing2 busy so dah renggang sikit tp still contact & jumpa gak kadang2.
Then aritu masa PRU13 ChicNa terjumpa dia masa tengah beratur tunggu turn mengundi. Dia beratur selang 3@4 orang dibelakang ChicNa dan dia yg tegur ChicNa dulu sedangkan ChicNa yg nampak dia dulu. Lepas bersalam & bersembang sikit masing2 diam. Lama kami beratur dekat 45 minit, kalau bersembang tentu dah banyak topik keluar kot. Tapi tu lah, ChicNa sebenarnya segaaaaaan sangat3 dgn dia. Kalau ikutkan ChicNa nak je peluk2 & tukar tempat beratur sebelah dia so that kami boleh sembang panjang2. Sepatutnya la kan sebab ChicNa beratur depan dia. Tapi tak boleh. ChicNa rasa macam ada gap besar antara kami yg menghalang ChicNa utk buat camtu. At the same time rasa diri sendiri teruk giler. Damn loser!
Sebenarnya.. antara geng kami dia yg paling berjaya & ChicNa sangat kagum dgn dia. Perjalanan hidup dia nampak sangat perfect & well-organized. Dia pegang Master & jadi lecturer diusia yg muda, dia yg paling awal kawen, paling ramai anak & sangat menjaga auratnya. Atas sebab2 tu lah ChicNa jadi bertambah2 segan dgn dia even dia tak pernah berubah, tetap baik macam dulu. Rasa kecik je kalau nak dibandingkan dgn dia. I've lost my self confidence. Sebelum ni kami ada gak jumpa kalau balik bercuti. Rumah parents kami sekampung. Kadang2 dia datang rumah, kadang2 ChicNa ke rumah dia. Tapi dah lama la, last time kami jumpa 3 tahun lepas. Masa tu dia ada 2 princess. Now dah ada 3 orang anak comel yg soleh & solehah. ChicNa macam nak je contact dia & mintak maaf tapi errr tak tau lah. Sampai sekarang masih ingat lagi kejadian tu & rasa serba salah. ChicNa sayang persahabatan kami.
Tsskk.. Sedihnya tp tak tau nak buat apa. (T_T)

Saturday 8 June 2013

Coklat #40

Assalamualaikum

Masa untuk tayang coklat..
Lama ChicNa tak tayang coklat kat korang kan.. Kehkeh..

Tema pink & hijau. Coklat dari Kina untuk ibu & ayah tersayang sempena ulangtahun perkahwinan ke-21. Katanya tak dapat balik sebab exam. Tu sebab kirim hadiah je. Sweet kan. Happy 21st anniversary! Thanks Kina.. 

Hantaran istimewa sponsored by Kak Long untuk adiknya sempena pertunangan beliau. Sweet kan Kak Long. Nanti sponsor ChicNa pulak ye. Hikhik.. Tema merah & putih in gold box. Selamat bertunang Nas & Ila. Comey bakal adik ipar Kak Long. Nanti jangan buli dia teruk2 sangat k. Haha.. Thanks!

Yang ni tema merah & putih gak in silver box. Coklat wedding order by adek sweet a.k.a ex-housemate, Zetty. Wedding beliau 1 Jun lepas kat Muar. Jauh sangat nak pi. Tapi arini 8 Jun kenduri belah lelaki kat Kelate ~ JDT vs TRW ~ Huhu.. Jap lagi ChicNa & bff nak ke sana. Pengantin siap request hadiah peti ais sebijik. Tapi ChicNa plan nak bawak lesung batu je. Demand sangat kan. Kakaka.. Memang gerak awal sebab dah ready untuk sesat. Maklum la kalau keluar dari Kota Bharu je dua2 terus buta jalan. Selamat pengantin baru Hafez & Zetty. Semoga berkekalan. 


Coklat birthday untuk ayah.. From adik Amirah. Adik ni pun busy jugak nak PMR so tak dapat balik celebrate. Just kirim hadiah kat ayah. Thanks Mirah!
See.. Customer CCH semuanya sweet2 macam coklat CCH gak. Huhu.. 
Thanks sweeties!

Visit TheCoklatShop for more sweetness!

Have a blast weekend..

Saturday 1 June 2013

Olla June!

Assalamualaikum

Cepatnya masa berlalu. Half way to 2014.. 2013 punya resolutions cemana?
Hi kawan-kawan..
How are you?
Everything alright?
Like to hear from you..
Love to see you..
Obviously I miss you..
Live each day as it comes..
Sorry sebab jarang dapat jalan2 ke blog kawan2..
Sooner or later akan datang jugak.. InshaAllah..

So many things yet 
so little time

Till then..

P/S: Previous entri memang ChicNa disable comment.. (^_^)V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com