Sunday, 6 July 2014

Selesa Melangkah Dengan Sandals

Assalamualaikum

Salam 7 Ramadhan kawan2. Dah start shopping raya? ChicNa belum berkesempatan lagi. Huhu.. Korang selalu shopping kat mana?
Ok, sebelum pegi shopping salah satu perkara penting yang perlu kita ambil perhatian ialah keselesaan kaki. Perjalanan yang selesa sepanjang hari tanpa meninggalkan sebarang kesakitan pada kaki adalah idaman setiap wanita. Maklum la nak tawaf satu shopping mall kan? Penat kot. Faham2 la kan perempuan, selagi tak jumpa barang yang kita nak selagi tu la kita akan round semua kedai. Dua tiga kali round pun takpe, janji puas hati. Mau tak sakit kaki. Kekeke..
So, pemilihan jenis kasut yang selesa dan saiz yang tepat haruslah dititikberatkan sebelum kita melangkah keluar. Sesetengah orang suka pakai pumps, ada jugak yang suka pakai flip-flops. Tapi bagi ChicNa, sandals adalah pilihan paling ideal untuk korang yang menginginkan keselesaan yang berpanjangan.
ChicNa pun suka pakai sandals, bukan je boleh pakai time nak keluar shopping tapi bila nak beraktiviti kasual di hujung minggu pun boleh, takpun bila kita nak ke beberapa tempat dalam satu masa. Senang nak melangkah sebab sandals kan selalunya mempunyai rekaan yang terbuka, which is sangat baik untuk kaki kita bernafas, rasa bebas gitu. Pastu tapak sandals yang rata. Haa ni penting untuk perjalanan yang jauh atau bila kita nak melakukan aktiviti luar, takdela lenguh2 atau sakit kaki dan kebarangkalian untuk terpele'ot tu kurang. Hewhew.. Sebab tapak rata kan lebih stabil. Lagi satu sebab ia dilengkapi tali-tali yang berfungsi untuk menyokong kaki kita. Memang rasa kemas & terletak je kat kaki tu.
Korang2 yang tengah cari kat mana nak beli koleksi sandals wanita yang terbaik tu boleh la usha2 rekaan sandals yang terkini & menarik daripada ZALORA Malaysia. Tak biasa beli online? Jangan risau sebab ZALORA menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma ke rumah kita dan juga kaedah pembayaran yang selamat. Kalau takut nak online banking, boleh COD (cash on delivery) lagi.
Rekaan-rekaan sandals dalam gambar kat atas ni sangat sesuai untuk kita sarungkan apabila ingin melakukan aktiviti luar atau lasak. Favret ChicNa yang belah kanan tu. Selesa sangat uolls.

Yang ni pulak, boleh matchkan dengan jeans & t-shirt yang ringkas untuk gaya kasual yang ranggi. Keluar bersantai-santai ke dating ke. Errr..

Seterusnya ni adalah rekaan sandals yang lebih feminin, sesuai untuk digayakan bersama dress atau baju kurung. Comey gitu. Sesuai sangat la pakai raya nanti. ^_^

Ape tunggu lagi uolls. Sebelum kehabisan stock..

Jom shopping! >>> SANDALS

Salam

25 comments:

azizah :) said... [Reply]

jijah suka pakai sandal.. senang nak melangkah laju..hee

BUNDA a.k.a KN said... [Reply]

selesakan pakai sandal ni...kalau kena kejar dek anjing pasti tak tercabut kasut.. haha..

Dayana Bahar said... [Reply]

chicna.. miss u.. gigih chic na berblog... akak dah muncul dah. hehe

mama ka0ri said... [Reply]

akk pon gemar sandal jer..lagi suka kalau yg takde tumit..perasan tinggi kan..haha..

ros_reeza said... [Reply]

Assalamualaikum cikna.. lama juga Ros tak mai sini kan.. hihi.. Selamat menjalani ibadah puasa ye cikna :)

YaYaNsMuM a.k.a YM said... [Reply]

akk suka kaler pink tu...hehe

cikji said... [Reply]

Cikji baru petang td duk usha zalora. hajat dihati nk beli kasut nose. maklumlah kat tempat kito xdok nose. oh sadissss

Mrs Velentine said... [Reply]

MV pun suka sandals..nampak cantik sandalnya

cik didiey said... [Reply]

kan??? syok pakai sandal. simple n selesa :)

psst~~lama xjejak sini.huhu

LYAfrina said... [Reply]

btl tu chicna.. keselesaan kaki tu pnting lg2 nk tawaf mall.. hehe.. berejam tu.. lya mmg pkai kalut flat la..

QasehnyaRania said... [Reply]

betul tu.
yg penting kaki selesa memakainya..
kang pakai yg tak sesuai sapa yg susah..diri.sndiri juga..yer.dok :)

Mimi Azirah said... [Reply]

pakai sandal kaki x saait n selesa kan cikna

aTieYusof Family said... [Reply]

Akak dari zaman muda2 mmg suka pkai sandal ni sis.. senang nak gerak, nak jalan pun laju..hehe

Tinta Lana said... [Reply]

Salam.

Pakai sandal senang..terus sarung je ^^

ros_reeza said... [Reply]

Assalamualaikum Cikna.. apa khabar hari ni?..

are_lin@yu said... [Reply]

sandal sng nk bgrak hihi..xskit kki..

Sal Bee Yah said... [Reply]

singgah blogwalking sini..nice blog!salam kenal ye.

Kesuma Angsana said... [Reply]

Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

QasehnyaRania said... [Reply]

singgah di hari raya ketiga.
selamat hari raya cikna.maaf zahir batin andai ada salah silap dr ciksu..
kosong kosong yo :)

Cinta Misteri said... [Reply]

Salam Aidilfitri ChicNa.
Lama CiM tk menjengah kemari. Harap tak lupakan CiM di selatan negara ni.

CiM hanya boleh bersandal bila jln dgn kwn2 or sorg diri je. Tp klau dgn hubby mmg kena sarong high heel.

nik ros said... [Reply]

nampak menarik. tapi tak yakin lagi nak beli online kalau sandal sebab takut salah saiz..hihi

Kesuma Angsana said... [Reply]

Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html

aswadz said... [Reply]

aku pun suka pakai sandal lg drpd kasut. kalo gi keje boleh pakai sandal, dah lama aku pakai sandal. nsb baek diorang dah wajibkan pakai kasut. hehehe...

nanieybarnieylurviey said... [Reply]

Kan... Lebih selasa senang x sakit kaki. :)

Jna marcello said... [Reply]

untung laa org kaki kecik2 ni macm Na susah nak cari sandle sbb slalu size xde . okay pepaham je la kaki Na mcm mana eh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com