Monday, 28 September 2015

Tips Padanan Blouse Murah

Assalamualaikum
Hello friends! Long time no see. Hihuu..
Takdela busy sangat pun cuma yela baru2 bukak sem ni macam2 benda nak setel. Penangan cuti lama aritu, punye la bercinta nak mula study balik.
Awak2 yg perempuan tu mesti suka pakai blouse kan. ChicNa pun suka gak. Baru2 berjinak nak pakai blouse. Faktor umur maybe. Hiks.. Dulu kalau nak ke mana2 main sarung t-shirt je. So arini nak citer sket tips2 padanan blouse untuk panduan semua.

Busana Muslimah moden kini menjadi trend utama bagi kebanyakan wanita Muslimah yang mementingkan penampilan yang bergaya tanpa membelakangkan tuntutan syariat. Salah satu fesyen pakaian yang menjadi pilihan ramai wanita pada masa kini ialah blouse murah Muslimah.
Pemakaian blouse Muslimah lebih digemari berbanding t-shirt kerana ia akan memberi imej yang lebih feminin kepada seseorang dan lebih versatile. Wanita sekarang kan aktif, bukan sahaja ke pejabat tetapi jumpa client, pergi event sana-sini atau pun bersantai dengan kawan-kawan. So, pemilihan blouse Muslimah adalah sangat bertepatan dengan anda yang sentiasa aktif tapi masih mahu kekal tampil bergaya. Anda hanya perlu bijak ‘mix and match’ blouse muslimah tersebut dengan jenis ‘bottoms’ sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan. Masa pun boleh dijimatkan sebab tak perlu lagi untuk bertukar-tukar pakaian.
Seperti yang kita lihat, bermacam-macam rekaan blouse dengan gaya terkini, warna yang menarik dan harga yang berpatutan boleh didapati di pasaran. Material yang digunakan juga adalah sesuai dengan iklim persekitaran memberikan lebih keselesaan kepada pemakai.
Kita bebas memilih fesyen blouse mengikut kesesuaian sama ada untuk digayakan ke majlis formal atau pun kasual. Kadangkala, sehelai blouse yang cantik boleh digayakan untuk kedua-dua acara tanpa perlu risau ianya sesuai atau tidak. Apa yang penting ialah anda bijak melakukan ‘mix and match’ antara blouse tersebut dengan bottoms. 
Antara contoh padanan bottoms yang sesuai dipadankan dengan blouse muslimah.
Sebagai contoh, untuk gaya formal seperti majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Blouse Muslimah sangat sesuai dipadankan dengan sepasang skirts ala mermaid atau batik pario, menjadikan anda kelihatan lebih anggun. Sekiranya ingin ke pejabat, blouse Muslimah dipadankan pula dengan sepasang slack pants atau chino pants. Ia akan memberikan anda penampilan ‘smart casual’ yang sempurna. Manakala untuk gaya kasual yang sopan dan santai, jeans atau palazzo merupakan jenis bottoms yang paling sesuai untuk dipadankan dengan blouse Muslimah pilihan anda. Hmm menarik kan?
 Selamat bergaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com