Wednesday, 10 February 2016

Seluar Harem Pilihan Hijabista

Assalamualaikum
Siapa kat sini penggemar seluar harem atau harem pants?
Mesti ramai kan. Kita pun suka, selesa sangat uolls.
Ok, ChicNa nak share tips sikit tentang pemakaian harem pants ni. 
Cantik kan?
Lately, ramai wanita berhijab yang sangat menitik beratkan soal potongan pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat. Disebabkan itu, pemakaian jeans mungkin semakin kurang menjadi pilihan. Maklumlah, kebanyakan koleksi jeans wanita adalah berpotongan mengikut bentuk kaki dengan rekaan yang agak ketat. Kurang sesuai la kan dengan imej kita yang berhijab.
Sebagai alternatif, ramai wanita berhijab kini beralih kepada pemakaian seluar loose yang lebih sopan serta selesa dipakai seperti palazzo pants dan harem pants. Berbeza dengan rekaan palazzo pants yang berpotongan loose pada seluruh bahagian kaki, koleksi harem pants pula mempunyai cuff atau cekak pada bahagian buku lali si pemakai. Tak hairanlah kalau koleksi harem pants ini juga dikenali sebagai seluar Aladdin. Ok, berbalik kepada potongan seluar harem yang loose ini, ia telah menjadi pilihan ramai hijabista sejak mula diperkenalkan dan kini boleh digayakan dengan pelbagai padanan pakaian mengikut citarasa fesyen dan kesesuaian keadaan atau majlis yang ingin dihadiri.
Korang tak perlu risau kalau nak menggayakan seluar harem ni dengan padanan kemeja. Dengan kombinasi dan padanan yang betul, korang juga boleh menggayakan seluar harem dan kemeja untuk ke pejabat. Gaya ini masih mengekalkan penampilan yang elegan dan eksklusif untuk wanita yang berkerjaya.
Untuk keluar di hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan, seluar harem ini boleh digayakan bersama dengan koleksi blouse yang sepadan seperti berikut. Kombinasi seluar harem dan blouse merupakan gaya kasual yang cukup sempurna dan amat selesa untuk aktiviti-aktiviti santai.
Haa.. Yang paling menarik dan paling ChicNa suka, harem pants juga sesuai dipadankan dengan t-shirt! Seluar harem ini amat selesa dipakai sehinggakan korang juga boleh menjadikan ia sebagai seluar harian korang di rumah. Sebab selesa sangat nak buat kerja dan aktiviti di rumah.
XOXO 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com