Monday, 16 April 2012

Untukmu

Assalamualaikum

Yayy hari ni Isnin. Ada yg Monday Blues ke? Takmo takmo..


Semalam ChicNa kemas2 inbox kat personal e-mail yg agak messy dgn emel2 tak berfaedah. Lg pun dah lama tak clean up emel. Dulu kan social network tak berkembang sgt kat Malaysia. So, emel la jd penghubung utama.  

Byk jgk emel2 best dari family, kawan lama, kekasih lama, colleagues & bos. Sumenya ada lg tersimpan. Baca balik semua and senyum sorang2. J

Ok, ChicNa terjumpa salah satu emel dr abg long. Suka sgt dgn pengisian dlm emel ni. So nak share jgk ngn kawan2 tersayang kat sini. I share because I care. J

Jadilah Seperti Pokok Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Monday blues buster >> Eat chocolate! gees..

Have fun working!


Heartstrings: Every day may not be good.. but there’s something good in every day.

24 comments:

  1. aah emel ni pun saya ada gak..diorang suka forward2 emel..tpi seronok baca kan..

    ReplyDelete
  2. Pohon semalu yg unik....dah lame tak jumpe pohon tu....moga kite dapt menjadi seperti pohon semalu tu!!

    ReplyDelete
  3. betul..! semalu bkait rapat dgn wanita..
    cik nur pernah cabut pokok semalu ni, tapi punya la kuat akar dia..!
    maka benarlah kata Rasulullah..

    ReplyDelete
  4. pokok semalu tu bukan aje daunnya boleh kuncup sendir tapi batangnya berduri...

    ReplyDelete
  5. pernah juga membaca kisah ini...mana yg baik jd kn ikutan...

    ReplyDelete
  6. skrg ni tak jumpa pokok semalu..sbb dok umh je..haha

    ReplyDelete
  7. pokok semalu susah nak jumpe dah sekarang nih.. lalang byklah.. hehehe.. nice email to read kan ... btw, salam perkenalan dari saya ahli bru GSF...

    ReplyDelete
  8. indah kisah pokok semalu tu..sy bru tahu

    ReplyDelete
  9. Trdiam kejap.. Alhamdulillah, prkongsian yg sgt baik. Sbb tu la kita msti contohi Rasulullah SAW. Mnusia yg sntiasa brfkir dan brfkir. Tak prnh ada jdi dgn sia2. Smua bnda ada prumpamaannya. Hehe! InsyaAllah akn ingt 4 aspek tu!

    ReplyDelete
  10. hihihi tang gambar bawah tu kelakau hihihi, jangan la jumpa dgn coklat mcm tu...

    ReplyDelete
  11. aah kan. pokok yg kecik tu pun kita boleh jdkan teladan.
    hany: jaga2 mlm kang dtg coklat tu dlm mimpi hany. hehe..

    ReplyDelete
  12. daun semalu pun cantek. belang². mcm perempuan jugak. cantik. ;)

    ReplyDelete
  13. nice sharing, suka sangat dengan blogger2 yg berkobar2 berkongsi info ilmiah sama2.. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  14. Hai cik na, mcm lama je x singgah sini...

    Betuk tu, banyak kebenarannya..
    Perkongsian yg sgt baik tau;)

    ReplyDelete
  15. saya pun nak jadi pokok semalu la..hihihi

    gambar last tu buat saya tersenyum dear :)

    ReplyDelete
  16. nice... gmbr last tu mmg kelakar..haha..

    ReplyDelete
  17. betul sekali,pokok semalu ada kaitan dengan sifat wanita yang malu2.. By de way,makan coklat mmg blh mengurangkan monday blues=P

    ReplyDelete
  18. Semoga kita mnjadi seperti pohon semalu itu..*kadang2 rasa sifat malu itu terhakis sedikit demi sedikit* Mudah2an Allah sentiasa jaga kita.. :)

    ReplyDelete
  19. baru perasan la pic bwh tu...eee..kiut nyer diolog...

    eat me....yeah...dgn tgn terbuka...

    ReplyDelete
  20. semua kat sini pokok semalu kan? good! :) kalau cikna xyah coklat tu dtg merayu2. cikna yg akan cari coklat tu dulu. wanna eat u! wanna eat u! hehehe..

    ReplyDelete
  21. bila chic na ckp camtu..sure coklat tu seram..larikkk

    ReplyDelete
  22. setuju sgt...jd lah seperti pohon pemalu wahai wanita2 semua =p

    ReplyDelete
  23. nice emel.. hehe tepung tu sapu mcam bedak guna..

    ReplyDelete
  24. hehe. same lah kite. coklat tu tak dan nk selamatkan diri. ;)

    ReplyDelete