Friday, 15 June 2012

Tidur

Assalamualaikum

Semua dah tido ke? Lately ChicNa mmg ada habit suka tido lewat. Time limit pukul 2 pagi. Selagi tak pukul 2 mmg tak bleh tido even mata dah ngantuk sgt2. Susah betul nak buang bad habit ni.
Sesape ada tips please share sini. TQ.

 Semalam baca entri CIM tentang tidur. Baca ni 'tak cukup tidur'. Menarik tajuk tu, so nak share jgk la sikit info tentang tidur.
Ada jugak kaitan dgn entri CIM.

Jom tengok Kajian Perubatan Ke atas Sunnah Nabi ketika tidur.

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebut kadar masa yang khusus. Baginda sekadar menyebutkan:
“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas. ”(Bukhari-Muslim) 

Dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:
“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)
Kadar masa yg diperlukan oleh setiap orang untuk tidur adalah berbeza2. Yang penting tidur tu dapat menghilangkan rasa mengantuk & membuatkan kita cergas. Bagi orang dewasa, kadar optima ialah 7-8 jam tp bagi sesetengah orang 5-6 jam dah mencukupi. 
Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Baginda pun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi)
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)
Berkata ‘Abbad ibn Tamim:
“Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim) 
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)
Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merehatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher, pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
  1. Mengiring ke kanan dengan meluruskan tulang belakang atau
  2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.
Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh. Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf dan kerosakan kepada tulang belakang dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot.
Kesimpulannya, sunnah-sunnah Nabi tentang tidur adalah begitu saintifik dan telah dibuktikan melalui kajian2 yg dijalankan.
Islam is the way of life. Ok dah pukul 2. ;) 

46 comments:

  1. byk kali juga terbaca ttg tidur mengikut sunnah Nabi.. Insyaallah.. akan dpraktikkan..(^_^)

    ReplyDelete
  2. rasulullah ikutan terbaik:)

    wah habit yang luar biasa tu dear..so bangunnya sebelum subuh la ye..pas tu tido semula ke?hehehe.

    ReplyDelete
  3. selalunya mmg btul apa yang tak menjadi sunnah n perkara2 yang dilarang ada sebabnya...so mari kita sama2 renungkan dalam2 sunnah n try mengikutinya

    ReplyDelete
  4. amboi.. kul 2 tido yer.. haha.. tp betul ikut sunnah nh y terbaik :D

    ReplyDelete
  5. lewatnya cik na tdo..ayu kol 11.30 semalam dah lesap dh..hehe

    ReplyDelete
  6. lambatnya chic na tido..huhu~~

    kalau nak tdo awal, baca buku lah kot? hehe~

    ReplyDelete
  7. bagus perkongsian ni.. baca buku mesti mudah tidor

    ReplyDelete
  8. cik na...cik na boleh kawan ngn alesya...die selalu tidur lewat...
    sampai 2 3 pagi kadang tu...

    ReplyDelete
  9. jgn amal selalu tido lewat lps kul 12. huhu. tidur awal awet mude tau. ;)

    ReplyDelete
  10. mudahan kita praktikkan sunnah nabi sblm tdo tu...
    org kata nk dodoikn mata baca buku be4 tdo..klo sy lak lain..bila bc buku mood excited nk tggu part2 seterusnya..lagi la x soh mata tdo...sampai x sedar malam menggapai dini pagi...

    ReplyDelete
  11. sy pn skg ni susa nk tdo..ngntk n sakit kpala tp tetap xleh tdo.. hu3.. :(

    btw, thanx for info ni.. :D

    ReplyDelete
  12. wani skang ni tido ikut Qalief awal dia tido awal la wani lewat dia tido lewat la wani hihiii...apa pun cara rasulallah adalah cara yang paling baik :))

    ReplyDelete
  13. nyue mmg 2minggu ni...susah sgt2 nk tdor...hurmmm

    ReplyDelete
  14. sy mcm yumida gak, kalo baca buku lg la tak dpt nk tido sbb excited nak habiskan semua. huhu..

    mama: kadang2 mmg tido balik sbb rasa pening2. tp kjp jelah. :)

    ReplyDelete
  15. waaa , info baru . bagusnya . tapi teya suka tido awal . pukul 11 tido dahh . haha ,

    ReplyDelete
  16. best entry..Islam agama yg sempurna mstilah ape yg dianjurkan islam ade kbaikannya dari sgale sudut.
    Al Quran dn sunnah jadi pegangan!
    btw,cendol amat la sukeee tido hehe

    ReplyDelete
  17. samalah kita, chic na..bukan tido malam..tido pagi...mlm nie...camana..on lagi la...boleh sembang..hehehe

    ReplyDelete
  18. sedapnyer tido~

    kena kesan nape Chic na xleh nak tido...

    segera selesaikan ok...

    Masa belajar dulu Masha selalu kne tegur lecterr sebab tertido sampai tersenggok2...haha''!

    ReplyDelete
  19. teya: meh kita tukar mata nak? hihi..

    cendol: suka tido eh? jelesss nye. ;)

    mama: cik na on je. ;)

    masha: camno nak kesan tu cik misi? kalo cik na jumpa doc msti kena marah. dia ckp cik na stress sbb tak cukup tido. huhu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa? Doc kata tk dpt tido puncanya stress? Mana ada, cuma kita ni just enjoying live. Brjaga tu lbh baik dr tido. Hehe

      Delete
  20. cikna sama mcm ai lah..kalo bc buku tambah2 lak buku yg minat mmg x tdo trs la jwbnya..excited nk baca smp abis..

    tp nape ye cikna x leh tdo even dh ngantuk?stakat skrg ai xde lg lah jd camtu..asal burguling2 ats katil 10-15 min then pengsan terus smp pg.hahaha

    ReplyDelete
  21. kite sekarang asal nampak bantal.. terus lelap.. hihi

    ReplyDelete
  22. kita sama..deqla pun ssh nk tdo..tp bkn habit..mmg dah penyakit dari kecik..huhu...cuma sjk dah kwen ni x la terok mcm dulu..sbb tu kot deqla kurus x cukop tdo...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Deqla, kurus sbb tk cukup tido. Kira kita be3 ni sekapal lah yea..

      Delete
  23. salam singgah singgah... =)

    ReplyDelete
  24. cik na cik na cik na...cute mama tag cik na join segmen...hehehe

    ReplyDelete
  25. info yg bagus ... slm kenal n da follow u 221

    ReplyDelete
  26. cikna ..kita sama..ayu pn mmg susah nk tidur..awal sikitlah dr cikna..limit kul 1 je..hehe.. adam pun kdg dah terikut dah tidur lambat jugak..haih sgt tak elok utk dia. bagus info cikna ni..

    ReplyDelete
  27. tq untuk tips ni,insyallah akan praktiskan.. #tq akaq,manada femes -..-'

    ReplyDelete
  28. lambatnya chic na tido..huhu~~ Hani byk kali gak terbaca ttg tidur mengikut sunnah Nabi.. InsyaALLAH.. akan cbe dpraktikkan.. (:

    ReplyDelete
  29. Bagus enty ni.. Perkosngian yg menarik.. Aku tidur dekat dekat pukul dua gak.. Even dah naik atas katil awal.. Tapi kdng susah nak tido.. Beguling guling je atas tilam haha

    ReplyDelete
  30. lewatnya tido..cik,pukul 11 dh kroh kroh..ahaha and yes,Islam is the best way of life ^^

    ReplyDelete
  31. CIM: bukan. stress tu puncanya sbb tak cukup tido. huhu.. doc siap suh sy qada' tido sebanyak yg boleh. siang2 mana la nak lena sgt kan. huhu.. aah sama la kita ber3. underweight. :)

    ReplyDelete
  32. Kadangkala bukan tknk tido awal, tp rasa mcm rugi je klau tido. Masih ada byk hal yg boleh dlakukn. CiM tk boleh telebih tido, kalau kul 11pm dh tido, msti trjaga kul 3-4pg thn smpi subuh la stay pstu trus siap2 nk g keje. Klau CiM sj2 tido je spnjng ari, haa start la week tu asyik ngantuk je, walhal byk dh tido, sbb mata ni kesedap nk tido.

    *stakt ni lom penah trtido dlm lab.

    ★★Chic Na, thks coz sudi tag n3 hamba disini★★

    ReplyDelete
  33. CIM xpela study, byk assignment nak buat. sy bkn ape sgt pun. CIM ni jenis yg tido kejap je kot. btul tu, kalo byk tido lg rasa letih badan.

    mmg takkan pernah la kot tertido dlm lab. huhu..

    *suka entry CIM. tertarik sbnrnya ms baca aritu. tq jgk sbb bg idea. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hìhìhì...lps ni kena tido dgn rasa nk pergi tido yea, jgn tido sbb trtido. Barulh leh ikut sunnah Rasulullah.

      Delete
  34. Salam. Buat masa ni saya tetapkan untuk tidur 6jam sehari. hehe.

    ReplyDelete
  35. cP: tempoh optima kot 6jam. :)

    CIM: kalo cik na tido sbb dah pukul 2, esok nk kerja. huhu.. Insyaallah akan diperbaiki. :)

    ReplyDelete
  36. kalau cik na stress..stress sbb ap?
    conth,sbb wat cekelat tersenget atau terpenyek...jadi,selesaikan kononyer tambah tepung lebih ckit ke..ape2 la..hehe
    pas2 biler msalah dah selesai,maka stress pun berkurang,jd bolehla tido dgn selesa..ehehe

    (agak2 cik na paham x ni) kiki

    ReplyDelete
  37. kahkahkah.. contoh xbleh blah. dah cari dah tp xjumpa. rsnya takde ape pun yg xkena. cik misi tolong cek kan boleh? hihihi.. ;)

    ReplyDelete
  38. miahahahaha...Chic Na stress sbb buat coklat terpenyek. mesti terhempap kepala sbb terngantuk....kihkihkih

    ReplyDelete
  39. dya pun sama..skrg ni susah nk tidur..huhuhuh

    ReplyDelete
  40. banyak kli jgk solehah dh xleh tdo malam.harap2 ble dh msuk belajar semula,habit ni akan berubah

    ReplyDelete
  41. mmg stress la sape2 yg xleh tido tu. ;)

    ReplyDelete