Thursday, 31 January 2013

Untukmu Sahabat

Seorang kawan baik, sedang berkonflik dengan cinta hatinya. Tetiba muncul ex-man nya pulak tunjuk hero, kononnya lah. Should I be happy for her? Or feel sorry to him?

Untuk dia, kawan baik saya.. juga awak yg saya sayang. Awak lah, yg comel2 tu.     Takmo nangis2 lagi ok. ^_^

Jangan tinggalkan orang yang sayang awak semata2 untuk orang lain. Sebab belum tentu orang tu akan menyayangi awak macamana dia sayangkan awak. Hargailah apa yang awak ada sekarang, beri dia sedikit masa & terimalah dia seadanya. Mohonlah petunjuk dariNya, harap awak dapat buat pilihan yg terbaik, untuk dunia dan akhirat.

Ajal, maut & jodoh pertemuan di tangan Allah. Jangan sekali2 melawan takdir sebab apa yang telah Allah tentukan pastinya yang terbaik untuk kita semua sebagai hambaNya. Bila ada pertemuan, belum tentu ada persahabatan kecuali dengan kehendakNya. Bila terjalin persahabatan belum tentu ada percintaan kecuali dengan kehendakNya dan bila bersemi percintaan belum tentu berakhir dengan perkahwinan kecuali dengan ketentuanNya.

Mungkin harini kita kecewa tapi hikmah kebahagiaan yang menanti lebih besar dari kekecewaan tu. Kalau dia bukan untuk kita, redha & serahkanlah keyakinan pada qada dan qadar Allah. Jangan kita menjadi hamba yang mempersoalkan kesempurnaan Allah kerana Dia lebih mengetahui segalanya. Cinta hanyalah perasaan, rindu hanyalah kiasan tapi yang lebih indah adalah keberkatan dalam perhubungan dan kemanisan dalam kebahagiaan.

-Copy paste email dari someone, pengsan la kalau saya yang tulis ayat2 camni.
Peringatan untuk diri sendiri jugak yg kadang2 tak berapa nak betul. heee...-

P/S : Kebahagiaan ialah dengan mencintai apa yang kita miliki, bukan dengan memiliki semua yang kita cintai. 

You're never alone..

You can count on me like 1 2 3.. I'll be there..
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2.. You'll be there..
Cause that's what friends are supposed to do ooyeahhh.. lalalalala

Wednesday, 30 January 2013

Bodek


Ini dah lama dapat. Baru nak update. Sorry Mama Vogue. Huhu..


Cuba teka ini ape? Kalau dalam bahasa France 'Savon Pur Vegetal'. ChicNa dapat dari Mama Vogue a.k.a Mama Hakim setelah berjaya membodek beliau. Pandai tak ChicNa bodek? Hihihi.. Sebenarnya ChicNa sesaja je bodek alang2 nak drop komen kat entri beliau. Tetiba je Mama Hakim mintak alamat so ChicNa bagi jelah. Korang sila lah terjah blog Mama Hakim kalau nak tau apekah itu & macamana ChicNa bodek beliau. Kita bodek sikit2 je pun. Kihkihkih.. Mama Hakim hadiahkan ni untuk readers beliau, katanya sebab sayangggg sangat. Sayang Mama Hakim jugak. ^^

Thanks tau Mama Hakim. Mama Hakim keja kat Empire eh? Jom Teh Tarik Place. ;)

Kiss untuk Hakim sikittt. Chuppp chuppp!!


Pesanan penaja:

Happy belated birthday untuk Hotet a.k.a Encik H, 12 Januari lepas yang ke 13 tahun. Kihkih.. Semoga cerita untuk H adalah yang baik-baik sahaja (sorry tercopy ayat)
Bukan taknak wish tapi H baru gitau birth date nya kan.
So sila tuntut hadiah di kedai hadiah berhampiran. (^_^)V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com