Friday 17 June 2016

Uphill Rush

Assalamualaikum w.b.t.
Salam 12 Ramadhan 1437H
Sedar tak sedar dah masuk fasa ke-2 bulan Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu. Minggu pertama puasa ChicNa busy dengan final exam lagi laa tak terasa. So dah habis exam ni boleh la nak merapu-rapu kat blog yang dah lama takde entry ni. Hehew..
Sebenarnya citer yang nak diceritakan ni pun dah lama basi. Tapi nak citer jugak untuk memori masa depan. Kira major punya throwback la ni. Kihkih..
Citernya takde la best sangat pun. Tapi sebab first time jejak kaki ke situ so excited dia lain macam. Hehh.. 
Haa.. Kitorang pegi Penang Hill jer.
Time pegi ni memang dah ada kat Penang untuk kursus intensif kat USM. Waktu kejadian bulan Feb 2016. So curi2 la pegi Penang Hill walaupun esoknya ada test. Dengan alasan kekonon tahun depan dah final year so akan busy dengan final project, viva bla bla bla pastu tak sempat jalan dah. Kalo nak berjalan tu ada saja alasan kan.
Best dapat naik cable car tengok view cantik2. Udara pun fresh sangat. Siap boleh feeling kat Korea lagi. Hikhik.. Kitorang pegi kejap je dalam kul 9 naik then kul 11 lebih camtu dah turun. Nak balik study pulak katanya. Realitinya balik membuta.
So.. Penang Hill checked!
Wassalam

Monday 7 March 2016

Be Green

Assalamualaikum
Tetiba plak rasa nak citer pasal recycle. Sebab kat Kota Bharu ni susah nau2 nak jumpa recycle bin yg kaler oren, biru & coklat tu. Ke ChicNa yang tak perasan lokasi tong2 tu kat ner? Heheh.. Sesape yang tau boleh share info ye. Tq in advance. :) 
Anyway, untuk korang yg ada di sekitar Kota Bharu yg rajin nak recycle apa sahaja barang yg rasa nak dibuang tu boleh la ke lokasi-lokasi di bawah. Setakat yg ChicNa penah pergi & tau memang dua tempat ni jelah. 
Sistem pandu lalu jualan barangan kitar semula (Drive Thru 3R):
1. Tempat: Masjid Sultan Muhammad II (sebelah Istana Telipot)
Hari / Masa: Selasa / 11 pagi - 3 petang

2. Tempat: Tesco Kota Bharu, Lembah Sireh
Hari / Masa: Rabu / 11 pagi - 3 petang

Tempatnya takde la proper sangat, just ok la utk kita nak drop barang2 yg nak dikitar semula tu. Penimbang semua diorang provide & ada 2,3 orang petugas yg jaga. Setiap barang dikira ikut kategori & dibayar per kg. Kalau nampak pick-up truck yg ada logo Jabatan Alam Sekitar Malaysia kat situ tu yer la tu tempatnya. Banyak gak jenis2 barang yang diterima untuk dikitar semula. Info lanjut baca SINI
Harap2 dapat membantu korang-korang yg mencari tempat2 untuk recycling. Daripada buang atau bakar sampah tu elok la recycle. Leh kurangkan global warming gitu. Fikir dulu sebelum buang. Dah macam iklan kitar semula pulak. Hehew.. 
Selalu ChicNa pegi recycle buku-buku atau majalah atau kertas je..


Wassalam..

Let's save the earth!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com