Showing posts with label leisure. Show all posts
Showing posts with label leisure. Show all posts

Friday, 17 June 2016

Uphill Rush

Assalamualaikum w.b.t.
Salam 12 Ramadhan 1437H
Sedar tak sedar dah masuk fasa ke-2 bulan Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu. Minggu pertama puasa ChicNa busy dengan final exam lagi laa tak terasa. So dah habis exam ni boleh la nak merapu-rapu kat blog yang dah lama takde entry ni. Hehew..
Sebenarnya citer yang nak diceritakan ni pun dah lama basi. Tapi nak citer jugak untuk memori masa depan. Kira major punya throwback la ni. Kihkih..
Citernya takde la best sangat pun. Tapi sebab first time jejak kaki ke situ so excited dia lain macam. Hehh.. 
Haa.. Kitorang pegi Penang Hill jer.
Time pegi ni memang dah ada kat Penang untuk kursus intensif kat USM. Waktu kejadian bulan Feb 2016. So curi2 la pegi Penang Hill walaupun esoknya ada test. Dengan alasan kekonon tahun depan dah final year so akan busy dengan final project, viva bla bla bla pastu tak sempat jalan dah. Kalo nak berjalan tu ada saja alasan kan.
Best dapat naik cable car tengok view cantik2. Udara pun fresh sangat. Siap boleh feeling kat Korea lagi. Hikhik.. Kitorang pegi kejap je dalam kul 9 naik then kul 11 lebih camtu dah turun. Nak balik study pulak katanya. Realitinya balik membuta.
So.. Penang Hill checked!
Wassalam

Friday, 25 April 2014

Sarang

Assalamualaikum

Honestly, I'm in love..

With Choo Sarang! Comey kannnn.. :))

Korang yg layan variety show 'The Return of Superman' mesti adore with this cherubs Sarang. Ditto! She's toooo cute okeh. Konsep variety show ni ialah bapak jaga anak. Hikkk.. So, cuba imagine bila Sarang yg notty & manja ni dijaga oleh daddy dia selama 48 jam while mommy dia keluar. Daddy Sarang ni actor. Haaa gitu lah lebih kurang. Memang best & havoc. Selain lawak banyak gak unsur2 kekeluargaan yg ditunjukkan. Citer ni dah jadi most popular weekend variety show. Ada jugak baby2 lain, baby twin pun ada tapi ChicNa paling adore si Sarang ni lah. Tak pernah miss tengok. Kalau termissed harusla tengok ulangan.



 Gewwammm dok?? Huhu.. Saranghae Choo Sarang!!

The Return of Superman
Synopsis: Fathers may not be perfect.. but that's okay!
There's nothing like a father's love to boost our spirits. 
Every Sunday, 4 pm, KBSW

Enjoy watching!

Saturday, 31 August 2013

Misi Tertunda Lagi

Assalamualaikum

Selamat bercuti kawan2. Moh kita jenjalan. Tapi ke mana?
Haa sini lah. Menara Tinjau Tambatan D'Raja Kota Bharu.
First time jejak sini tau. Sebenarnya dah lama plan ngan adik lelaki nak panjat menara ni. Sampai dia dah berapa kali balik cuti & balik UTM semula pun tak panjat2 lagi. Hehe.. Semalam hantar adik bongsu ke book fair, malas nak balik. So sementara tunggu dia shopping buku ChicNa ajak adik perempuan lagi sorang lepak kat sini. Ada geng apelagi panjat jom! Memula berani la konon dua2. Hehhh..
There we go guys!
Erkkk baru half way kot. Tapi nampaknya misi terhenti di sini. Gayat sehhh..
Sebenarnya tangga ni lah yang bertanggungjawab menyebabkan kami gayat..
Ikutkan ChicNa masih steady nak teruskan. Boleh lagi kot nak panjat. Cehhh.. Tapi tengokkan adik yg neves & gayat tu membuatkan ChicNa patah semangat. Haha.. Tangga tu pulak agak sempit & curam. Time naik ok lagi kot, time nak turun satgi tu yg takut. Kena pulak bertembung ngan orang yg tengah nak naik ke atas. Wuuu..
Nuyin the gayats girl. Dia pegang phone nak snap nampak tangan shaking. Kekeke..
View dari tingkat empat.. Second pict tadi ChicNa kat bangku2 bawah sana. 
Menara ni bertentangan dengan sungai kelantan yg airnya dah macam tea ais je ChicNa tengok. Yang jauh nun di sana tu Jambatan Sultan Yahya Petra, di seberangnya Lembah Sireh yg mana terletaknya Kolej Masterskill & Tesco. ChicNa tengok ada makcik2 bawak bakul, naik bot yg disediakan kat bawah tu. Mungkin nak ke Tesco shopping. Heheh..
Front view. Padang Merdeka tapi sayang bendera tak berkibar. Depan sana lagi Dataran Al-Qur'an dan istana.
View dari depan menara.

Ok, meh nak citer sikit. Menara ni berketinggian 150 meter dan mempunyai 6 tingkat. Ada jam besar kat puncak sana. So yg ChicNa panjat tu takat tingkat 4 je (arrow). Dibuka setiap hari. Nak masuk kena bayar tapi murah je. RM1 untuk dewasa, RM0.50 untuk kanak2 & RM2 untuk foreigner. Kalau datang petang best la boleh tengok sunset. Menara ni bersebelahan dengan Tambatan D'Raja & Ridel Hotel juga berdekatan dengan Pelangi Mall, bangunan KDRM, Muzium Perang, Masjid Muhammadi dan Istana Jahar. Memang area tumpuan pelancong. Sekali jalan boleh pusing semua.
Next time ChicNa akan datang lagi untuk meneruskan misi. Tapi memang kena datang ngan adik lelaki. Semangat sikit kan. Nanti berjaya sampai atas lah, perhaps. (^_^)V

XOXO 

Thursday, 7 March 2013

Deck Baru

Assalamualaikum. Happy Thursday kawan-kawan..

Saja nak tayang tweetdeck baru CikNa *jakun*. Senang tau 4 in 1 ada timeline, interactions, messages & FB news feed. Kalau boleh nak masukkan sekali outlook & blogger dashboard tapi memang tak boleh la. Tamak betul. Hehe.. 
Selamat bekerja. Esok dah Jumaat yayyy!!

# Kawan2, kalau pos barang alamat betul tapi nama tak berapa nak betul takpe ek?

Tuesday, 5 February 2013

Super Power

Hoiii.. Rajinnya korang keja. Take five! Jom berangan jap.. :p

Yang mana satu pilihan korang? Kenapa?

Kalau kita la kan, pilih mind reading.

Who are you and what do you think of me?

Huhu.. Hoping for a miracle. Senang sket nak memahami sikap & kehendak semua orang. Perlu kot untuk maintainkan relationship sebab tak mungkin lagi berlaku salah faham & menyakitkan hati sesiapa. Tapi tak nak la tau benda-benda yg negative. Kang kita pulak yang sakit hati. Yang positive sudah. Kalau kita sendiri pun suka bila seseorang tu faham kita kan. Rasanya benda ni possible sebab ada je orang yg dianugerahkan kebolehan untuk baca fikiran orang lain, ye tak?

# Heartstring : Behind my smile is everything u'll not understand. 

Thursday, 27 December 2012

Journey to The Future

Tajuk bukan main lagi kan. Haha.. Masa sekolah rendah dulu selalu je dok berangan ngan kawan2 pasal tahun 2020, time tu rasa cam lambat je nak tunggu. Lebih kurang 8 tahun lagi kot kita nak masuk ke tahun 2020. Agaknya cemana ek kita semua tahun 2020 nanti.

Dua hari lepas baca entri Tahun 2020 kat blog MV. Semalam lak baca entri Apa yang akan terjadi pada anda tahun 2020 nanti? kat blog Aisya. Ada aplikasi menarik yg Aisya kongsikan. Nampaknya Aisya akan jadi datuk bandar pada 2020 nanti. Hihi..

Citizen 2020. Aplikasi yg diperkenalkan oleh ETP (Economic Transformation Programme). Melalui app ni kita boleh figure out siapa kita pada tahun 2020 dengan menjawab beberapa soalan interaktif & menarik berkaitan kehidupan kita sebenar. Then result yg keluar adalah based on kita punya personaliti. Ada 10 karakter yg mungkin sesuai dengan korang.

ChicNa dah try & resultnya.. Tadaaa..

 Early burt. Serius tak pernah dengar. Biasa dengar early bird je. Katanya burt tu lagi awal dari bird dalam idiom 'the early bird catches the worm'. Apepun ChicNa suka kata2 tu. Very inspiring. Yang possible career path tu tak tau nak komen apa. Best gak kan kalo dapat jadi Creator of the next eBay tapi Wall Street ready stock broker & Famous viral video blogger tu macam impossible jek. Huhu..

Dear friends, let's start your journey here >> Citizen 2020.


# Dalam tour tu kita sebenarnya didedahkan sedikit dengan program2
  yg dijalankan oleh ETP utk meningkatkan ekonomi pada tahun 2020.

Friday, 30 November 2012

Crepe vs Puff

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Morning everyone. J

Entri jeles. Semua orang dok citer pasal 'durian crepe'. Kita belum rasa lagi ke'best'an durian crepe mcm yg org dok citer tu. Dah tau mana nak order, recommended by Puan Jaa. Nak order gak tapi nak tunggu adik2 balik cuti sem bulan 12 nanti. The more the merrier. Aritu pun SIL ada cakap teringin nak makan durian crepe.

ChicNa pernah makan durian puff, though. Maybe rasanya lebih kurang je kot filling durian crepe dengan puff tu. Yang berbeza satu letak dalam puff & satu letak dalam crepe. Kan? Seriously memang sedap. Macam makan aiskrim perisa durian & ada sekali isi durian yang fresh kat dalam. Pehhh.. Maveles makan sejuk2.

Chilled durian puff

Saiz durian puff ni besar sket & tak bulat mcm cream puff. Sebijik RM2.50. Sangat worth it. Tapi jarang kot bakery yg jual durian puff. Kat Kelate tak pernah jumpa lagi. Tak dapat la nak compare antara crepe dgn puff sbb ChicNa belum rasa lagi durian crepe. Huhu.. Orang cakap senang je nak buat crepe tapi takde kerajinan & kurang berminat nak buat benda2 cam kuih bertepung2 gitu. Hihi.. *alasan*


# Sesapa yg kat area Klang Valley tu boleh try durian puff @ Casamia
  Bakery Cakehouse, SS15 Subang Jaya. Ada cafe sekali kat situ. J

Monday, 26 November 2012

Evening Walk

Assalamualaikum

Suka pantai tak? ChicNa suka sangat dengar bunyi ombak. Sangat menenangkan. Kalau keluar ngan bff mesti singgah pantai minum air kelapa sambil bincang masalah negara. Hikkk.. Tp selalunya g pantai petang2 bawak potet jalan2. Kalau tak mandi pun just jalan2 tepi pantai tak pun main playground. Nak harapkan abg ngah yg busy sokmo tu mmg tak la kan nak bawak anak dia jenjalan petang2, kecuali time SIL balik cuti sekolah atau kadang2 balik weekend.

Taman Galeri Tengku Anis @ Pantai Geting, Tumpat
Baru je tau taman ni wujud sbb lokasinya agak tersorok. Border Kelantan-Thailand. Belum habis explore sebab baru 2,3 kali pegi.

Nampak tak bangunan2 kat seberang sana? Itu Thailand, so sesapa nak ke sana boleh la berenang seberang laut ni je. Eh laut ke sungai ke pantai ke? Pape jelah, janji sampai.

Rumah api kot. Atau tanda sempadan negara. *hihi memandai*

Petang2 mmg banyak bot. Suka tengok.

Fisherman tangkap fish. *skema jawapan bila potet tanya*

Bot dah sampai. Actually tak nampak pun jeti kat mana.
Maybe kat belah Thailand sana.

Galeri Tengku Anis. Belum pernah masuk. Menara pun belum sempat naik sbb potet sibuk dengan playground dia je.

"Hi peeps! Ain't this too cute?" potet. J

# Sepanjang cuti sekolah potet tak dok sini. Diorang tinggal kat
  rumah mak SIL. Kadang2 je datang. Rindu potet dua kali.. **V

Tuesday, 13 November 2012

Girls Meet Up

Assalamualaikum

Akhirnya dapat jugak ChicNa menjoinkan diri utk meet up kali ni. Kami berempat je semuanya member blogger, first time jumpa diorang kecuali Jaa yg ChicNa dah pernah 2 kali jumpa. Meet up antara 'Geng Keding' sebab semuanya memang keding2 & tak cukup berat belaka. Huhu.. Kejadian berlaku pada pagi Jumaat lepas di food court KBM.

Ok, layan gambar jelah. 

Puan penganjur a.k.a ketua geng keding, Jaakechik. Nama pun dah kecik. Tapi dia nampak tinggi sebab pakai heels. Sila jgn terpedaya. Hihi.. Hubby dia hantar 2 org escort kiri kanan ok. Berani? Cubalah.

Si cantik manis Cikji & Cik Yla. Diorang ni bff dari kecik tau.
ChicNa baru2 je kenal Cikji kat blog, tp Yla baru je kenal masa jumpa ni. Diorang semua memang peramah. Kami bersembang mcm la dah lama kenal wpun memula agak malu. Aww.. Cikji sudah berpunya tau wpun nampak cam anak dara. Tapi Yla still available. Huhu..

The foods yg tak umphhh. *next time keni rojes plisss*

MC majlis yg agak keletihan lepas bg ucapan perasmian. Huhu.. 

Tengah share topup ke tuh? Kikiki.. Cikji cam tgh membebel je.

Us! The keding girls..

Thanks all, next time boleh gather2 lagi. Thanks Jaa bagi hadiah, kami tak prepare pape pun. Hukhuk.. Tak lupa photographer cilik kami, adik Jaa (err lupa tanya nama) sebab sanggup tolong snap utk kakak2 yg banyak songeh ni. Thank u so much adik. J

Tak dapat join Cikji & Yla merendek. Kena balik cepat, nak jaga si kecik ni sebab ma&abah ada program petang tu.

Orang lentok kanan dia lentok kiri.

Ciao.

# ChicNa pernah jumpa Cik Ai sebelum ni tp disebabkan tertinggal
   kamera so takde bukti nak tunjuk. Tp boleh baca kisahnya kat 
   blog Cik Ai yg kiut itu. Yang lain2 bila nak jumpa ek.. J

Friday, 9 November 2012

Oldskool

Assalamualaikum

Kat tempat kawan-kawan ada tak sesuatu yg rare macam ni?
Atau ChicNa yg jakun. Huhu..

STOP.LOOK.GO

Spotted at a village near 'Gold Sand' town (bandar Pasir Mas). Hikhik..
*Tetiba rasa nak kecek english tengok signage tu.

Actually kat situ ada jalan keretapi tak berpagar. Tu sebab ada signage macam tu sebagai tanda amaran utk pengguna jalan kot. Jalan kampung je tu, shortcut nak ke Pasir Mas. First time lalu jalan tu & first time jumpa signage macam tu. Huhu..

Orang kampung situ memang cool la.

Old is cool J

Thursday, 27 September 2012

Malaysia 6th Chocolate Fair

Assalamualaikum kawan-kawan

Calling all chocoholics out there!
Malaysia Chocolate & Candy Fair 2012
Date : 28th -30th September 2012
Venue : Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)
Opening times : 11am – 9pm Daily
Free entry

Jom pegi korang. Kat sana ada banyak booth coklat2 tempatan dan juga dari luar negara seperti Russia, Belgium, German & macam2 lagi. Korang boleh shopping sambil rasa coklat yg bermacam2 jenis flavour & filling. Korang juga boleh tempah coklat berwajah sendiri, sambil tu boleh tengok camne cara diorang print muka korang sebelum letak atas coklat. Ada jugak demo membuat coklat dari chef yg 'terer merer' bak kata Deqla. Sure korang suka. J

Jangan lupa print kupon ni untuk dapatkan hadiah misteri, hanya di Ryverra Chocolate's booth (no 57). Atau klik SINI.
T&C applies. Baca betul2 k.

Enjoy! J

# Last year ChicNa sempat pegi tapi this year macam tak je. L 

Friday, 22 June 2012

Zon Dinar & Dirham

Assalamualaikum

Malam ni ChicNa nak tukar lagu sbb Mama Arina suruh. Huhu.. Takde lah gurau je. Korang tgk jelah pict2 ni. Tapi sket je sbb tak berapa rajin nak snap. Let's picture tell the story. :)

Mama ajak pegi sini malam Ahad lepas. Ikut saja.

Perhiasan dinding dari errr..

Drawing ni macam comel, so snap. (bayang2 dua makhluk, abaikan)

Bike dari Iran. Murah je RM3900. Sape nak order kat kaunter.

Old skool. Baca betul2 brand tu 'Tondar' ok bukan Honda. Hikhik..

Dinar (gold) & dirham (silver). 

Yang menariknya, untuk urusan jual beli semua barang2 yg berharga RM15 ke atas di semua booth dalam ekspo ni mesti menggunakan dirham. Kaunter tukaran disediakan. Satu dirham equal to RM25.
So sangat best.

Dirham Belia - edisi khas. (tangan adik, abaikan)
Dirham wanita pun ada, refer pict bawah.

Dinar & dirham sebagai mahar perkahwinan. Nak.. (^_^)

Kalau nak tgk pict makanan sila singgah rumah Jaakechik. Kat sana memang sume pict makanan. Hihi.. Peace Jaa! 


Friday, 23 March 2012

Bonjour!


Assalamualaikum

Esok cuti kan kawan2. Seronoknya.. Apa plan kawan2? Kalo blum ada plan, ChicNa nak share ngn kawan2 satu tempat yg sgt menarik and best utk dijadikan port lepak, gathering or dating. :) 
ChicNa dah jatuh hati ngn tempat ni even baru 1st time pegi and it was accidentally spotted.

The small 'Green House'

Interior design nya sgt menarik. 
Dari luar pun dah nampak cambest kan?

Ape lagi kat dalam, confirm la best.
Makanan nya memang yummy. 
Bun and pastry ada, western food pun ada.

Tempat makan yg syiok, leisure & very nice

Oh time ChicNa pegi tu Nora Danish & Riezman Khuzaimi pun ada, tgh shooting kat situ.

Ok, nama tempat ni Bonjour Garden Bakery Café. Tengok nama pun dah tau kan mesti makanan kat sini ala2 France gitu. Café ni terletak di Kota Damansara, near the Sunway Giza Mall.

Waktu tu outing ngn kakak. Kami tak sempat lepak sini. Dah kesuntukan masa coz kami ada date dgn Julius & Pup. Itula tadi merayau tak tentu hala. Very disappointed!

nottie Julius and cutie Pup

So, my sis suggest utk take away je. Sgt2 la frust tak dapat lepak sini. Tp kakak janji next time lepak sini sampai pengsan. 
Terus setuju!

Tgk ape kita beli.

Cosy Sausage Roll dan Croque Monsieur camne nak sebut tu? Sedap!

Caramel Cheese Raisins 

Dan ini yg paling kita amazed. Makan sampai tak hengat nak suap org sebelah yg tgh drive. Huhu.. Kejam betul. Pict pun lupa nak snap. Dah tinggal seciput baru teringat.

Rasa cheese nya sgt superb.  Mmg cheesilicious lah. Ten thumbs up! Sampai sekarang dok teringat lagi camne nikmatnya bila cheese tu melt dlm mulut. Nyum nyum..

Kawan2 boleh la bersantai sambil try makanan2 yg ada kat sini ya. Ajak kawan2, family & org tersayang. :)

Have a nice weekend peeps!


p/s : Selain hantu coklat, ChicNa juga hantu cheese. Huhu.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com