Tuesday, 5 March 2013

Shopping Spree!!

Assalamualaikum. Happy Tuesday.

Sape suka online shopping? Errr CikNa sorang je angkat tangan? Hikkk.. Alaa mesti ramai kan suka. Mudah, cepat, murah & lebih banyak pilihan.
CikNa nak share butik online yg awesome. Memang suka shopping kat sini. Pernah beli tops, t-shirts, jeans, sandal & stuff untuk my potets jugak. Sebab semua cun2, berkualiti & reasonable price, for sure lagi murah dari harga kat outlet store. And the best part is, selalu je ada SALES! ;)
Butik ni my kakak tak kandung punya, kak Ila. Hehe.. Semua pre-order adalah dari USA, 100% authentic & diterbangkan terus dari sana. Kat sini korang boleh shopping dari memana je U.S websites. Contoh:
Handbags: Coach - Marc Jacobs - Gucci - LV - Prada etc.
Baby & family clothing: GAP - Old Navy - Gymboree - Ralph Lauren - Calvin Klein - Osh Kosh B'Gosh - Levi's etc.
Cosmetics: Sephora - MAC - Victoria Secret etc.
Sekarang ni Home essentials pun ada. Klik banner untuk terus ke page.
Introducing my pwincess a.k.a the boss: Elmeera (kanan) & adek Eryna. Auntie bucuk dah lama tak jumpa 'Meela' *mohon baca dengan pelat R*. Bulan 4 auntie bucuk datang umah Meela k. Sorry kak Ila, terkidnap pict pwincess. Hehe..
Actually CikNa nak join & nak ajak korang sekali join 'Share Our Page' proggramme by Elmeera's Boutique ni. Kalau menang dapat Dooney & Bourke happy bag ok. Syaratnya cuma share Elmeera's Boutique page ni kat FB, blog, twitter, memana pun boleh. Contest bermula 1 Mac & tamat pada 21 Mac 2013. 
Cantek kan...
So kalau berminat klik 'Like' Elmeera's Boutique page. Dah like baca dulu syarat2 dan jangan lupa tag @ tulis nama FB cikna: Zana Bakhari kat comment box di SINI. Tau.. Thanks kawan-kawan. 
Happy shopping & happy contesting. (^_^)V

# Doakan auntie bucuk berjaya.. #_#

Friday, 1 March 2013

Kukuku

Assalamualaikum. Salam Jumaat kawan-kawan..
Tadi masa nak potong kuku terperasan sesuatu. Flashback jap ke entri Dot Putih. Now bunga kuku tu dah betul2 ada kat hujung kuku, tunggu nak potong je satgi. Entri tu dipublish pada end of Oct, harini dah masuk Mac. So lebih kurang 4 bulan jugak la bunga kuku tu nak hilang. Means, kuku CikNa ambik masa lebih kurang 4 bulan untuk tumbuh semula sepenuhnya (in case kalau kuku tercabut la kan tapi mintak2 tak la) Hihi.. Bagus jugak ada bunga kuku ni boleh buat eksperimen.
Cer baca info di bawah :
Kuku tumbuh dari bahagian lapisan bawah epidermis yang dipanggil nail bed, dimana ia merupakan satu2nya bahagian kuku yang hidup. Kadar pemanjangan & pertumbuhan kuku adalah bergantung kepada panjang tulang jari (paling luar), terminal phalanges. Pada manusia, kuku jari telunjuk tumbuh lebih cepat berbanding kuku jari kelingking dan kuku jari tangan tumbuh empat kali lebih cepat berbanding kuku jari kaki. Kuku manusia tumbuh pada kadar purata 3mm sebulan dan memerlukan masa 3-6 bulan untuk tumbuh semula sepenuhnya berbanding kuku kaki yang memerlukan masa 12-18 bulan. Kadar pertumbuhan kuku sebenar adalah bergantung kepada umur, jantina, suhu badan, diet dan keturunan. - Wiki
Empat bulan tu normal la kan, tak cepat & tak lambat. CikNa memang potong kuku seminggu sekali je. Tu pun takdela panjang sangat. Cuma ada nampak line putih sikit tang kuku terlebih tu. Kadang2 ada jugak time malas, potong 2 minggu sekali. Hehe.. 
Paling seriau potong kuku baby. Pernah potong kuku potet masa baby pastu berdarah. Hukkk.. Serik terus.
Ada sesetengah orang kuku cepat panjang, potong kuku 2 kali seminggu. Korang lak camne? Ada tak yang potong kuku lebih dari 2 kali seminggu, tiap2 hari ke? Hehe.. Over lak. Kalau ada baik korang pi check cepat2 sebelum terlambat. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com