Assalamualaikum
Salam Jumaat.. Salam 17 Ramadhan..
Cepat je kan, rasa cam baru je dengar pengumuman puasa aritu.. Huhu..
Dah lama tak citer pasal potet kesayangan ChicNa ni. Sejak dah tak dok sama so tak banyak citer la. ChicNa pun dah lama tak jumpa dia since cuti sekolah bulan May haritu. Raya nanti baru dia balik. Rindu memang rindu la. Terkenang2 lagi-lagi bila tengok mainan dia yang ada kat rumah ni. Wuuuu..
Random: pict masa cuti yg lepas & pict dari abang ngah
WeChat jelah jadi penghubung kami. Dia pun dah makin petah bercakap. Seronok la bersembang. Dua patah ChicNa tanya, dua puluh sembilan patah dia jawab. Ada talent jadi lawyer cam abi dia agaknya. Makin banyak akai. Setiap kali kita tanya soalan, hujung2 jawapan mesti dia tambah "Hanif kan dah besar". Erhhh..
Nama saya Hanif. Umur saya tiga tahun..
Kalau buat peace dah tak up dua jari dah sekarang. Mesti up tiga atau empat jari.
Tak sabar nak jumpa dia..
p/s: Jari ChicNa memang ada masalah tekan menda alah button ni. Asyik2 keluar warning 'message too short' je. Selalu kena gelak ngan adik2. So kalau nak sembang adik tukang tekan ChicNa tukang cakap. Korang ada tak yg bermasalah cam ChicNa ni? Kekeke..
XOXO