Friday 26 July 2013

Hati Manis

Assalamualaikum
Salam Jumaat.. Salam 17 Ramadhan..
Cepat je kan, rasa cam baru je dengar pengumuman puasa aritu.. Huhu..
Dah lama tak citer pasal potet kesayangan ChicNa ni. Sejak dah tak dok sama so tak banyak citer la. ChicNa pun dah lama tak jumpa dia since cuti sekolah bulan May haritu. Raya nanti baru dia balik. Rindu memang rindu la. Terkenang2 lagi-lagi bila tengok mainan dia yang ada kat rumah ni. Wuuuu..
Random: pict masa cuti yg lepas & pict dari abang ngah
WeChat jelah jadi penghubung kami. Dia pun dah makin petah bercakap. Seronok la bersembang. Dua patah ChicNa tanya, dua puluh sembilan patah dia jawab. Ada talent jadi lawyer cam abi dia agaknya. Makin banyak akai. Setiap kali kita tanya soalan, hujung2 jawapan mesti dia tambah "Hanif kan dah besar". Erhhh..

Nama saya Hanif. Umur saya tiga tahun..
Kalau buat peace dah tak up dua jari dah sekarang. Mesti up tiga atau empat jari. 
Tak sabar nak jumpa dia..

p/s: Jari ChicNa memang ada masalah tekan menda alah button ni. Asyik2 keluar warning 'message too short' je. Selalu kena gelak ngan adik2. So kalau nak sembang adik tukang tekan ChicNa tukang cakap. Korang ada tak yg bermasalah cam ChicNa ni? Kekeke..

XOXO

Monday 22 July 2013

Seven Secrets

Assalamualaikum

Happy Monday peeps.. Ke Moanday? Takmo takmo takmo.. 

Nak tau rahsia tak? Ohh sebut rahsia2 ni teringat lak iklan Rahsia Puasa
yang super duper gwiyomi tu.. Takde lak tahun ni ek.. Rindu dua budak comel tu..

Seven Secrets of Success
We can find the answers in our room..

Roof said "Aim high"
Fan said "Be cool"
Clock said "Every minute is precious"
Mirror said "Reflect before you act"
Window said "See the world"
Calendar said "Be up to date"
Door said "Push hard to achieve your goals

Best kan kalau bangun2 tido je dengar kata2 positif camtu.. Mesti rasa motivated je selalu.. Apepun yg kawan2 akan, sedang & telah buat.. wishing you all the best..
Fighting!! (^_^)V

XOXO

Saturday 20 July 2013

Anak Mithali

Assalamualaikum

Ada yang tengah sahur ke?
Masa merantau dulu memang selalu la sahur time macam ni..
Pre-sahur kononnya.. Hikhik..

Once upon a time..
Senang tapi macam susah..
*terperangkap di situ*
to be continued..

XOXO

Tuesday 16 July 2013

Tujuh Ramadhan

Assalamualaikum

Salam 7 Ramadhan kawan-kawan..
Sebenarnya dah beberapa kali ChicNa cuba update. Tapi sempat taip salam je. Masa tengah fikir idea nak tulis ape tetiba terlelap. Sedar2 lappy dah hibernate. Simpan lappy pastu sambung tido. Cubaan seterusnya pun macam tu gak. Frust betul. Hikhik..
Kali ni ChicNa tukar strategi, taip entri lepas subuh. Confirm tak terlelap punya kan. Haa.. See, berjaya jugak update.
Nak wish selamat berpuasa untuk kawan2 semua. Rasanya belum terlambat kan.
  Banyak sebenarnya kelebihan yg boleh kita dapat dari berpuasa. Itu baru dari aspek kesihatan. Belum aspek lain2 lagi. Hope kita semua dapat menjalankan ibadah puasa & amalan2 lain dengan sebaik-baiknya.
XOXO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com