Monday 22 December 2014

Lab Courses

Assalamualaikum

Happy Monday uollsss..

 Sekarang ChicNa ada kat Penang untuk lab courses. Kitorang dok luar sebab tak dapat hostel & rumah tamu USM pun full booked. Sobsob.. Tapi dok luar best jugak cuma kena keluar duit sikit la. Untuk 10 hari sewa & transportation ke USM.
Harini, esok & lusa free. So macam nak jalan2 Penang. Sebelum ni datang tak sempat jalan2 sangat. Gigih study lah katakan. *mohon percaya* Hahaha..
Oh btw, bilik yg kitorang sewa ni cantik, selesa sangat & yg penting affordable. Nanti bebila ChicNa share tempatnya ye. bila tu tak tau la

XOXO

Thursday 13 November 2014

Big Boy

Assalamualaikum
Ya man (guess who's back). Ehhh..
Bukan nak citer pasal lagu BigBang la.
Tapi nak story pasal potet kesayangan ChicNa ni. Hiksss.. 
Helllowww..

Februari tahun depan cukup umur 5 tahun. Macam2 skill dah terer. Bagi nasihat kat ChicNa paling terer. Nasihat ke membebel ntah. Sekali cakap memang panjang berjela takde fullstop langsung. Tak boleh buat silap sikit. Hehew.. Tapi manja terlebih. Nak pegi school tapi nak Tok Ma teman. Dah cemana. Jangan ikut jejak ChicNa dah. Dulu ChicNa tak pernah masuk tadika sebab tak boleh berenggang dengan mama. *kantoi*

Pasrah je layan makcik2 dia ni. Dah takde anak buah gegirl lagi kan, nasib lah kena pakai flower crown pun. Please don't grow up too fast baby.. 

XOXO 

Wednesday 5 November 2014

Save Lives

Assalamualaikum
Blood donors
Fakta umum tentang derma darah
  1. Menderma darah adalah selamat, ringkas dan tidak berisiko kerana semua peralatan yang digunakan adalah steril, hanya digunakan sekali dan dibuang.
  2. Secara purata, seseorang mempunyai 5 liter atau 10.5 pint darah. Pengumpulan darah biasa "seunit" adalah sekitar 1/2 liter atau 1 pint. Badan kita akan menggantikan semula semua darah yang diderma.
  3. Proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 10-15 minit.
Read more >> malaysiablooddonors

Syarat-syarat Penderma
  1. Berumur antara 18-60 tahun
  2. Berat badan 45 kg atau lebih
  3. Paras minimum haemoglobin adalah 12.5gm%
  4. Kali terakhir menderma darah sekurang2nya 90 hari sebelum menderma
  5. Sihat, tidak menderita penyakit berjangkit lain
  6. Makan dan tidur yang mencukupi
Read more >> malaysiablooddonors

Mula sedar tentang kepentingan derma darah ni few years back after dapat tau one of my close friend menghidap Thalassaemia. Salah satu treatment yg dia buat secara rutin ialah blood transfusion. Dia darah jenis O dan dia selalu cakap kadang2 lewat buat treatment sebab darah O sentiasa kurang dalam blood bank. So, just imagine kalau2 jadi kat kita, family atau orang yg kita sayang. Macam kita tau darah O adalah universal donor, tapi ia hanya boleh terima darah dari jenis O sahaja. 
ChicNa pun darah O jugak, satu family darah O sebab mama & abah darah O. Nak sangat menderma tapi tak mampu sebab failed syarat ke 2 dan 3. Hope one day dapat jugak derma darah even sekali. Those yg cukup sihat & cukup syarat tu boleh la rajin2kan diri derma darah. Mungkin dapat bantu menyelamatkan nyawa.
Who knows? 


p/s: Kawan ChicNa tu.... Allah lebih sayangkan dia.

Wassalam 

Saturday 1 November 2014

Taip Saje

Assalamualaikum

Satu Sebelas.
OK.. Straight to the point. Sebenarnya hari2 berazam nak aktif balik kat blog tapi tu lah banyak sangat yang menghalang terutama sekali penyakit M. Heheh.. Ditambah assignment & tutorial yang makin dibuat makin menimbun.
Last update bulan July, sekarang November. More or less 3 bulan, tapi rasa cam dah 3 tahun. Sebab kadang2 jenjalan gak kat blog kawan2, baca2 cuma tak tinggal komen jer. Tengok kawan2 yg dulu single, sekarang dah double. Ehhhh.. Yg dulu bertunang, sekarang dah kawen. Yg dulu baru kawen, sekarang dah pregnant. Yg dulu pregnant, sekarang dah dapat baby cecomey. Yg dulu baru bersalin, sekarang dah pregnant lagi. Hahah.. Over lak. Congrats anyway! Nak mention nama semua panjang lak nanti.
ChicNa?? ChicNa dulu pelajar tahun 1, sekarang pelajar tahun 2 uolls. Hehew.. Syukur Alhamdulillah. Satu kelegaan bila nampak abah senyum masa check result. Orang yg tak pernah jemu bagi motivasi & kata2 semangat untuk anaknya yg cepat give up ni. Katanya, year 2 kena usaha lebih lagi. Ayeee captain!! Err tapi tak janji, tengok subject tough je semua. Sobsss..
Ok lah, tu je. Sekadar warm up konon
Selamat tahun baru 1436H.
Sama2 kita memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Wassalam

Thursday 3 July 2014

Lima Ramadan

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah lima hari kita berpuasa. Lama tak berpeleseran kat blog ni. 
Thanks pada yg wish ChicNa untuk final exam bulan lepas. Alhamdulillah, boleh jawab tapi betul ke salah tak sure la. Hehe.. Now nervous tunggu result lak. 
Citer pasal puasa kan, bila fikir2 balik rasa bersyukur sangat dapat berpuasa dengan family lagi. Dapat terawih sesama. Rasa complete sangat berbanding dulu. Kalau diberi pilihan memang tak nak berjauhan lagi. Tapi.. boleh ke? Huu..
Fasting. Good for body, good for iman.. :) 

Oh ye.. Untuk warga Darul Naim yg belum shopping raya boleh la ke Gegey Fest Jumaat & Sabtu ni kat KTC. First mega online bazaar. Macam2 ada tau. Tak yah shopping online dah. ChicNa tak join pun, tapi kawan2 ChicNa ramai join. Jom la support diorang. Dua hari je, so memang tak boleh lepaskan peluang.


Ramadan Kareem to all. May Allah accept our prayers & ibadah, 
and guide us to worship Him in best way.

Salam..

Wednesday 14 May 2014

Exam Fever

Assalamualaikum

Situasi biasa bila nak exam..
Panas - sejuk - panas - sejuk je rasa.

Ini pun situasi biasa bila nak exam.. Tapi, menyesal kejap je. Hikkk..
#letusstopprocrastinating #20daystogo #wishmeluck #thedean'slist

Final exam start 2 June sampai 20 June 2014. Good luck jugak untuk semua yang bakal menduduki exam. Hope kita semua dapat dekan. Haha.. Confident tu penting.

XOXO

Friday 9 May 2014

Finding Solace

Assalamualaikum

Salam Jumaat kawan-kawan..
As simple as that..

Hook up with Allah, and Allah will undoubtedly hook us up in the best of ways.
#selfreminder #notetofriends #sharingisloving (^_^)v

Friday 25 April 2014

Sarang

Assalamualaikum

Honestly, I'm in love..

With Choo Sarang! Comey kannnn.. :))

Korang yg layan variety show 'The Return of Superman' mesti adore with this cherubs Sarang. Ditto! She's toooo cute okeh. Konsep variety show ni ialah bapak jaga anak. Hikkk.. So, cuba imagine bila Sarang yg notty & manja ni dijaga oleh daddy dia selama 48 jam while mommy dia keluar. Daddy Sarang ni actor. Haaa gitu lah lebih kurang. Memang best & havoc. Selain lawak banyak gak unsur2 kekeluargaan yg ditunjukkan. Citer ni dah jadi most popular weekend variety show. Ada jugak baby2 lain, baby twin pun ada tapi ChicNa paling adore si Sarang ni lah. Tak pernah miss tengok. Kalau termissed harusla tengok ulangan.



 Gewwammm dok?? Huhu.. Saranghae Choo Sarang!!

The Return of Superman
Synopsis: Fathers may not be perfect.. but that's okay!
There's nothing like a father's love to boost our spirits. 
Every Sunday, 4 pm, KBSW

Enjoy watching!

Tuesday 22 April 2014

BFF's Day Out

Assalamualaikum
"Sometimes you miss the memories, not the person" Kannn? Cenggitulah tema citer ChicNa kali ni. Haha.. Tak sempat nak rindu orangnya sebab jumpa sokmo.
ChicNa & bff berkawan sejak form 1 sampai lower 6 kejap @ Sultan Ismail College (SIC). Few years terpisah, ChicNa pi belajar kat Kuantan dia kat Selangor. Time keja ChicNa kat KL dia kat Cameron then further study ke Jogjakarta. Masa tu kami berYM & berSkype jela. Now dia dah keja, ChicNa further study. The best part is kami dah balik Kelate. Itulah satu2nya bff ChicNa yg ada kat sini, Cik Tsuu.
 Outing ke KB je, tak jauh. Tempat terciptanya macam2 kisah & memori. Dulu kitorang sesama tuisyen kat Pusat Tuisyen Kami. Orang Kelate mesti tau sebab Pusat Tuisyen Kami agak femes di kalangan student masa tu. Dari form 2 sampai form 5 kitorang tuisyen kat situ. Bayangkan 4 tahun kitorang berpeleseran setiap kali habis tuisyen. Belum masuk time ponteng kelas lagi. Lotsa memories! Hee..
Satu pict yg ChicNa snap. Dataran al-Quran. Time datang tuisyen awal @ ponteng kelas, beli breakfast kat bakery and makan kat sini.
Sesaja nak rewind kenangan2 dulu. Jalan2 pusing bandar KB. Tapi suasana sekarang dah tak best. Banyak yg dah berubah, banyak bangunan baru. Tak berapa nak feeling lah. Pasaraya yg kami selalu lepak pun dah tutup. Sungguh, ChicNa rindu zaman tu.

Bila masing2 dah kepenatan & kelaparan.
ChicNa dah cuak sebenarnya bila bff ajak makan kat sini. Serik. First time makan sini masa first date dgn Ai last 2 years. Masa tu ChicNa tanya kengkawan tempat makan best nak bawak Ai. Sume pakat suggest kat sini. Ingatkan memang best. Tp bila tengok lauk2 dia huhh. Frust! Best ape cenggini. Memang bukan selera ChicNa. Tp masa tu memang makan jugak sebab dah masuk kedai.
This time makan, ChicNa ambik nasi je dgn ayam goreng. Tak selera konon. Bff ambik lauk2 yg lain. ChicNa try ikut macam dia makan, ehhh sedap pulak. Rupanya harus makan dengan ulam, air asam & tempoyak ehh. Sampai harini dok teringat lagi kesedapan ayam goreng cicah air asam & tempoyak. Perghhh.. Sorry Cikgu sebab salah anggap. Jemput kawan2 pi Restoran Nasi Ulam Cikgu. Air asam & tempoyak terbaekkk!
Lokasi seterusnya.
Kedai ni, dia memang pantang bila dengar ada promo. Mesti nak datang. Rembat satu pun jadi la. Nasib ChicNa bukan peminat barang kemas. Even white gold tp still diamond2 tu merimaskan bagi ChicNa. Tapi, ChicNa berkenan satu cincin lelaki. Smart giler hokayyy. Siap try pakai tp memang besau lah. So ChicNa snap pict je untuk future reference. Tak boleh tunjuk. Nanti korang tiru. Heheh.. Oh, Diamond Fest 2014 ni sampai 30 April je. Cepat2 serbu Habib bagi yg berminat. Over 50% less tau.
Lepas tu singgah mall survey baju raya. Semangat. Puasa ganti pun belum. Hehe.. Lepak minum, bincang masalah negara. Dari pagi keluar pukul 7 petang baru balik. Sampai rumah mama dah tercegat depan pintu. "Seronok makan angin?" tanya mama. Best maaa.. Lama tak makan angin cenggini. Hee.. Malam tu dua2 melepet.

Zzzzzzzz..

Friday 18 April 2014

Spoil Jer!

Assalamualaikum
How you doing guys?

Setiap kali sampai mood nak blogwalking mesti jadi cam gini.. Kenapa ek?? 
Refresh banyak2 kali pun still jugak gitu. Kadang2 je ok, tapi masa tu memang mood blogwalking dah spoil la kan. Hehhh..
Camne pun ChicNa gagahkan jugak blogwalking, tapi dari comment box je ler. Walaupun tak sekerap dulu. Huhu.. See ya!

XOXO
  

Wednesday 2 April 2014

Dreams

I have a dream and song to sing..
To help me cope with anything..
If you see the wonder of a fairy tale..
You can take the future even if you fail..
I believe in angels..
Something good in everything I see..
I believe in angels..
When I know the time is right for me..
I'll cross the stream, I have a dream..

Mana ek budak ballerina comel, Sherina yg nyanyi lagu ni feat Westlife?
Dream bigger. Ok, now tengah berangan sambil dengar lagu tu. Seronok kot berangan, dah la takyah bayar. Kikiki.. We grow great by dreams. Salah satu impian ChicNa tersimpan dalam blog ni. Supaya tak lupa. Hikkk.. Someday, InshaAllah..
You too, chase after your dreams! (^_^)v

Friday 21 March 2014

Last Seen

Assalamualaikum

ChicNa dah lama tunggu Whatsapp buat features ni. Akhirnyaaa..


Settings > Account > Privacy > Last seen > Nobody
Okehhh setel! Tenang hidup. Kihkihkih.. #new whatsapp privacy settings

Holiday mode: ON

Happy weekend uollssss..



p/s: Make sure update Whatsapp new version dulu okay..

Saturday 15 March 2014

Penang: A Memoir

Assalamualaikum
Selamat berhujung minggu kawan2.
Still lagi berteka-teki dengan kehilangan MH370.
Apepun teruskan berdoa. Hoping for a miracle. InshaAllah.
~Allah (swt) is shy to say no to you—when you ask Him, He gives; when you seek forgiveness, He forgives; and when you return, He accepts~

ChicNa suka Penang. Kalau dulu bos hantar outstation Penang, kemain excited siap create alasan untuk stay lelama. Bos lak cam faham2 je, sikit2 suruh pi Penang, kejap2 suruh pi Penang. Tu sebab ChicNa enrolled USM, so that dapat pi Penang selalu. Hakhak.. Suka visit je, stay terus tak kot. Okeh, ChicNa suka Penang mainly sebab:
The foods, of course! Nyummehhh..
Selera ChicNa mmg agak keUtaraan sket. Kalau kat rumah, hari2 request mama masak kari. Sampai mama pun pelik siap syak wasangka kat abah lagi, kononnya abah ada keturunan mamak. Kakaka.. Masa kat SS15 dulu syok, ofis dekat ngan Pelita, Darussalam & Nasi Kandar Utara. So, kawan2 ChicNa memang bertabah ikut ChicNa breakfast, lunch & tea time kat mamaks. Setiap hari. Terharu. Sobsob..
Sebab yang kedua. Betullll.. Serious! Hikhik..
Dah macam cover album. Takde album, EP pun jadi lah. Actually kitorang memang dah complete untuk buat band. Vokalisnya tak lain tak bukan Cik Linda Off kita, cer teka sape? Kikiki.. Diorang semua blogger terhebat Malaya. Nur, Shu, my twin Ai & Jaa. Diorang best ok. Kalau pi Penang memang la dapat jumpa diorang, kecuali Jaa. Nak jumpa hari2 pun boleh. Rumah kitorang dekat je kot. 
Haa, ni masa pi Penang aritu. Ceritanya boleh baca kat blog Nur dgn Jaa. Diorang dah kabo dgn details sekali. Senang takyah susah2 nak fikir ayat buat cerita.
Baca sini tau:
Semoga terhibur. Kekeke.. Bye bye for now.

XOXO

Monday 24 February 2014

My Little Man

Assalamualaikum
Tengah keja ke? Seronok keja? Muehehe..
I iz soooooooo stress, tapi stil happy! Sebab?
Sebab ada orang yg boleh ChicNa buli. Kekeke.. Potet dah balik tinggal ngan kami. He's back. Back for good, hopefully. Tapi ummi dia tak dapat2 lagi tukar ke sini. Susah nau eh cekgu nak buat pertukaran.
That day ChicNa balik dari Penang, pukul 6 pagi lagi potet dah datang kejut ChicNa. Kesnya nak buat tuntutan janji. Budak2 kalau kita janji pape memang dia ingat eh. Huhu.. Bahayaaa oooo..

Okeyyy.. Let's go for a lovely walk bebeh.
Flat Jelly Bunny tu super comfy okeh. Wangi lak tu. Mohon beli sorang seploh.

Shopping barang untuk buat potet nya belated birthday cake.

Pegi pantai main layang-layang.

TokMa je yg rajin melayan. ChicNa lepak tepi makan kopok. Best angin sepoi2 bahasa sambil2 cuci mata. Hehe..

Setel yg tu. Now dia ajak ChicNa gi bookstore beli buku tulis & colouring. ChicNa dah serik sebenarnya nak bawak dia gi kedai. Satgi free2 je dia buat konsert kat kedai. Haha.. Too complicated to handle. Sekali ChicNa yg nanges nanti. How?? Kekeke.. 
Always be my little man, jyeahh..
Happy working chuolls!!

XOXO

Sunday 16 February 2014

Bookworms Dating

Assalamualaikum
Olla.. I'm back! Hee..
ChicNa dah pun balik dari intensive course 3 minggu tu, cuma sekarang ni tak leh nak berpoya2 kat sini lagi. Hehe.. Banyak lab report(s) dan assignment(s) yg bertingkek-tingkek, hadiah dari lecturer sepanjang course aritu nak kena siapkan. Semuanya nak kena submit before March. So manfaatkan masa yg tinggal sebaiknya. Konon. Hee..
Cerita2 masa kat Penang later ChicNa share eh. Blogwalking pun later jugak eh. Ada something yg lebih Wowww!! untuk ChicNa share ngan kawan2, especially for those yg suka baca buku a.k.a ulat buku.

 Malaysia Book Fair 2014
Big Bad Wolf Fireball Book Sale 2014
The Big Bad Wolf Fireball Book Sale 2014 with hot books and even hotter discounts at 85 - 90% off retail prices. See more at bigbadwolfbooks

Ekspo Buku Islam 2014. More info ekspobukuislam

Putrajaya International Book Fair 2014 (MPH)
Visitors will be transported into a magical book town called the "BOOKERVILLE".
More info mphonline

Read Malaysia 2014
Yg ni tak silap ada entrance fees, RM2 jer pun. More info ReadMalaysia

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (KLIBF).
Info from bff. Tenkiu CikSue. Untung sape yg dekat tu. Hari2 boleh pegi. Yg jauh ni menangis2 nak pegi tau. Wuwuwu.. Tapi ChicNa & CikSue maybe akan pegi salah satu event ni. Yg mana? Cer teka. Hihi.. Yg pasti kelima2 events ni boleh guna voucher BB1M, bagi yg ada la. Untuk terma & syarat penggunaan BB1M boleh refer sini BB1M.
Ehemmm.. Tak sabar nak borong buku.. Mihmihmih..

Ok chuolls, don't forget to mark the date ya!
XOXO

Thursday 16 January 2014

Nesting Dolls

Assalamualaikum

Pernah tengok tak? Dah lama beli ni tapi baru nak update sebab terjumpa gambar. Patungnya dah takde. Hehe..


Kiut kan? Namanya Russian doll atau nesting dolls atau Matryoshka yang diambil sempena nama "Matryona" yg merupakan nama seorang wanita yg bertubuh gemuk. Patung ini ialah sejenis anak patung tradisional Rusia yang terdiri daripada anak patung besar dan di dalamnya diisi dengan anak-anak patung yang lebih kecil. Model-model Matryoshka terdapat dalam pelbagai bentuk seperti gadis yg berpakaian tradisional, watak cerita dongeng dan ahli2 politik Rusia - Sumber: Wiki 
ChicNa mula berminat dengan Russian doll ni lepas tengok rancangan How It's Made: Russian Doll kat discovery channel tak lama dulu. Tup tup jumpa kat Chowrasta, Penang masa jenjalan dengan mereka last year. Terus sambar. Sebenarnya bukan apa pun, seronok main bukak2 pastu masuk2 balik. Pastu sebab doll ni kiut sangat.
Ada someone tu belajar kat Rusia, tapi tak pernah bawak balik Russian doll untuk ChicNa even dia tau ChicNa suka doll ni. So, ChicNa dah hadiahkan doll ni kat dia. Pastu dia gelak je. Means dia faham la tu ChicNa perli dia. Muehehe..
Next time kalau jumpa nak beli lagi. Buat koleksi. Kekeke..
Sape nak angkat tangannn...

p/s: 3 days more. Mama dah keluarkan beg besau, tapi malasnya nak packinggggg!! -_-

XOXO

Sunday 12 January 2014

Homesick

Assalamualaikum

Sape ada pintu suka hati Doraemon? ChicNa nak pinjam sebulan. Sewa pun boleh. Senang nak ulang alik KB - Penang - KB. Kalau lah boleh. Sobsob..
Jadual rasmi dah keluar! So cemana ni, nak kena pergi ke tak nak? Serius tak dak mood langsung nak pegi. Tapiiii.. Tak pegi kang sape nak tolong jawabkan exam, buatkan lab test semua. Sepanjang tempoh tu ChicNa ada exam untuk 6 subject out of 8, 5 lab test, lecture banyak kot tak kira. Study pun idok lagi. Asyik2 study math je. Asal study je math, asal math je study. Dah itu je subjek yg paling minat.
 Yeayyy.. Empat hari cuti. Tapi tak sure lagi nak balik ke tak. Member a.k.a roommate ChicNa tak balik. Kesian lak nak tinggal preggy mommy tu sensorang. Tapi kalau tak balik pun takpe. ChicNa ada twin kat sana. Nanti ChicNa seru je mesti dia sampai. Tak sampai pun kena bagi sampai jugak. Ye twin. Boleh bersweet escape. Hihi..

Almost 2 years tak berjauhan sejak balik tinggal ngan family. Rasa sayang pulak nak pegi lelama. Kekeke.. Mengada kan. Pegi pun belum dah homesick. >_<

Wish me luck guys!

XOXO

Wednesday 8 January 2014

Kantoi

Assalamualaikum

Hi.. Why is everybody so serious? Banyak keja eh.. Take five!

Hahaha.. hamek!!
Kalau nak tipu pun janganla over sangat bagi alasan. Kan dah kena. Haha..
ChicNa dulu selalu gak tipu bos. Tak gi keja, MC konon. Sebenarnya nak gi dating outing. Keluar weekday kan best, orang tak ramai sangat. Lagi satu tipu sebab nak gi interview. Patutla interview tak pernah dapat, menipu. Kekeke.. Sanggup bayar lebih sebab gi klinik biasa. Kalau klinik panel nanti doktor report kat bos lak. Hee.. 
Alaa korang pun mesti pernah buat kan? Kan? Kan? (^_^)v
Happy working!

XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com