Wednesday 27 February 2013

PanSTARRS

Assalamualaikum. Happy Wednesday..

*click for larger image*




Mark the date! Jom usha komet PanSTARRS!

Tuesday 26 February 2013

Coklat #36

Assalamualaikum.

Tengok tajuk pun dah tau kan? Hihi.. Layannn..

Happy Tuesday sweeties!

Sneak peek..

Aisha & Zamir

Yang ni regular customer punya. CikNa nak paksa korang klik link INI untuk baca kisah selanjutnya disebalik coklat. Best citer dia.. Rugi tak baca. Hikhik.. ;)

For more sweetness, checkout TheCoklatShop!

Sunday 24 February 2013

Best Friend

Assalamualaikum. Happy weekend peeps.
Actually nak cari lagu terbaru Chester tapi terjumpa & tersuka lagu Jason Chen lak.
I pray for all your love
Girl our love is so unreal
I just wanna reach and touch you, squeeze you, somebody pinch me
This is something like a movie
And I dont know how it ends girl
But I fell in love with my Best Friend
See, dia jatuh cinta ngan bestfren sendiri. Sweet ke tak sweet? Korang pernah?
Kalau CikNa, dari boyfren switch to bestfren pernah la. ihikkk..
Hasil per'tweet'an bersama my twin, Cik Renjang. Tetiba je boleh terkeluar topik bila Kak Long datang melawat kawasan. Hikhik.. Peace! (^_^)Y

What say you guys?

Friday 22 February 2013

Hunger

Assalamualaikum. Salam Jumaat kawan-kawan.
Saya ada satu hobi..
Err lapar pun hobi ke? Hikkk..
Korang pernah tengok tv show dj fuzz, FuzzFood? Suka tau sebab ada food, food & food. Hikhik.. Habit lapar kita lebih kurang la camtu. Actually best sebab boleh makan ape je tanpa risaukan berat badan. Cuma risau kot2 effect tang lain je. ChicNa telah mengGoogle2 tips untuk menangani rasa lapar, nak praktis la konon2nya. Untuk korang2, meh kita cuba tips ni. ;)
10 Tips untuk menangani rasa lapar
1. Memperbanyakkan pengambilan serat/fiber. Serat membantu melambatkan proses lapar sekaligus dapat mengurangkan selera makan. Yang ni paling best sebab CikNa memang suka ratah cereal. Healthy snacks between meals.
2. Makan Sup. Elakkan sup yg berkrim. Makan sup sayur atau sup bijirin sebagai hidangan utama boleh menyebabkan kita cepat kenyang.
3. Salad sebagai appetizer. Dapat memanjangkan rasa kenyang.
4. Stay on course. Mengurangkan bilangan jenis makanan dalam satu hidangan adalah lebih baik dan lebih sihat.
5. Sebiji oren atau limau gedang (grapefruit) setiap hari. Buah2an ini paling tinggi dengan serat larut & rendah kolesterol dapat menjadikan kita cepat kenyang dan mengekalkan paras gula dalam darah.
6. Meningkatkan pengambilan susu @ produk tenusu rendah lemak. Cara terbaik untuk mendapatkan lebih protein (Whey & Casein) yg berfungsi menahan selera makan.
7. Pengambilan lemak & karbohidrat. But not too much! Apabila kita makan lemak, hormon Leptin akan dibebaskan dari sel2 lemak. Kekurangan Leptin akan menyebabkan selera kita bertambah dengan mendadak. 
8. Soy. Kacang soya mengandungi protein dan karbohidrat juga komponen2 tertentu yang sangat berkesan dalam pengawalan selera makan.
9. Kacang. Kandungan lemak, protein, serat, vitamin dan mineral yang tinggi akan menjadikan kita kekal kenyang lebih lama.
10. Makan dengan perlahan. Otak memerlukan sekurang2nya 20 minit untuk menerima isyarat dari perut. Dengan makan perlahan2 akan memberikan peluang kepada otak untuk bekerjasama dengan perut seterusnya mengelakkan kita makan terlalu banyak.
Sumber: WebMD
Tapi tips2 ni macam sesuai jugak untuk yang nak diet. Nak buat semua memang tak la. At least dapat buat 2,3,4 tips pun ok la. ;)
Tengok pict ni teringat Jelita. Jelita pernah buat macam ni tak mamaJJ? Kikiki..

Do I look blue? (^_^)V

Wednesday 20 February 2013

Tak Sakit

Assalamualaikum.
Happy Wednesday kawan-kawan..

Comel kan.. (^_^)V

Life is what happens to you while you're busy making other plans - John Lennon   

Saturday 16 February 2013

One and Two

Assalamualaikum..

We have two eyes & one tounge,
which means we need to look twice and talk once.

We have two ears & one mouth,
which means we need to listen more than we talk.

We have two hands & one stomach,
which means we need to work twice as much as we eat.

We have two major brain parts - Left and right & one heart,
so we can think twice but love only once.

Amazing how our body parts remind us how to live.



Friday 15 February 2013

Nasi Abah

Assalamualaikum.. Salam Jumaat kawan-kawan!

(Entri terbengkalai) 20 Januari lepas birthday abah. Semoga abah dapat menantu lelaki sulong yang best. Erkk boleh wish gitu? Hehe.. So ChicNa masak makanan favret abah dulu kini & selamanya. Kami adik beradik panggil Nasi Abah atau nama komersialnya Nasi Bukhari. Hihi.. ChicNa belajar masak ni sebab abah yang request. Yelah makanan favret abah. Rindu zaman belajar kat egypt, maybe. Kita belajar dengan mak kakak angkat kita & dia sangat terer masak nasi Bukhari. Siap buat rempah sendiri lagi.
ChicNa share resepinya k. Korang masak tau.

Resepi Nasi Bukhari
5 cawan beras basmathi dibasuh bersih dan ditoskan. ChicNa guna beras herba ponni. Pernah try masak guna dua2 beras ni tapi family prefer beras herba ponni.
1kg daging dibersihkan, dipotong, direbus dan diambil airnya. Boleh guna ayam @ kambing jugak tapi ChicNa selalu campur ayam & daging since adik2 ada yang suka daging and ada yang suka ayam.
Panaskan 2 sudu besar minyak sapi + 3 sudu besar mentega. Tumiskan bunga cengkih + buah pelaga + bunga lawang + kulit kayu manis, 3 labu bawang besar yg dihiris dan 4 ulas bawang putih + sedikit halia yang ditumbuk. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan 4 sudu besar rempah nasi bukhari (Faiza) yang telah dibancuh dengan air, kemudian 4 sudu besar tomato puree. Goreng hingga keluar minyak.
Masukkan daging/ayam, kacau dan balikkan sehingga rempah meresap.
Masukkan beras, kacau rata. Masukkan air rebusan daging (beras:air/ratio 1:1) serta garam dan gula secukup rasa, kacau sebati.
Tutup periuk dan biarkan masak seperti biasa. Kacau sekali sekala supaya tak melekat di periuk. ChicNa masak guna rice cooker je senang. Hehehe.. Bila nasi hampir masak, masuk kismis dan kacau rata.
*Tumiskan bawang & rempah dalam periuk lain sebelum masukkan dalam rice cooker untuk mengelakkan nasi melekat kat periuk & cepat hangit*
Nasi Bukhari ni makan camtu je dah sedap tapi selalunya ada lauk sampingan cam ikan masak pedas, paceri nenas, acar timun & sambal. Baru umphhh!
Masak dari hati, masak with iman. Feeling Chef Ammar Suka Suka Hati jap. Haha..
Bil hana wa shifa'. :)

So abah, I’m done with nasi abah! What’s next?

Wednesday 13 February 2013

Wheels Of Life

Assalamualaikum

Err game snake dah takde la dari semalam. Serious boring takde gangguan. Kihkih..

Kawan-kawan dah level mana sekarang? (^_^)V


Life is like a wheel. Sooner or later it always come around to where you started again - Stephen King

p/s :
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula.. ~lalalala~


Monday 11 February 2013

Gangguan

Assalamualaikum

Olla kawan2. Seronok bercuti? Banyak dapat ang pow? Hihi..
Dua tiga hari ni ChicNa selalu diganggu. Tak tau cemana nak elak. Benda tu memang menghantui. Asal kita online je kena ganggu. Asal kena ganggu je kita online. Kihkihkih.. Cam poyo je ayat.

Korang ada main benda ni tak?
 Snake game doodle @ Google sempena CNY. Actually benda nilah yang mengganggu kita. Everytime bukak Google search mesti rasa nak tekan play je. Dah play tu memang berpuluh2 minit la sampai kadang2 lupa sebenarnya nak search apa. Grrrr.. Kerja yang seminit dua jadi berminit-minit. Syok main snake ni. Dulu selalu la main kat handphone cap cokia. Tapi sebab dah lama tak main tu yang jadi jakun cenggini.
Lepas CNY ni mesti takde lagi kan. Boring pulak nanti takde gangguan. Hikkk..

# Ai.. ni bukan mimpi dipatuk ular k. Huhu..

Saturday 9 February 2013

Lazy Saturday

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything.
Nothing at all...
Zzzzzzz....
Sebenarnya excited sebab tengah tunggu potet sampai petang nanti. Hoooreyyyy!!
My gegirlfriends pun balik. Kalau kita senyap tu faham2 la ye kenapa. Till then.
Have a happy holiday. (^_^)V

Xin Nian Kuai Le!
  

Thursday 7 February 2013

Dua

Kenapa dengan dua? Saje je..
Saya ada..
dua orang yg tersayang - abah & mama
dua orang abang
dua orang adik lelaki
dua orang adik perempuan
dua orang kakak ipar
dua orang nephew.. ehh dulu la now dah tiga hihi..
dua orang FFL - friend for life
dua orang BFF - best friend forever
dua orang kakak angkat

Saya tak suka bila..
berdepan dengan manusia bermuka dua
berlaku @ melakukan kesilapan yang sama dua kali
perlu memilih antara dua
diberi peluang kedua
dipandang dua kali
diberi kata dua
dijadikan yang kedua
diduakan atau menduakan

Tapi berdua lebih baik kan? Hee..

 Kesimpulannya dua bukan lah favret number saya.

Selamat hari lahir untuk Cik Su @ QasehnyaRania. Semoga sentiasa diberkati.

# Sapa terer cuba teka favret number ChicNa. Jawapannya ada merata2 kot dalam thecoklatblog. Tu pun kalau alert. (^_^)V

Tuesday 5 February 2013

Super Power

Hoiii.. Rajinnya korang keja. Take five! Jom berangan jap.. :p

Yang mana satu pilihan korang? Kenapa?

Kalau kita la kan, pilih mind reading.

Who are you and what do you think of me?

Huhu.. Hoping for a miracle. Senang sket nak memahami sikap & kehendak semua orang. Perlu kot untuk maintainkan relationship sebab tak mungkin lagi berlaku salah faham & menyakitkan hati sesiapa. Tapi tak nak la tau benda-benda yg negative. Kang kita pulak yang sakit hati. Yang positive sudah. Kalau kita sendiri pun suka bila seseorang tu faham kita kan. Rasanya benda ni possible sebab ada je orang yg dianugerahkan kebolehan untuk baca fikiran orang lain, ye tak?

# Heartstring : Behind my smile is everything u'll not understand. 

Monday 4 February 2013

February Baby

Sape lahir bulan February up dua jari.. Chekidout!!


Abstract thoughts. Love reality and abstract.
Intelligent and clever. Changing personality.
Attractive. Sexiest out of everyone.
Temperamental. Quiet. Shy. Humble. Honest.
Loyal. Determined to reach goals. 
Loves freedom. Rebellious when restricted.
Too sensitive and easily hurt.
Gets angry easily but does not show it.
Dislikes unnecessary things.
Loves making friends but rarely shows it.
Horny. Daring. Stubborn.
Ambitious. Realizing dreams and hopes.
Sharp. Loves entertainment and leisure.
Romantic on the inside not outside.
Superstitious and ludicrous.
Spendthrift.Tries to learn to show emoticons.

Happy birthday in advance untuk semua baby February!!
Errr yang kita tau Cik Su je. Anyone?

# Untuk kawan kita jugak, Aedes. Memang sebijik la perangai dia cam kat atas tu. Hadiah paling best kita pernah bagi kat dia ialah kita lulus driving test. Kebetulan driving test same date ngan birthday dia, 25 February 2005. ^^

Saturday 2 February 2013

Coklat #35

Coklat time!!

Korang rindu coklat titew tak? Huhu.. Lama jugak ChicNa stop buat coklat.
Ni pun coklat yang ChicNa buat bulan lepas2 yg tak sempat diupdate.

Birthday surprise untuk sahabat.. Dari Lana..

Lana.. Camni la coklat yg ChicNa buatkan untuk kawan Lana.
Sorry lambat update. Kata nak order lagi. Lai lai lai.. sementara ChicNa tengah free ni. 
Thanks Lana!

Ini coklat Yaya, untuk birthday anak buahnya Ecah.. Thanks Yaya!

Ini pulak coklat untuk Merah, anak dara mummy Nurul.. Thanks Nurul!

Ha, ni coklat paling latest ChicNa buat. Birthday gift untuk Nana.

Happy birthday Nana..

Haritu Nana mengidam Hello Kitty katanya. ChicNa tak mampu nak hadiahkan Samsung Galaxy Hello Kitty tu. Bagi coklat Hello Kitty jadi la eh. Hikhik..
Mohon H tak jeles dengan Nana lagi. Patrick takde, ShinChan pun takde. ^_^

Have a sweet visit >> CCH-TheCoklatShop

Friday 1 February 2013

Takde Dah

Dulu masa dia ada kadang-kadang kita boring nak layan kerenah dia yang macam-macam tu. Tapi sekarang bila dia takde, kita yang boring kuasa 108. Aritu masa call dia cakap 'Hanif winnnnndu ChicNa'. Ok, sebak. Sob sob sob..


Dah sebulan dia tinggalkan ChicNa. Takde lagi orang yg selalu teman bila keluar, orang yg selalu pesan roti cekelat bila nak pegi keja, orang yg selalu mintak air soya bila pegi 7E, orang yg selalu menyibuk bila buat coklat, orang yg selalu tanya soalan pelik-pelik, orang yg nak dibawak jalan petang2, orang yg nak bergaduh & bermanja, orang yg cakap sayang ChicNa dua kali. Hukhuk.. Rinduuu.. 

Potet sekarang dah tak tinggal ngan kami. Umi dia dah bawak dia tinggal kat Pahang since bukak sekolah aritu. Kalau lah kakak kandung, kita dah bantah habis2an tapi sebab kakak ipar kan. So bantah dalam hati jelah. Mama cakap biar lah tu hak dia sebab tu anak dia. Lagipun kakak ipar dah hampir 3 tahun tinggal berjauhan dengan potet & abg ngah. Lagi kesian kan. Hope dia cepat dapat tukar balik Kelantan. ChicNa janji tak nak buli potet lagi. Boleh caya ke? Hikkk..


Hold on bebeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com