Saturday 30 March 2013

Coklat #38

Assalamualaikum

Coklat time!

Coklat for newly wed Teha & Radzi, Kajang.
Masa ni diorang baru seminggu kawen. Teha nak hadiahkan untuk hubby dia. Teha request tuliskan kata2 yang best sesuai dengan mood orang baru kawen. Jenuh ChicNa mikior, sudahnya camtu je. Sorry ChicNa tak pandai jiwang. Hehe.. Tapi diorang suka. Yayyy!! Thanks Teha & Aisha (tukang promote).

Coklat tunang Ida & Fitri, Melaka.
Tema pink & putih..
Err ayat tu Ida yg pilih tau. Yes!! Dah bertunang. Hihi.. Sweet couple of the year. ;) Thanks Ida.

Hafiz & Hani
Selamat bertunang..
Order dari seorang blogger comel, walaupun kecomelannya dipertikaikan oleh family beliau sendiri. Kehkeh.. Hadiah untuk kakaknya sempena pertunangan. Jangan lupa hadiah untuk kakakmu ini juga yek. Hihi..
Ni lah tukang order, Atil. Thanks adik sayang. ;)

Jom ushar TheCoklatShop.
InshaAllah akan ada something new nanti. 
Will be revealed soon! (^_^)V

Thursday 28 March 2013

Pengaruh

Assalamualaikum

Moshi moshi..
Err tetiba je kan ChicNa teringat satu citer zaman dolu2 yg banyak kot mempengaruhi fikiran ChicNa masa tu. Tak silap time tu umur 4/5 tahun. Miss Comet! Sesape yang lahir tahun 80an mesti tau citer ni. Citer Jepun alihsuara tapi kiut kot Jepun cakap Melayu. Hihi.. Lagu tema citer ni pun agak kiut2 jugak.  
Camni lah rupa Miss Comet. Miss Comet ni datang dari planet lain & dia ada fairy stick. Fairy stick tu boleh buat macam2. Bila digunakan, kat hujung tu akan pusing2 & terhasillah magic. Hehe.. Punye la terpengaruh sampai ChicNa pun ada fairy stick jugak. Kalau gaduh ngan abang2 mesti ChicNa akan guna stick tu untuk tukar diorang jadi katak ke tikus ke. Kononnya la, tengah marah kan. Hihi.. Nonsense je. Try gak cari citer ni kat youtube tapi takde. Kan best kalau diulang tayang. ;)
Hagemaru
Citer budak nakal & family dia yg agak pelik jugak la tapi lawak. Boleh gelak guling2 tengok kartun ni. Hikhik.. Citer kegemaran Potet. Kuat jugak pengaruh kartun ni sampai potet kalau nak beli pape mesti sebut 10 Yen.. 20 Yen.. Kikiki..
Kawan2 ada tak terpengaruh dengan citer2 camni? ;)

Potet balik cuti seminggu. Semalam demam sket. Moody je bercakap pun taknak. 

Wednesday 27 March 2013

Jemputan

Assalamualaikum. Happy Wednesday.

Annyeong haseyo..

'Will you be my better half?'

Cuti sekolah ni banyak dapat jemputan ke majlis pertunangan.
Jemputan ke majlis kawen takde langsung.
Apekah?

# Tapi ok la. Majlis tunang sekarang pun dah macam majlis kawen. Meriah. ;)

Monday 25 March 2013

Smile As You Go By

Assalamualaikum. Selamat pagi.

How was your Monday?
Jangan jadi cam Spongebob ni plissss. Hehe.. 
Let's start a day with a smile.. (^_____^) 

Take five!
Jom layan lagu ni. Eh sebelum tu mohon anda semua berangan beracapella di tepi pantai, clapping & feeling the beat. Chillax!
The turtle moves slowly and is happy with his pace of life
The flamingo walks with elegant grace, she knows she's one of a kind
If you can't stop in, at least smile as you go by
If you can't stop in, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel
The happy crab danced on the beach to a calypso beat
The happy mullet jumps for the pure joy of being alive
If you can't stop in, at least smile as you go by
If you can't stop in, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel
The gator grinned as he dreamed of his next meal
Every good fisherman has a pelican watching over him
If you can't stop in, at least smile as you go by
If you can't stop in, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

P/S: Ingat tu.. if you can't stop in, at least smile as you go by. ;)

Tuesday 19 March 2013

Cuppa-cakes Yummeh

Assalamualaikum

Baking jommm.. Lama tak membaking.
Ni resepi simple je. Biasala CikNa kalo masak @ baking nak yg simple2 je, nak cepat siap, cepat kemas & cepat boleh makan. Yang penting yummeh. Hehe.. 


Basic Cupcake Yummeh
Panaskan oven dulu 160-180 degree C. Susun cup siap2 atas tray.
Guna mixer, pukul 200g unsalted butter + 1 sudu kecil esen vanilla + 1 cawan gula castor hingga kembang.
Masukkan sebiji telur, pukul sebati. Ulang step ini untuk 2 biji telur lagi. Means kat sini guna 3 biji telur tapi masuk one by one.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri dan 1/2 cawan fresh milk (atau susu lain). Masukkan separuh tepung naik sendiri + separuh susu ke dalam adunan, kacau sebati (gunakan spatula). Ulang step ini untuk tepung dan susu yang selebihnya. Sebatikan.
Masukkan *bahan2 tambahan. eg: choc chips, almonds, oreo etc*.
Isikan adunan ke dalam cup. Saiz kek akan kembang dua kali ganda bila dibakar. 
Bakar 10-12 minit.

Butter Cream Yummeh
Guna mixer, pukul seketul unsalted butter hingga lembut.
Masukkan 2 1/2 cawan gula castor sikit2, pukul hingga gula hancur.
Masukkan *pewarna + perisa. eg: mints, strawberry, mocha etc*.
Kalau adunan terlalu pekat, tambahkan 1-2 sudu besar susu.
Pipe atas cupcakes yang telah sejuk tadi. Deco ikut kreativiti masing2.

Taraaaa... Siap!
Best kan resepi basic cupcake ni. Kita boleh modify rasa kek & cream ikut favret kita. Just tambah *bahan2 tambahan, pewarna & perisa*.

Suka tak suka tak suka tak? Hikhik.. Korang cuba la dulu. Actually CikNa belum buat pun lagi. Baru je cilok resepi ni dari Martha Stewart Food & study sikit. Huhu.. Tunggu potet balik nanti baru buat. Rindu nak dengar potet cakap 
"kek chic na sedap, dua kali" (^_^)V Ohh how I miss those moments.

Awak dah makan? :p

Monday 18 March 2013

Mistake

Assalamualaikum. Selamat malam kawan-kawan..

Semua orang mesti pernah buat silap kan?
Tapi kalau buat silap benda yang sama banyak2 kali cemana tu? Huhu..

Kalau dah buat silap tu tak perlu padam @ sorok, kot2 lupa pastu buat lagi kan. Ingat lagi zaman sekolah dulu kalau ada salah cikgu suruh buat correction kat tepi pakai pen merah. In future boleh refer & takde la kesalahan tu diulang-ulang. Ye tak?             Belajar lah dari kesilapan. ;)
'Mistakes are often made to learn a lesson. But if you keep making the same mistake, then it wasn't a mistake at all. It was a choice'

Hmm.. Layan lagu ni lagi best..


Mistakes don't mean a thing if you don't regret themSo, pack your tactic toes for the winterChain a waterfall to burned and withered skinNo one else will ever see
Awak dah makan? Hikhikk..

Saturday 16 March 2013

Coklat #37

Assalamualaikum. Happy Sabtuday peeps..

Coklat time!

Carrot's family in the making.. Errr tapi silap step sikit sebab anak2 siap dulu sebelum mama & papa. Hihi..

Okayh.. Done! Sape punya cekelat ni ek.. Kepada yg kenal, tengok nama pun dah tau sape punya kan. CikSu request nak letak lobak merah semua sesuai dengan url blog CikSu lobaksusue.blogspot.com & CikSu memang sangat favor dengan lobak merah. Thanks Ciksu! 

Ni lak coklat Umi Irfan punya sempena birthday Abi Irfan. Irfan sangatlah kiut. Kalau dapat kat ChicNa memang dah selamat kena picit2. Hihi.. Thanks AA & mintak maaf sebab coklat tu agak comot. >_<

"I wumbo, you wumbo, he she we wumbo..." Hikkk.. Sape peminat kartun spongebob mesti tau ayat ni.

Patrick Star
Ni untuk H @ Hotet. Ooo mintak main2 ye tapi yg H dok ulang sebut Patrick or ShinChan banyak2 kali kat blog, twitter & fb tu apa. Grrrr... Lepas ni mohon tak jeles dengan Mr Domo EmmaHello Kitty Nana lagi. Kalau H dapat yg tak kiut macam ni bukan salah ChicNa. Salah boss H punya bini. Hikhik..

Kasi close-up sikit..
 "I wumbo, you wumbo, he she we wumbo..."
Sopan bukan? Tapi tak dapat nak lukis kening zig-zag. Abaikan kekurangan2 yg ada.

Ada jugak beberapa request yg ChicNa mungkin tak dapat nak tunaikan. Sebab...
 Dah cemana nak buat kan? Mohon jangan request pelik2 boleh? Hikhik..

Merci!

For more sweetness, jom singgah TheCoklatShop!

Thursday 14 March 2013

Trimas!

Assalamualaikum. Selamat malam.

Thank guys for the concern. ChicNa okay. 
Entri penghargaan untuk mereka yang sangat baik hati. 
First.. datang jauh dari negeri di bawah bayu. Dari GSFian sis Aima yang comel lote. ChicNa dah pesan tak yah balas tapi sis balas jugak. Apepun hp bag ni cantik sangat, seaview & ChicNa suka. Terima kasih banyak2 sis. 

Second.. dekat je ni dari mek Kelate, Jaa. Tapi souvenir ni Jaa beli kat Penang masa beliau berkursus di sana. So kira datang jauh gak la. Jaa kasi hadiah ni sebab ChicNa tersenarai dalam 10 pengomen setia blog Jaakechik. Terima kasih banyak2 Jaa.

Third.. datang dari negeri kelahiran ChicNa, Johor Darul Takzim. Hidup JDT! Hadiah Surah Al-Ma'thurat dari GSFian kak Niena @ CIM. Cenderamata sempena perkahwinan adik kak Niena baru2 ni. Terima kasih banyak2 sis. Semoga Ajib & Nina, kak Niena & keluarga sentiasa diredhai & berada di bawah kasih sayang Nya. Ameen. :)
Love y'all!!

Tuesday 12 March 2013

Tapau & MUET

Assalamualaikum. Happy Tuesday peeps..

Bulan March paling meriah dengan birthday. GSFian saja dah 9 orang.
So sorry kalau birthday wishes tapau2. CikNa tetap sayang korang! (^_^)V


Pastu terbaca kat blog TMM entri everything has expiry date. CikNa baru found out result MUET (Malaysian University English Test) pun ada expiry date. Sian CikNa baru tau. Berkuatkuasa tahun 2009. Those yg ambik MUET sebelum tahun 2009, expiry date adalah July 2013. Yang ambik MUET bermula tahun 2009, expiry date adalah selepas 5 tahun result keluar. Sumber: MPM. CikNa punye expired July 2013 gak. Tak aci betul. Kenapa diorang buat macam tu?

Sekarang result MUET keluar dalam bentuk slip je. Dulu zaman CikNa ada transkrip result, cantik lagi macam sijil. Siap bawak pegi interview. Tapi apa guna simpan transkrip expired. Nak ambik lagi? Memang tak la kot. Kalau dapat band lagi tinggi ok gak. Tapi kalau dapat band lagi rendah? Errr.. Huhu..


# Sijil kursus kawen ada expiry date tak? :p

Friday 8 March 2013

Sifat Zalim

Assalamualaikum. Salam Jumaat semua..
Sebenarnya kan, tanpa disedari rupanya saya dah banyak melakukan kezaliman iaitu menzalimi diri sendiri. Hee.. Jom kita tengok contoh2 kezaliman terhadap diri sendiri. Sumber dari majalah Solusi isu 53.

 Spiritual 
* Mensyirikkan Allah
* Tidak mengikut sunnah Rasulullah
* Meninggalkan dan melengahkan ibadah wajib
* Melakukan tegahan agama dan ketagih terhadap perkara haram

 Minda 
* Tidak berusaha menambah ilmu
* Menghidangkan 'sajian' yang merosakkan daya berfikir
* Meminum arak kerana ia menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik
* Malas menggunakan akal untuk berfikir

 Emosi 
* Memilih untuk berfikir secara negatif berbanding positif
* Sentiasa keluh kesah memikirkan hal keduniaan lebih berbanding akhirat
* Membiarkan diri diselubungi perasaan yang boleh menjadikan diri lemah semangat
* Sengaja tidak melawan sifat mazmumah yang ada pada diri

 Fizikal 
* Makan makanan yang memudaratkan kesihatan
* Berkira-kira untuk melakukan kerja yang memerlukan tenaga fizikal
* Tidak menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang boleh membawa mudarat
* Membunuh diri

Jom kita sama2 kenalpasti sifat-sifat tersebut dan berusaha membebaskan diri kita daripada menjadi insan yang menzalimi diri sendiri. (^_^)V

Thursday 7 March 2013

Deck Baru

Assalamualaikum. Happy Thursday kawan-kawan..

Saja nak tayang tweetdeck baru CikNa *jakun*. Senang tau 4 in 1 ada timeline, interactions, messages & FB news feed. Kalau boleh nak masukkan sekali outlook & blogger dashboard tapi memang tak boleh la. Tamak betul. Hehe.. 
Selamat bekerja. Esok dah Jumaat yayyy!!

# Kawan2, kalau pos barang alamat betul tapi nama tak berapa nak betul takpe ek?

Tuesday 5 March 2013

Shopping Spree!!

Assalamualaikum. Happy Tuesday.

Sape suka online shopping? Errr CikNa sorang je angkat tangan? Hikkk.. Alaa mesti ramai kan suka. Mudah, cepat, murah & lebih banyak pilihan.
CikNa nak share butik online yg awesome. Memang suka shopping kat sini. Pernah beli tops, t-shirts, jeans, sandal & stuff untuk my potets jugak. Sebab semua cun2, berkualiti & reasonable price, for sure lagi murah dari harga kat outlet store. And the best part is, selalu je ada SALES! ;)
Butik ni my kakak tak kandung punya, kak Ila. Hehe.. Semua pre-order adalah dari USA, 100% authentic & diterbangkan terus dari sana. Kat sini korang boleh shopping dari memana je U.S websites. Contoh:
Handbags: Coach - Marc Jacobs - Gucci - LV - Prada etc.
Baby & family clothing: GAP - Old Navy - Gymboree - Ralph Lauren - Calvin Klein - Osh Kosh B'Gosh - Levi's etc.
Cosmetics: Sephora - MAC - Victoria Secret etc.
Sekarang ni Home essentials pun ada. Klik banner untuk terus ke page.
Introducing my pwincess a.k.a the boss: Elmeera (kanan) & adek Eryna. Auntie bucuk dah lama tak jumpa 'Meela' *mohon baca dengan pelat R*. Bulan 4 auntie bucuk datang umah Meela k. Sorry kak Ila, terkidnap pict pwincess. Hehe..
Actually CikNa nak join & nak ajak korang sekali join 'Share Our Page' proggramme by Elmeera's Boutique ni. Kalau menang dapat Dooney & Bourke happy bag ok. Syaratnya cuma share Elmeera's Boutique page ni kat FB, blog, twitter, memana pun boleh. Contest bermula 1 Mac & tamat pada 21 Mac 2013. 
Cantek kan...
So kalau berminat klik 'LikeElmeera's Boutique page. Dah like baca dulu syarat2 dan jangan lupa tag @ tulis nama FB cikna: Zana Bakhari kat comment box di SINI. Tau.. Thanks kawan-kawan. 
Happy shopping & happy contesting. (^_^)V

# Doakan auntie bucuk berjaya.. #_#

Friday 1 March 2013

Kukuku

Assalamualaikum. Salam Jumaat kawan-kawan..
Tadi masa nak potong kuku terperasan sesuatu. Flashback jap ke entri Dot Putih. Now bunga kuku tu dah betul2 ada kat hujung kuku, tunggu nak potong je satgi. Entri tu dipublish pada end of Oct, harini dah masuk Mac. So lebih kurang 4 bulan jugak la bunga kuku tu nak hilang. Means, kuku CikNa ambik masa lebih kurang 4 bulan untuk tumbuh semula sepenuhnya (in case kalau kuku tercabut la kan tapi mintak2 tak la) Hihi.. Bagus jugak ada bunga kuku ni boleh buat eksperimen.
Cer baca info di bawah :
Kuku tumbuh dari bahagian lapisan bawah epidermis yang dipanggil nail bed, dimana ia merupakan satu2nya bahagian kuku yang hidup. Kadar pemanjangan & pertumbuhan kuku adalah bergantung kepada panjang tulang jari (paling luar), terminal phalanges. Pada manusia, kuku jari telunjuk tumbuh lebih cepat berbanding kuku jari kelingking dan kuku jari tangan tumbuh empat kali lebih cepat berbanding kuku jari kaki. Kuku manusia tumbuh pada kadar purata 3mm sebulan dan memerlukan masa 3-6 bulan untuk tumbuh semula sepenuhnya berbanding kuku kaki yang memerlukan masa 12-18 bulan. Kadar pertumbuhan kuku sebenar adalah bergantung kepada umur, jantina, suhu badan, diet dan keturunan. - Wiki
Empat bulan tu normal la kan, tak cepat & tak lambat. CikNa memang potong kuku seminggu sekali je. Tu pun takdela panjang sangat. Cuma ada nampak line putih sikit tang kuku terlebih tu. Kadang2 ada jugak time malas, potong 2 minggu sekali. Hehe.. 
Paling seriau potong kuku baby. Pernah potong kuku potet masa baby pastu berdarah. Hukkk.. Serik terus.
Ada sesetengah orang kuku cepat panjang, potong kuku 2 kali seminggu. Korang lak camne? Ada tak yang potong kuku lebih dari 2 kali seminggu, tiap2 hari ke? Hehe.. Over lak. Kalau ada baik korang pi check cepat2 sebelum terlambat. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com