Showing posts with label foodstuff. Show all posts
Showing posts with label foodstuff. Show all posts

Saturday, 15 March 2014

Penang: A Memoir

Assalamualaikum
Selamat berhujung minggu kawan2.
Still lagi berteka-teki dengan kehilangan MH370.
Apepun teruskan berdoa. Hoping for a miracle. InshaAllah.
~Allah (swt) is shy to say no to you—when you ask Him, He gives; when you seek forgiveness, He forgives; and when you return, He accepts~

ChicNa suka Penang. Kalau dulu bos hantar outstation Penang, kemain excited siap create alasan untuk stay lelama. Bos lak cam faham2 je, sikit2 suruh pi Penang, kejap2 suruh pi Penang. Tu sebab ChicNa enrolled USM, so that dapat pi Penang selalu. Hakhak.. Suka visit je, stay terus tak kot. Okeh, ChicNa suka Penang mainly sebab:
The foods, of course! Nyummehhh..
Selera ChicNa mmg agak keUtaraan sket. Kalau kat rumah, hari2 request mama masak kari. Sampai mama pun pelik siap syak wasangka kat abah lagi, kononnya abah ada keturunan mamak. Kakaka.. Masa kat SS15 dulu syok, ofis dekat ngan Pelita, Darussalam & Nasi Kandar Utara. So, kawan2 ChicNa memang bertabah ikut ChicNa breakfast, lunch & tea time kat mamaks. Setiap hari. Terharu. Sobsob..
Sebab yang kedua. Betullll.. Serious! Hikhik..
Dah macam cover album. Takde album, EP pun jadi lah. Actually kitorang memang dah complete untuk buat band. Vokalisnya tak lain tak bukan Cik Linda Off kita, cer teka sape? Kikiki.. Diorang semua blogger terhebat Malaya. Nur, Shu, my twin Ai & Jaa. Diorang best ok. Kalau pi Penang memang la dapat jumpa diorang, kecuali Jaa. Nak jumpa hari2 pun boleh. Rumah kitorang dekat je kot. 
Haa, ni masa pi Penang aritu. Ceritanya boleh baca kat blog Nur dgn Jaa. Diorang dah kabo dgn details sekali. Senang takyah susah2 nak fikir ayat buat cerita.
Baca sini tau:
Semoga terhibur. Kekeke.. Bye bye for now.

XOXO

Monday, 9 September 2013

Oh My Ciskek!

Assalamualaikum

Happy Monday peeps!

Raspberry Cheesecake in the house.. Tempting tak?? Om nom nom..
Simple je cara membuatnya. ChicNa suka sebab kek ni tak masuk telur. I iz allergic. Paling best takyah bake dalam oven, chill dalam fridge saje. I iz lazy.
Thanks to Nanie sebab share resepi. ChicNa memang totally ikut resepi Nanie cuma tang biscuit layer tu ChicNa guna Oreo. Untuk topping ChicNa guna jem Raspberry instead of Blueberry. Jem raspberry tapi deco strawberry. Pun boleh. Sebab aritu tengok raspberry cam tak fresh je. Then tambah susu pekat sikit.
Those yang dah terliur tu cecepat ler ke bakery cari bahan & buat cheesecake. Untuk full recipe terus checkout blog Nanie >> Resepi Blueberry Cheesecake Mudah.
Simply the best.
Haeng un!


p/s: Berangan nak jadi cam Anna Olson tapi pemalas.. Cemana tu?? #_#

XOXO

Tuesday, 19 March 2013

Cuppa-cakes Yummeh

Assalamualaikum

Baking jommm.. Lama tak membaking.
Ni resepi simple je. Biasala CikNa kalo masak @ baking nak yg simple2 je, nak cepat siap, cepat kemas & cepat boleh makan. Yang penting yummeh. Hehe.. 


Basic Cupcake Yummeh
Panaskan oven dulu 160-180 degree C. Susun cup siap2 atas tray.
Guna mixer, pukul 200g unsalted butter + 1 sudu kecil esen vanilla + 1 cawan gula castor hingga kembang.
Masukkan sebiji telur, pukul sebati. Ulang step ini untuk 2 biji telur lagi. Means kat sini guna 3 biji telur tapi masuk one by one.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri dan 1/2 cawan fresh milk (atau susu lain). Masukkan separuh tepung naik sendiri + separuh susu ke dalam adunan, kacau sebati (gunakan spatula). Ulang step ini untuk tepung dan susu yang selebihnya. Sebatikan.
Masukkan *bahan2 tambahan. eg: choc chips, almonds, oreo etc*.
Isikan adunan ke dalam cup. Saiz kek akan kembang dua kali ganda bila dibakar. 
Bakar 10-12 minit.

Butter Cream Yummeh
Guna mixer, pukul seketul unsalted butter hingga lembut.
Masukkan 2 1/2 cawan gula castor sikit2, pukul hingga gula hancur.
Masukkan *pewarna + perisa. eg: mints, strawberry, mocha etc*.
Kalau adunan terlalu pekat, tambahkan 1-2 sudu besar susu.
Pipe atas cupcakes yang telah sejuk tadi. Deco ikut kreativiti masing2.

Taraaaa... Siap!
Best kan resepi basic cupcake ni. Kita boleh modify rasa kek & cream ikut favret kita. Just tambah *bahan2 tambahan, pewarna & perisa*.

Suka tak suka tak suka tak? Hikhik.. Korang cuba la dulu. Actually CikNa belum buat pun lagi. Baru je cilok resepi ni dari Martha Stewart Food & study sikit. Huhu.. Tunggu potet balik nanti baru buat. Rindu nak dengar potet cakap 
"kek chic na sedap, dua kali" (^_^)V Ohh how I miss those moments.

Awak dah makan? :p

Friday, 15 February 2013

Nasi Abah

Assalamualaikum.. Salam Jumaat kawan-kawan!

(Entri terbengkalai) 20 Januari lepas birthday abah. Semoga abah dapat menantu lelaki sulong yang best. Erkk boleh wish gitu? Hehe.. So ChicNa masak makanan favret abah dulu kini & selamanya. Kami adik beradik panggil Nasi Abah atau nama komersialnya Nasi Bukhari. Hihi.. ChicNa belajar masak ni sebab abah yang request. Yelah makanan favret abah. Rindu zaman belajar kat egypt, maybe. Kita belajar dengan mak kakak angkat kita & dia sangat terer masak nasi Bukhari. Siap buat rempah sendiri lagi.
ChicNa share resepinya k. Korang masak tau.

Resepi Nasi Bukhari
5 cawan beras basmathi dibasuh bersih dan ditoskan. ChicNa guna beras herba ponni. Pernah try masak guna dua2 beras ni tapi family prefer beras herba ponni.
1kg daging dibersihkan, dipotong, direbus dan diambil airnya. Boleh guna ayam @ kambing jugak tapi ChicNa selalu campur ayam & daging since adik2 ada yang suka daging and ada yang suka ayam.
Panaskan 2 sudu besar minyak sapi + 3 sudu besar mentega. Tumiskan bunga cengkih + buah pelaga + bunga lawang + kulit kayu manis, 3 labu bawang besar yg dihiris dan 4 ulas bawang putih + sedikit halia yang ditumbuk. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan 4 sudu besar rempah nasi bukhari (Faiza) yang telah dibancuh dengan air, kemudian 4 sudu besar tomato puree. Goreng hingga keluar minyak.
Masukkan daging/ayam, kacau dan balikkan sehingga rempah meresap.
Masukkan beras, kacau rata. Masukkan air rebusan daging (beras:air/ratio 1:1) serta garam dan gula secukup rasa, kacau sebati.
Tutup periuk dan biarkan masak seperti biasa. Kacau sekali sekala supaya tak melekat di periuk. ChicNa masak guna rice cooker je senang. Hehehe.. Bila nasi hampir masak, masuk kismis dan kacau rata.
*Tumiskan bawang & rempah dalam periuk lain sebelum masukkan dalam rice cooker untuk mengelakkan nasi melekat kat periuk & cepat hangit*
Nasi Bukhari ni makan camtu je dah sedap tapi selalunya ada lauk sampingan cam ikan masak pedas, paceri nenas, acar timun & sambal. Baru umphhh!
Masak dari hati, masak with iman. Feeling Chef Ammar Suka Suka Hati jap. Haha..
Bil hana wa shifa'. :)

So abah, I’m done with nasi abah! What’s next?

Saturday, 8 December 2012

Dot Dot Dot

Assalamualaikum

Selamat pagi kawan2. Happy weekend. 

Pagi semalam tengah syok tweet2 ngan Nur, Nani & Dya tetiba SIL ajak membaking. Okeh, on. Tau tak kitorang buat apa? Setelah bertungkus lumus membaking maka siap lah apam polkadot. Huhu.. Dah lama SIL plan nak buat sebenarnya tp selalu je tak sempat. Time cuti sekolah panjang ni baru la berjaya buat. Tu pun jenuh dok memujuk potet yg sibuk nak mengacau.

First trial. Huhu..

1. Adunan yg dah dimasukkan dalam piping bag.
Buat 3 kaler je purple, kuning & hijau.
2. Letak inti peanut butter sebab takde filling lain. Huhu..
3. Dah siap cover & buat dot2. ChicNa punye,
siap ada signature lagi. N boleh, Z pun boleh. 
4. Siap kukus. Tak cantik sangat. Surface tak smooth
sbb banyak lubang2 udara. Tp okla. ;)

SIL ambik resepi dr internet tp tak sure sumbernya. ChicNa share ye.

Pukul 2 biji telur dengan 1 cawan gula castor sampai kembang. Masuk 2 cawan tepung naik sendiri (diayak) sedikit demi sedikit berselang-seli dengan 1 cawan susu segarMasuk 1 sudu kecil esen vanilla + 1 sudu teh ovalette. Pukul sehingga kembang & gebu. Bahagi2 kan utk buat coloring. Pipe dalam paper cup yg dialas. Pipe separuh cup, masuk filling pastu pipe lg sampai penuh. Buat dot2, pastu kukus lebih kurang 10-15 minit.

Simple je tp ChicNa tak makan sebab masuk telur so tak tau rasa dia camne. Tapi adik cakap sedap. Korang cuba sendiri la kalau nak tau rasa dia camne. Huhu..

Cuba teka ni apa? Sape betul dia cantik atau handsome. Hikhik..

Wednesday, 5 December 2012

Chocolate Smoothie

Assalamualaikum

Hai kawan2, lambat lg nak lunch. Lapar tak? Selalu je buat makanan.
So arini kita buat minuman lak. Kita buat Chocolate Smoothie. Simple je. Tapi make sure korang guna commercial blender tau. Mintak bos belikan satu letak kat pantry sebagai incentive. Huhu..

3 scoops chocolate ice-cream
1 sudu besar chocolate syrup
1 sudu kecil whipped cream
1/3 cawan susu segar
4 ketul ice cubes

Campur semua bahan pastu blend sampai betul2 hancur.
Deco - light whipping cream, chocolate syrup & sprinkles.

* Chocolate syrup tu senang dpt brand Hersheys yg dalam botol.
* Light whipped cream tu dalam botol bernozzle.
Bila korang tekan nozzle, cream tu keluar macam ulat. Hikkk..
* Perisa aiskrim tu boleh tukar sesuka hati as long rasa dia boleh mix well dengan coklat. Cth: mocha, vanilla, coffee, strawberry.


Kat lab kami takde cup, so guna bikar pun jadi lah. Huhu..

Selamat mencuba. ChicNa lebih suka smoothies berbanding ice-blended sbb rasa dia smooth je & tak sejuk sangat. Dapat jugak kurangkan hakisan dinding perut. *Teori ChicNa* (^_^)V


Friday, 30 November 2012

Crepe vs Puff

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Morning everyone. J

Entri jeles. Semua orang dok citer pasal 'durian crepe'. Kita belum rasa lagi ke'best'an durian crepe mcm yg org dok citer tu. Dah tau mana nak order, recommended by Puan Jaa. Nak order gak tapi nak tunggu adik2 balik cuti sem bulan 12 nanti. The more the merrier. Aritu pun SIL ada cakap teringin nak makan durian crepe.

ChicNa pernah makan durian puff, though. Maybe rasanya lebih kurang je kot filling durian crepe dengan puff tu. Yang berbeza satu letak dalam puff & satu letak dalam crepe. Kan? Seriously memang sedap. Macam makan aiskrim perisa durian & ada sekali isi durian yang fresh kat dalam. Pehhh.. Maveles makan sejuk2.

Chilled durian puff

Saiz durian puff ni besar sket & tak bulat mcm cream puff. Sebijik RM2.50. Sangat worth it. Tapi jarang kot bakery yg jual durian puff. Kat Kelate tak pernah jumpa lagi. Tak dapat la nak compare antara crepe dgn puff sbb ChicNa belum rasa lagi durian crepe. Huhu.. Orang cakap senang je nak buat crepe tapi takde kerajinan & kurang berminat nak buat benda2 cam kuih bertepung2 gitu. Hihi.. *alasan*


# Sesapa yg kat area Klang Valley tu boleh try durian puff @ Casamia
  Bakery Cakehouse, SS15 Subang Jaya. Ada cafe sekali kat situ. J

Saturday, 17 November 2012

Masak Jom

Assalamualaikum

Masak time.

Kihkihkih.. Gelak dulu sebab resepi ni memang sangat lah simple. Budak darjah 1 pun boleh masak kot. Sesuai utk orang yg suka masak simple2 mcm ChicNa. Hee.. Tapi sedap tau, favret kami sekeluarga. Errr bila la nak terer masak macam CikSu. Hukkk..

Tempe Goreng Kicap
Bahan2:
Tempe (potong dadu)
Kicap manis (secukup rasa)
Bawang merah & bawang putih (nisbah 3:1 -dimayang)
Cili padi (ikut tahap kepedasan masing2 -dipotong)
Garam (ikut tahap kemasinan masing2)

Cara2:
Goreng tempe + garam (ikut tahap kegaringan masing2)
Masuk bawang dan cili. Goreng sampai layu.
Masuk kicap. Goreng hingga kering sket.
Rasa dulu kalau sedap tu setel la. Hihi..

Sebelum ni kitorang suka makan tempe goreng cicah kicap + cili potong je. So kakak ipar ajarkan resepi ni utk lagi mudah & sedap. Huhu.. Actually goreng kicap mcm ni mmg lagi maveles sbb semua rasa terserap dalam tempe. Makan ngan nasi panas. Yummiee.. 

Makan jommm.. J

Friday, 12 October 2012

Hitam Tapi Sedap

Assalamualaikum

Apakah yg hitam itu? Hihi..

Rempah masak hitam

Rempah ChicNa order dari Mama Mia. Terliur tengok mama dok tayang2. Hihi.. Boleh guna utk masak ayam atau daging. Simple je pun. Haha.. Eksyen. Sebelum masak tu terkial2 gak sebenarnya sebab confuse dgn bahan2 yg ditulis. Terus sms Mama Mia mintak S.O.S.

Pesan Mama Mia 'Masak ikut citarasa sendiri. Seimbangkan rasa manis, masin & pedas'. Ingat tu pesan chef. TQ! J

Apalagi ChicNa pun terus campak2 jela bahan2 yg patut. Terhasil lah Daging Masak Hitam. Bau pun dah menggoda perut ok.

 Err pict dalam kuali je. Takdela hitam sangat kan. Just nice. Kering sebab ChicNa letak minyak sket je takut puan misi komplen. Huhu..

Makan dengan nasi panas memang maveles.
Mertua lalu depan pun tak sedar. *utk yg dah kawen. ;)

Family ChicNa suka. So sesapa yg dah terliur tu cepat2 order sebelum korang kempunan. Selagi stok masih ada. Stok banyak kan mama. Hehe.. Komen je kat blog beliau, MiaDuniaku atau klik SINI. Boleh masak raya haji nanti, makan dengan nasi impit. Perhhh..

Sekian.

# Ada lagi sepaket nak try masak ayam lak. J

Friday, 21 September 2012

Paprik Kuning?

Assalamualaikum

Masak time!

Excited sangat sebab dah lama kot cari resepi 'paprik kuning'. Tu pun sebab adik request suh masak, mana nak tau sebab 1st time dengar. Adik cakap ayam tu kaler kuning tapi rasa cam paprik. Paprik biasa kan kaler merah2 gitu. Langsung takde idea pasal paprik kuning tu. 

Memandangkan Puan Jaa terer masak so ChicNa ter request kat beliau resepi paprik kuning. Nasib baik jugak Jaa faham paprik kuning tu apa. Thanks Jaa. Lap U much2! J Dapat resepi terus la try masak. Resepi pun simple je. ChicNa memang suka resepi simple2 ni. Hehe..

Taraaa.. I did it!

Sorry, ChicNa agak fail bab-bab garnishing. Hee..

Ohh rupanya nama dia 'Padpet Ayam'. Baru cek taw. Serius memang sedap. Two thumbs up! Adik siap request masak menu ni every weekend plus kuah lebih. Over kan.

Disebabkan padpet ayam ni sedap, so ChicNa nak share ngan korang walaupun maybe ada yang dah biasa makan @ masak. Untuk resepi sila check out padpet ayam jaakechik. ChicNa ikut sebijik resipi tu cuma tukar bunga kubis dengan daun kubis.

Masissge deuseyo!

Thursday, 7 June 2012

Cheese Sedap

Assalamualaikum

Kita buat cheezy wedges, korang jgn jeles (citer lama ni). Hikkk.. Letak cheese banyak2 lagi tau.

Oh yg sopan ni adik punya, ChicNa punya tak sempat snap. 

Sape suka cheese up dua jari. Yeah.. ChicNa suka sangat mkn cheese. Dua kali. :) Tak kisah la ape jenis makanan pun, asalkan ada cheese.

Paling suka bila Pizza Hut ada buat promosi extra cheese. Kalau pegi KFC mesti mintak extra cheese utk cheezy wedges. Lagi best kalau makan dgn org2 yg tak suka cheese. Mesti korang tau kan motif ChicNa. Hihi.. Hantu tak?

Salad pun kita taruk cheese + sos salad. Boleh?
Sos thousand island mmg tak pandang dah.

Serbuk cheese ni kita dapat dari member kita kak Dieyna. Kata nya rasa ala2 kfc. Ape lagi terus order & try buat. Memang mavelles & yg penting ada halal cert. Cara nak prepare pun sgt mudah. Cuma bancuh serbuk cheese dgn air panas.

Semua makanan boleh dip ngn cheese ni. ChicNa pernah try mkn dgn ayam goreng, biskut, fries, nugget, roti + sosej.
Jgn minum sudah. Erkk..

 Untuk lebih info check out je blog Kak Dieyna, Wardah Ilmu atau FB Best Shop. Kak Dieyna sedia mambantu. Hekhek..


Give it a try okayh, sooo G double O D!


p/s :  Kak Dieyna, cheese blum habis sbb family sume bkn hantu cheese. :)


Thursday, 26 April 2012

Muffin Coklat

Assalamualaikum

Baking time! Yayyy... :D

Dah lama sebenarnya nak buat muffin coklat ni tp br je ada masa utk membaking. Nak share ngn kawan2 semua lah supaya korang semua terliur. Pfftt.. Mcm la sedap sgt kan muffin dia tu. 
Oh ChicNa ambik resepi ni kat Myresipi.

Ok, let's see ape bahan2 nya.


Bahan A

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat

Bahan B
1 1/2 cawan gula perang 
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak (seeloknya minyak vege)

1/2 cawan air suam 
Chocolate chips sesuka hati

Cara-cara

Ayak bahan A, campurkan semua sekali ye.
Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan
air suam sampai sebati.
Masukkan choc chips secukup rasa dan gaulkan sebati.
Masukkan dalam cup.
Kukus atau bakar 180'c selama lebih kurang 15 minit.


So adunannya akan jd cmni. Makan camni pun dah sodap. Hee..



Masuk dalam cup


Peringatan : Masuk 1/2 cup cukup, sbb muffin tu akan mengembang doublesize. Kat sini ChicNa dah salah, masuk sampai 3/4 cup. 

ChicNa juga tak alas cup ni dalam acuan dia. So muffin tu mengembang sesuka hati je. Dah tak jadi rupa bentuk muffin yg sebenar. Ok, at least ChicNa dpt dua pengajaran kat sini.


Hasilnya... Taraaa!!

muffin kukus and muffin bakar in the house...

Berbeza kan rupa mereka?
Walaupun rupanya tak comel tp rasanya sedap okayh.

Muffin kukus surface nya agak koyak2 sket tp sebenarnya tu yg buat muffin lagi nampak yummieee. Tekstur sgt lembut & sgt moist. 

Muffin bakar plak surface nya licin, gebu & sedikit crunchy. Sesuai utk deco2. Tekstur nya agak kering sket, kurang moist. 

Kalau nak muffin tu lagi sedap, boleh la letak aiskrim sebagai topping. Puan AA pernah ajar camne buat homemade aiskrim.
Nak blaja, klik blog AAKlik blog Cik Nur and blog ChicNa jgk.

Dari survey, ramai yg prefer muffin kukus compared to muffin bakar termasuk la ChicNa. Apepun, masing2 ada citarasa sendiri.
Nak tau kena cuba ya.

Tengok ni...

Muffin with aiskrim & coklat topping. Tempting tak?? 

Gulppp.. :)



Wednesday, 4 April 2012

Aiskrim siap!

Assalamualaikum

Last week lg siap tp br nak share. Resepi ni ChicNa amik dr slh sorg GSF iaitu Aine Ainun a.k.a AA. Kalau sesape teringin nk mkn eskrem tu leh la buat. Sila rujuk resipi di blog Aine Ainun a.k.a AA. Byk lg resipi2 menarik lain dlm blog AA ni. Orgnya sgt rajin & terer memasak. :)

Mmg sedap eskrem ni. Kita buat dua kali berturut2 tau atas permintaan ramai. hehe.. & kedua2 nya habis dlm masa sehari je. Tak tau la camne lg nak citer kesedapan eskrem tu. Kawan2 kena try sendiri okayh?

Sebenarnya kita pun tak tau camne rasa eskrem tu sbb tak makan pun. Kita mmg langsung tak dibenarkan makan makanan/minuman berais ni, atas nasihat doktor. 

Tp kita happy sgt bila dpt buat sesuatu yg family suka. Seronok tgk diorang makan bersungguh camtu apelagi kalau dipuji sedap. Hehe.. Rasa dihargai. Tu yg kita buat andaian yg eskrem ni mmg mabeles. :D

   Perisa coklat, for sure! hihi..


1st time.. letak chopped almond


2nd time.. made with love <3


Selamat mencuba! :)




Tuesday, 27 March 2012

Kek Carrot Simple


Assalamualaikum

Olla kawan2. Last weekend ChicNa lepak kat rumah kakak kat Sri Damansara. Actually kita takde kakak pun, kakak yg kita maksudkan sblm ni kakak angkat la. How I wish I ada biological sister. Hmm.. 

Dulu masa kecik2 slalu doa dlm hati supaya salah sorang dari abang kita bertukar jadi kakak. Haha.. Masa tu kecik lagi mana tau pape kan. Anyway, kakak kita ni sangat la best & sporting. Kami berbeza umur 2 tahun je & dah 8 tahun kawan.

Dah lama tak jumpa kakak, since kita pindah Kelantan last year. Sblm ni ChicNa stay kat Shah Alam. B4 blk haritu kakak baked Kek Carrot utk kita & bawak blk utk family jgk. So, kita sempat la belajar sambil2 tolong tengok & snap je. Eh kita tolong ok, tolong sagat carrot lagi. Sampai tersagat jari sendiri. Hukkk..  Sakit!

Ini bukti hasil seni tgn ChicNa ;p

Bahan2 nya :

1 cawan carrot yg disagat
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1 ½ cawan tepung naik sendiri
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
*2/3 cawan ground almond
*1 sudu besar susu pekat

Bahan2 * ni option sj. Nak masuk bleh, tak nak masuk pun bleh. Biasala my sis tu asal masak je tak sah kalau tak ubah or tambah resepi. Tp serius, mmg bertambah sedap! :)

Cara-caranya :

> Campurkan gula perang dgn minyak jagung. Kacau rata.
> Kemudian masukkan esen vanilla, susu pekat dan garam. 
> Masukkan pula telur. Kacau lagi sampai sebati.
> Masukkan ground almond dan tepung sedikit demi sedikit. 
> Kacau adunan hingga sebati.
> Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar. Tak yah sapu 
   mentega kat loyang coz kek ni dah masuk minyak.
> Bakar dalam oven dengan suhu 180°c selama 20 minit. Setel sudah.

Layan pict meh..

dah lenguh mengacau

pre-made kek, masuk loyang dulu

Taraaa...

Inilah hasilnya

Oh kita dah termakan 10 slices kek ni, konon nk bg family kan. Sorry kak. Huhu..

Ini dia kek yg dah siap ditapau oleh kakak. 

Nasib baik ada kek Marble Coklat. Boleh topup ganti kek Carrot  yg dah kita ngap tadi.

Anyway, dua2 kek memang sedap. Family pun suka, lagi2 si potet. Licin diorang sapu. Tinggal tupperware je kat ChicNa utk dicuci. Hukkk.. Ada hikmah jgk ChicNa mkn 10 slices awal2 haritu. Huhu..

Kepada kakak tersayang, thanks a million. I love you Sis!! 
Next time Red Velvet on demand. :)


p/s : Oh.. last but not least, ChicNa juga hantu kek.
Memang hantu betul la kita kan.. ;p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com