Friday, 20 November 2015

Chichocolab

Assalamualaikum
Salam Jumaat gais..
ChicNa datang lagi dengan permainan robot berhantu! Hehew..
Hmmm ada yg mesej @ PM ChicNa tanya sama ada masih buat coklat ke tak. TQ korang ingat lagi kat ChicNa. Sobs.. Yer ChicNa masih lagi buat coklat homemade tu. Cumanya FB page dengan IG tu je yang tak terupdate. Emm biasalah cam blog ni jugak jarang berupdate akibat malas teruk atau kata orang kampung ChicNa "terribly lazy".
Sejak dari tu ChicNa dapat sikit motivasi utk berusaha mengupdate di FB dan IG. Dan ChicNa juga dah berjaya menukar nama kat FB page ke nama baru "Chichocolab" setelah beberapa kurun mencuba dan beberapa kali give up. Kekonon rebranding la uolls. So, dapat lagi sikit motivasi utk rajin. Haha..    
"Chic" means ChicNa. "choco" means coklat. "lab" is refer to tempat buat coklat memandangkan i is suka sangat dengan lab & tak boleh move on lagi dgn bekerja kat dalam lab sejak dari zaman ChicNa jadi penternak kuman yg berjaya dulu2, sambil berangan chocolate lab tu sebijik cam Willy Wonka punye chocolate factory. Kihkih.. Teruk naw da ni. 
Ni lah dia permainan Robot berhantu. Seram tak?
Baby honey sweetie pie 
Inspired by: Whatsapp emoji
So, kome2 yg bercadang nak order coklat tu silalah berbuat demikian. Tapi ChicNa prefer order thru whatsapp tau sebab hmm lebih senang. Kalau komen @ PM @ DM kat FB @ IG ChicNa tak perasan coz kadang2 langsung tak dapat notification. Untuk tengok design2 coklat boleh la usha kat sini ye.
Instagram : Chichocolab
Whatsapp : +6019.943.6558

Okay, tu jelah nak citer. Kihkih..
See you when I see U gais!
  

   

Monday, 28 September 2015

Tips Padanan Blouse Murah

Assalamualaikum
Hello friends! Long time no see. Hihuu..
Takdela busy sangat pun cuma yela baru2 bukak sem ni macam2 benda nak setel. Penangan cuti lama aritu, punye la bercinta nak mula study balik.
Awak2 yg perempuan tu mesti suka pakai blouse kan. ChicNa pun suka gak. Baru2 berjinak nak pakai blouse. Faktor umur maybe. Hiks.. Dulu kalau nak ke mana2 main sarung t-shirt je. So arini nak citer sket tips2 padanan blouse untuk panduan semua.

Busana Muslimah moden kini menjadi trend utama bagi kebanyakan wanita Muslimah yang mementingkan penampilan yang bergaya tanpa membelakangkan tuntutan syariat. Salah satu fesyen pakaian yang menjadi pilihan ramai wanita pada masa kini ialah blouse murah Muslimah.
Pemakaian blouse Muslimah lebih digemari berbanding t-shirt kerana ia akan memberi imej yang lebih feminin kepada seseorang dan lebih versatile. Wanita sekarang kan aktif, bukan sahaja ke pejabat tetapi jumpa client, pergi event sana-sini atau pun bersantai dengan kawan-kawan. So, pemilihan blouse Muslimah adalah sangat bertepatan dengan anda yang sentiasa aktif tapi masih mahu kekal tampil bergaya. Anda hanya perlu bijak ‘mix and match’ blouse muslimah tersebut dengan jenis ‘bottoms’ sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan. Masa pun boleh dijimatkan sebab tak perlu lagi untuk bertukar-tukar pakaian.
Seperti yang kita lihat, bermacam-macam rekaan blouse dengan gaya terkini, warna yang menarik dan harga yang berpatutan boleh didapati di pasaran. Material yang digunakan juga adalah sesuai dengan iklim persekitaran memberikan lebih keselesaan kepada pemakai.
Kita bebas memilih fesyen blouse mengikut kesesuaian sama ada untuk digayakan ke majlis formal atau pun kasual. Kadangkala, sehelai blouse yang cantik boleh digayakan untuk kedua-dua acara tanpa perlu risau ianya sesuai atau tidak. Apa yang penting ialah anda bijak melakukan ‘mix and match’ antara blouse tersebut dengan bottoms. 
Antara contoh padanan bottoms yang sesuai dipadankan dengan blouse muslimah.
Sebagai contoh, untuk gaya formal seperti majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Blouse Muslimah sangat sesuai dipadankan dengan sepasang skirts ala mermaid atau batik pario, menjadikan anda kelihatan lebih anggun. Sekiranya ingin ke pejabat, blouse Muslimah dipadankan pula dengan sepasang slack pants atau chino pants. Ia akan memberikan anda penampilan ‘smart casual’ yang sempurna. Manakala untuk gaya kasual yang sopan dan santai, jeans atau palazzo merupakan jenis bottoms yang paling sesuai untuk dipadankan dengan blouse Muslimah pilihan anda. Hmm menarik kan?
 Selamat bergaya!

Saturday, 27 June 2015

Kopi

Assalamualaikum

Sape kat sini die hard fan kopi? Overdose maybe?
Kopi faveret iollsss. Tapi dulu la. Sekarang tak lagi lepas kena gastrik & dokter suruh avoid minum kopi. Katanya kopi sejenis minuman yang tajam. Sobs..

Simptom2 caffeine overdose. Cilok dari tuitderrr.
Seolah2 jatuh cinta bak kata Dr Heart. Hehew.. Pernah rasa tak?
ChicNa bekas peminum kopi yg tak overdose. Just minum time breakfast je before start keja. Sebab rasa cam kopi ni bleh boost energy. Tak sure la betul or psiko je. So takdela rasa degupan jantung kencang macam jatuh cinta tu. Kihkih.. Frequent urination tu memang yer.
Cumanya kan kita pernah baca tak ingat katne bulan puasa ni tak digalakkan minum kopi terutamanya time sahur. Sebab kopi ni bersifat diuretic (menggalakkan penyingkiran air melalui urination), tu lah simptom frequent urination. Nanti kang cepat lak dahaga. So kepada die hard fan kopi mohon bertabah ye elakkan minum kopi waktu sahur. Hihuu..

Salam 10 Ramadhan 1436H

Saturday, 20 June 2015

Tiga Ramadhan

Assalamualaikum
Salam Ramadhan 1436H kawan2. Selamat menjalani ibadah puasa.
"Raikanlah tetamu istimewa, Ramadhan Kareem dengan semua jenis amalan fardhu dan sunat. Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran yang berganda" copy msg whatsapp dari abah. InshaAllah.

Benefits of fasting on the body
Sumber: le-bdouin.com
Selamat beramal. Semoga segala amalan kita diberkati.

Wassalam.

Monday, 15 June 2015

Freedom

Assalamualaikum

Freedom ke?? Tsskkk..
Kite da habis exam semalam uolls. Happy lerrr. Hehhh.. Kejap je happy, esok lusa neves fikir result plak. Kecut perut. Nak2 lagi bila member kitorang pesan "Notes semua jgn buang lg tau kot2 ada subjek yg kena repeat". Pehhh.. Menusuk kalbu. Betul2 amaran maut ni. Potong je baru nak happy2. Huhuh..
Tasabar! Hihuu..
Sebenarnya excited lebih sebab dah lama simpan stok buku untuk kudap2an lepas exam. Hehew.. Dua minggu sebelum exam ChicNa beli buku2 tu semua since BB1M dah dekat expiry date. Just imagine selama sebulan dok jeling2, pegang2 je buku tu. Bertabah menahan perasaan nak baca. Huhhh.. Finally!
Lately jatuh cinta ngan buku2 Lejen. Lejenkan aje. Actually tak tau nak baca mana dulu sebab semua cambest jer. Hmm problem gak ni. 
Okay lah, away baca buku.

See u when I see u gais!


p/s: Result keluar sebulan dari sekarang. 2 hari before raya. Emm mmg tak kasi chance langsung orang nak happy2 kan.. (-_-)"

Wednesday, 10 June 2015

Terpilih

Assalamualaikum

Soalan paling famous yet annoying abad ni..
Ikutkan hati mmg nak je jawab gini. Ekekek..
Kalau jawab jujur sangat "Aah single
Konfem kena se das "Memilih sangat ni!"
Tsskkk!! *sis sentap*
Tak sesuai kot cakap camtu especially kat perempuan.
Bukan ke kuasa memilih tu lebih kepada lelaki?
*Lebih tak bermaksud perempuan langsung tak boleh memilih*

Tp hakikatnya perempuan selalu dipilih je kan.
Kan kan kan..
Semoga kita terpilih di sisi Allah swt.
Put trust in Allah. He knows what's the best for us.
Zzzzz..

Friday, 5 June 2015

Studying

Assalamualaikum

Singgah blog jap. Lama tak mumbling. Hihu..
Korang2 yg bergelar student mostly mesti tengah final exam kan atau baru habis exam. ChicNa pun, baru halfway. 4 paper dah setel, 3 to go. Harini & esok free, so kita berpoya2 lah. Bila ntah nak serius study. (-_-)"
Bila exam, lebih banyak risaukan benda2 yg tak sepatutnya dirisaukan. Risau carry mark, soalan spot, past paper yg xleh jawab. Pastu panik tak tentu pasal bila rasa tak cukup masa nak study. Tapi hakikatnya camtu lah cycle nya. Hmmm korang camtu gak ke? Atau kita sorang jer? Hikkk..
Last week sempat exam satu dewan ngan blogger pemes Jaakechik. Macam2 gaya haa dia jawab exam. Soalan esei katanya. ChicNa time tu paper MCQ (multiple choice questions), so keluar awal lepas kehabisan peluru nak menembak. Hehew.. Apepun good luck untuk kita semua.

Study smart & all the best!!

p/s: Untuk awak yg selalu doakan kita & bagi semangat tu TQ so much tau. 
Kita selalu doakan awak gak.. (^_^)v

Wednesday, 25 February 2015

Campus Time

Assalamualaikum
Setelah dua bulan berlalu. Hehew..
Lately, busy sikit. Lebih kurang 2 minggu lepas baru je balik kursus intensif @ USM, Penang. Maka, ke kampus lah kita. 3 minggu kat sana. Dan balik bukan tangan kosong tau, banyak buah tangan lecturer bagi. Assignments, lab reports & tutorials selambak bawak balik. Mata dah macam panda ni. @_@ 
Apepun seronok jugak sesekali masuk kampus. Dapat gak kumpul ngan kekawan. Nasib baik setahun sekali je. Kerap2 tak larat weh. 
Kalo tahun lepas pegi balik dihantar & dijemput. Pestime lah katakan. Hihi.. Penuh keta angkut barang. Kali ni pegi balik flying without wings. So, barang & pakaian utk 3 minggu sumbat satu luggage <15kg. Pepandai la bajet. Penat gulung baju & seluar tau. Nasib baik ngam2 je. Tp laundry 3 hari sekali la. Hihu..
Labmates. Lab utk 3 subject dah setelkan awal2 tu hari, so tinggal 2 subject je. Tu pun penat nak pulun. Jadual tahun ni mmg pack dgn kelas & exam yang timing nya agak tak berapa nak kena. Banyak clash. Dengar2 ramai gak komplen.
I love Microbiology
Rindu. Dah lama tak buat benda2 alah ni sejak resign dari FCB. Kalo tak, inilah keja hari2 dok proses kuman yg busuk tp comel itew. Hehe..
Geng study group
Studynya kejap je, pastu lapar - ngantuk - pening - penat. Semua ada.
Macam2 peel. Hahah..
Ni paling besttt. Field trip @ Taman Negara Pulau Pinang untuk amali subject Ecology. Even tak la tinggi sangat tapi penat jugak la hiking. Balik 3 hari jalan menjengket. Pantai kat situ cantik sangat. Memang penat tapi seronokkk! 
Last, but not least...
"Belajar tu belajar jugak, berjimba jangan dilupa" - pesan abah.
Kehkehkeh.. Gurau jek. Kompiden je abah tak baca blog kita. Ntah2 dok opis boring2 skodeng blog kan. Ampun bah. (^_^)v

Sesekali berjimba. Release stress gitu. Hehew.. 
Ok, sambung buat assignment. Zzzz..

XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com