Showing posts with label appreciation. Show all posts
Showing posts with label appreciation. Show all posts

Monday, 19 August 2013

Salam Syawal

Assalamualaikum

Salam 12 Syawal kawan2. Sesape ada buat open house tu jangan lupa jemput ChicNa. Sediakan duit raya sekali. Huhu.. Belum terlambat kan untuk wish. Raya kan sebulan. Raya korang camne? Mesti havoc kan. ChicNa biasa2 je sama cam raya lepas2, cuma mood berjalan2 kureng. So ChicNa lepak umah tak ikut family pi umah sedara mara. Bila diorang pi beraya ChicNa tutup pintu rapat2. Hikk.. Memang takde mood sangat2.
Salam Aidilfitri. Mohon maaf atas segala kekhilafan diri. Peace! (^_^)V

Sebelum raya aritu ChicNa ada terima beberapa keping kad raya dari member blogger.
Kad pertama dari Aisya. Pink karer. Kad raya DIY tau. Ramai lagi yg dapat selain ChicNa. Rajin sungguh Aisya men'diy'. Kad kedua dari kuling Masha. Kad raya Masha memang tak sah kalau takde pantun. Pulak tu comel sangat pantunnya kuling. Heheh.. Kad ketiga dari kiut mama, Lela. Special jugak sekali dapat souvenir keychain Jogja. Jauh tu datang. Kad keempat dari sis Aima. Yang ada gambar kucing tu. Comel shangat kan. Macam Puss in Boots. Huhuhu.. Terima kasih banyak2 untuk semua. How sweet you are! Tapi ChicNa belum berkesempatan untuk balas kad2 tu. :/
Ehh.. Ada lagik. Kad yang ni special jugak. Siap di'delivery' ke rumah ChicNa. Ada extra 2 balang homemade popia lagi, satu popia nestum lagi satu popia simpul. Dapat lagi duit raya 1 sen. Heheh.. Time kaceh tak terhingga Jaa. Dah la masa Jaa datang ChicNa tengah tido. Kepenatan sebab pagi tu struggle buat almond london. Hihi.. Si kecik Fikri pun ikut sama tapi dok sekejap je dah ajak mama balik. Nak susu katanya. So adorable. ;)
Selain kad raya, ada jugak dapat kad undangan majlis perkahwinan dari Yana. Tapi sayang tak dapat attend. Jauh nau nak ke Melaka. Apepun selamat pengantin baru untuk Yana & Leonerz. Semoga berbahagia & berkekalan sampai syurga. Ameen.. 

Nahhh pict raya seketoiii.. Camat ari rayer..
Till then..
XOXO

Saturday, 15 June 2013

Grazie!

Assalamualaikum

Update lagi. Yayyy!!
Errr tak nak la emo lelama. Thanks kawan2 yg sangat supportive. Sayang korang.

"Everyone has their own path. Her path, my path have crossed and for a while.. we will walk together, share things with each other and experience things together. In the end, the time will come when each of us will move on in a new direction. We will separate but we will take with us the memories of what we have learned & shared"
Raya nanti ChicNa jumpa dia.. go-for-it-girl! smile.. (^_^)V
ChicNa seronok sebab dapat hadiah. Sape tak suka kan dapat hadiah hari2 biasa camni. Kalau time birthday tu biasa lah. Tapi dah lama ni dapat, bulan April lepas.
Hadiah pertama dari orang Taiping. ChicNa dah 3 kali jejak Taiping tau. Sebenarnya bukan hadiah sangat pun, lebih kepada permintaan. Dengan tak malunya ChicNa mintak Nur buatkan. Hihi.. ChicNa memang suka dengan Elmo. Kalau boleh ChicNa nak kumpul banyak2. Time kaceh Nur sebab sudi melayan permintaan ChicNa. Dengan Nur takpe la sebab dah biasa. Hari2 dok bergaduh ngan dia kot. Saaaayang hantu Nur dua kali.
Hadiah kedua dari Kak Syiela, mama kepada twin yg comel Haziq & Hazim. ChicNa ada main teka2 harga kat blog Kak Syiela tapi tak tepat pun, hampir-hampir je. Kak Syiela tetap jugak bagi. ChicNa dapat sabun susu beras. Wangi tau sabun ni. Macam bau beras wangi tu. Lepas mandi satu bilik air semerbak bau sabun ni. Kulit pun jadi lembut. Sape teringin nak beli boleh la contact kak Syiela. Hikhik.. Kemain promote macam produk sendiri lak. Terima kasih kak Syiela..
Hadiah ketiga lak dari blogger kecik, Jaa. Pengomen setia April katanya. Serius tak caya. Memula dapat tu ingatkan Jaa tersalah hantar. Sebab rasanya masa tu ChicNa lebih banyak bertapa dari berblog. Tapi dah cek kat blog Jaakechik, betul rupanya. Apepun terima kasih banyak2. Dah tiga kali kot dapat. Segan pulak. Nanti datang rumah, ChicNa masak k. Hikhik.. Poyo je nak masak.
~ XOXO ~

Friday, 5 April 2013

Terima Kasih VI

Assalamualaikum

Serius lupa nak beli magic box baru. Hadiah2 yg baru dapat ni dah tak muat nak simpan tapi ChicNa transit jap dalam dead man's chest sementara beli box baru k. ;)
Keychain note RM10. Unik. Dari gadis ayu yg bernama Ayu. Cenderahati istimewa utk GSFian. Semua GSF dapat kan. ChicNa terlambat sikit update. Thanx so much Ayu.

Dari GSFian jugak, gadis.. errr puan yg kiut miut, Deqla. Friends are like sunflowers that never fade away even over time and distance. Thanx so much Deqla.

Yang ni baru sampai dua hari lepas. Dari Ros Reeza @ blog Inilah Realiti. Kiut sangat keychain love forever. Hope our friendship will last forever. Thanx so much Ros.

Ni panas lagi baru semalam sampai. Fridge magnet selipar sebelah. Sebelah lagi dapat kat orang lain kot. Hihi.. Cenderahati dari cute preggy mom, Ibu Adam a.k.a Ayue. Selipar ni besar tau, kaki baby muat kot. Thanx so much Ayue. 
Abah ChicNa senyum je everytime bagi surat2 tu "Hari2 ada surat Chicna" kata abah. Siap panggil ChicNa tu instead of _____ Hihi.. Gonna miss ur smile abah. :)

Thursday, 14 March 2013

Trimas!

Assalamualaikum. Selamat malam.

Thank guys for the concern. ChicNa okay. 
Entri penghargaan untuk mereka yang sangat baik hati. 
First.. datang jauh dari negeri di bawah bayu. Dari GSFian sis Aima yang comel lote. ChicNa dah pesan tak yah balas tapi sis balas jugak. Apepun hp bag ni cantik sangat, seaview & ChicNa suka. Terima kasih banyak2 sis. 

Second.. dekat je ni dari mek Kelate, Jaa. Tapi souvenir ni Jaa beli kat Penang masa beliau berkursus di sana. So kira datang jauh gak la. Jaa kasi hadiah ni sebab ChicNa tersenarai dalam 10 pengomen setia blog Jaakechik. Terima kasih banyak2 Jaa.

Third.. datang dari negeri kelahiran ChicNa, Johor Darul Takzim. Hidup JDT! Hadiah Surah Al-Ma'thurat dari GSFian kak Niena @ CIM. Cenderamata sempena perkahwinan adik kak Niena baru2 ni. Terima kasih banyak2 sis. Semoga Ajib & Nina, kak Niena & keluarga sentiasa diredhai & berada di bawah kasih sayang Nya. Ameen. :)
Love y'all!!

Tuesday, 29 January 2013

Merci!

Rasanya kena beli magic box baru la yang lagi besar sebab dah tak muat nak simpan hadiah dari kawan2 blogger. Actually nak bagitau ChicNa dapat hadiah lagi. Hee.. Kedua2nya dari GSFian & dari utara. Sampai sekali lak tu. Berpakat eh pos sama2. ;)

Hadiah dari Nur sebagai tanda persahabatan. Souvenir dari Melaka. Ni mesti beli masa pegi gathering GSF kat Melaka. Thanks atas ingatan walaupun ChicNa tak dapat join. Sayang awak tomot.. ^^

Ni plak hadiah dari birthday girl, Ibu Khalish a.k.a kak M. Keychain Langkawi. Macam gayung orang dulu2 kan kak, unik. Sebenarnya ni hadiah sebab ChicNa tersenarai dalam top 5 pengomen tegar kat blog *mai nak cerita*. Thanks kak. 

Hope our friendship will last forever. ~Hugs~

Today 29 Januari birthday adek manis, Pet. Happy birthday Pet. All the best in whatever you do. Hadiah soon ok. Hihi.. Happy belated birthday untuk Nana jugak, 19 Januari lepas. Tunggu Hello Kitty awak sampai ye. ^_^

Tuesday, 25 December 2012

Thanks MV & DQ

Assalamualaikum

Selamat bercuti semua. Apa aktiviti cuti2 neh? Kat sini hujan je memanjang so nak keluar pun kena fikir 11 kali tau. Huhu..

Ok, ChicNa nak tayang hadiah lagi. Hehe.. Hadiah pertama dari
MV a.k.a Miss Velentine, salah seorang GSFian. Tadaaa..

Brooch pink karer.. Suka sangat. ;)

Semoga hubungan yang terjalin ini akan kekal selamanya. Aci tak copy ayat MV? Hihi.. Truly ChicNa pun mengharapkan yang sama jugak.
Terima kasih MV.

Secondly, pun dari GSFian jugak. Tadaaa..

Tudung bawal peach. Nampak tak kenapa ChicNa dapat hadiah ni? 

Hadiah ni dari DQ a.k.a Deq's Qienz. DQ ni rajin buat game teka-teka tapi dalam banyak2 game ni baru first time ChicNa teka betul tau. Hihi.. Terima kasih DQ.

Actually ChicNa baru je shopping baju yg ala2 kaler pink-peach tapi belum ada tudung lagi. MV ngan DQ memang sangat2 memahami.
Nanti bolehla ChicNa padankan baju tu dengan tudung DQ & brooch MV.
Ohhh I iz happy.. What a perfect match! ;)

Oh... Are you ready now.. The trains are ready to go..
But you're still busy talking crap and cheap on the phone.. ~lalalala~
Thanks a bunch MV & DQ!!


# Semua GSFian memang sangat baik hati & sporting.
  Gorgeous Superb Fabulous bak kata sis CiM.
  Sayang korang semua juta-juta lemon. Hugs!  


Monday, 17 December 2012

From JB With Love

Assalamualaikum

Morning! Hari yg indah. Pagi yang gelap kini sudah terang.. lalala.. 

GSFian mungkin dah boleh agak kan apa dia. Ramai yang dapat & dah pakai. ChicNa terima ni hari Khamis lepas and semalam dah pakai pun. Sorry kak CiM lambat inform, ChicNa baru nak update setelah agak busy menyetelkan mission possible. Heee.. Taraaa..


From JB with love, inai Mekah from sis CiM @ blog CintaItuMisteri.
Alhamdulillah mak & ayah akak selamat balik dari menunaikan haji. 

Pict belah kanan tu tangan adik. Time cuti sekolah boleh la pakai. Tu pun dok risau takut tak sempat tanggal sebelum sekolah bukak. ChicNa tak pakai kat kuku sebab tak rela nak jawab banyak soalan nanti. Hihi.. Adik tolong tuliskan nama kat tapak tangan. Inai ni cepat merah kan, kaler pun cantik. Pastu bagi mama lak pakai. Suka suka.. Kami pun nak berinai secara berjemaah. Bak kata kak CiM. Hikkk..

Terima kasih banyak2 kak untuk buah tangan dari Mekah ni.
Semoga akak sekeluarga sentiasa dirahmati & diberkati Nya.

Special for you.. From KB with love.. (^_^)
Nasib baik potet takde, kalau tak selamat la dia jadi bahan 
  eksperimen inai. Hikhik..


Tuesday, 11 December 2012

Hadiah & Coklat

Assalamualaikum

Happy Tuesday peeps. The only person you should try to better than is the person you were yesterday. 

Penghargaan untuk kakak gojes, kak Intan @ Blog Cik Intan Berlian. Kak Intan ada bagi hadiah kiut sebab ChicNa tersenarai antara pengomen terbaik kat blog Cik Intan Berlian. Masa kak Intan bagitau tu terkejut gak la sebab time tu CikNa baru2 je jadi follower blog kak Intan. Tak sangka lak kan tp memang tak hairan la sebab kak Intan ni sangat lah peramah orangnya, ada resepi lak tu kat blog kak Intan. So ChicNa pun memang suka lah jalan2 blog kak Intan. ;)

Kiut kan? Akak macam tau je ChicNa suka kumpul keychain ngan notepads/notebooks. Macam biasa, masuk magic box. Huhu..

Terima kasih banyak2 kak Intan. Akak jangan risau sebab abang posmen takde pun mintak duit tambah. Huhu.. Thanks again sis!



Naaa.. ChicNa dapat coklat ni! Winkwink..

Sweet tak? 

Aritu tengok coklat ni kat blog Na. Rasa nak kidnap je. Kiut sangat ok. Bila dah dapat ni rasa macam kiut je. Apelagi bila makan. Hikhik.. Rasanya sedappp. Kawan2 nak? Pilih-pilih.. ^^


Thursday, 6 December 2012

TQ Deqla & Ika

Assalamualaikum

Dah lama simpan, arini baru ada mood nak show off. Saje je lambat2kan sebenarnya. Huhu.. ChicNa dapat hadiah tau.

Hadiah pertama dari geng GSF yg cinonet dan kiut. Cer teka sape? Dpt hadiah sebab ChicNa teka nama bunga dgn betul. Oh tak caya sungguh, ChicNa bukan peminat bunga ok. Tp disebabkan suatu masa dulu ada someone janji nak bawak pi tengok bunga tu berkembang. Bunga tu kembang tengah malam je tau. Tp janji tinggal janji. Tu sebab sampai sekarang ChicNa ingat nama bunga tu. Thanks lah awak. Nak tau bunga apa checkout sini, dan hadiahnya.. Taraaa..

Coin bag yg kiut macam tuannya jugak, Deqla a.k.a Mrs Erry. Kaler merah lg. Thanks Deqla. Suka coin bag ni, sayang nak guna so dah simpan dalam magic box. Nanti rosak lak kalo letak coin dalam tu. Huhu.. Alebiu Deqla dua kali! (^_^)V

Yang kedua lak dari Ika a.k.a Mrs Rongok. Rasanya ramai yg dapat kan. Aritu Ika ada buat lucky draw. Tapi ChicNa dapat ni sebab dah tercalon sebagai 'ulat gigi' kat blog Mrs Rongok. Huhu.. Suka suka.. Ulat pun ulat lah. :p

Bookmark & Pocket Calendar 2013

Comel kan? Rajin kot Ika siap tempah benda ni & bagi kat.. kalo tak silap dalam 50 orang gak kot yg dapat. Baik hati kan. Comel & ayu orangnya. ChicNa memang suka tengok sebab Ika ni kalau pi jenjalan selalu pakai baju kurung. So ayu. Thanks bebanyak Ika. Balik kelate nanti boleh jumpa. Hihi.. *yo yo je ChicNa* Nak tau apa tu 'ulat gigi', korang godek2 la blog Mr & Mrs Rongok ni. Confirm jumpa. :)

Muchas Gracias!

Wednesday, 7 November 2012

Terima Kasih V

Assalamualaikum

Baru nak update. Saja lambat2 kan. Sampaikan tuan yg pos barang ni tertanya2 ChicNa dah received ke belum hadiahnya. Huhu.. Sorry DQ. Sebelum ni ramai GSFian yg dah buat entri kan. 

Adik yg bagi surat ni, dia ckp surat dari UUM sbb mmg sampul UUM pun. Confuse jap. Err tak pernah lak ChicNa apply UUM. Bila tengok sendiri surat tu nampak cam tak official pun & dpt agak bila ada nama CHIC NA. Bukak2 je.. 

Taraaa..

Yayyy dapat souvenir!

Comel kan kad tu. Terima kasih Deq's Qienz a.k.a Mama Qhayra. GSFian semua dapat. Baik sungguh hati DQ. Sekarang tengah exam. Awak jawab peksa molek2 ya.

Semoga ukhwah yang terjalin ini kekal selamanya. Sayang DQ! Y 
*ayat copy*

# Teringat: Ada kawan dari Holland, masa jalan2 nampak signboard 'Sayangi Kuala Lumpur'. Excited dia baca 'Sajangi Kuala Lumpur'. Hihihi.. Sebutan diorang memang Y = J & J = Y. J

Sunday, 7 October 2012

Terima Kasih IV

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti. Last week dapat dua bungkusan istimewa. Kedua2nya dari GSFian. Ok, happy! J

Yang pertama dari dearie sis, CIM
Belated kad raya + hadiah birthday + top commentator.
Pandai sis buat keychain lovebox tu. Kreatif. Dalam ada cekelat tp dah makan. Huhu.. Brooch beetle tu kiut & comel sangat. J

Tapi, ini paling ChicNa suka...
Notebook! Boleh buat diary jugak. Macam tau2 je notebook ChicNa dah hampir penuh semua. Tapi sayang lak nak guna.
Thanks, love u kakak Y.

Ok, yang kedua dari Ibu Qalief a.k.a Wanieys
Brooch yg sangat comel + hp case (belated birthday gift).
Aritu Deqla tayang brooch oranje kat Sweety, sekarang ChicNa lak nak tayang hp case oranje. Jangan marah Sweety. J

Semua GSFian dapat kan. Baik sungguh hati Wanieys. Walaupun dalam keadaan Qalief yg tak berapa sihat, Wanieys tetap ingat kawan2. Kami semua sentiasa mendoakan kesihatan Qalief. Harap Qalief cepat sembuh & kembali sihat macam biasa, InshaAllah.
Rindu nak tengok baby Qalief senyum. Thanks Wanieys, love you Y.

ChicNa memang suka babbling dalam notebook time happy, sedih
   atau bosan. Tengoklah koleksi notebook ChicNa. Hee..
*Err dulu je minat P00H, now tak minat dah. ;p

Saturday, 18 August 2012

Terima Kasih III

Assalamualaikum

Entri penghargaan.
Kad raya lagi dari geng-geng blogger yang sangat awesome.

1. Dari orang Perlis, Ayu yang sungguh ayu.
2. Datang jauh dari Sarawak, Masz yang manis.
3. Ni pun jauh dari Sabah, Lina si gadis comel.


4. Dari Deqla yang manja.
5. Jauh dari Sarawak juga, Sweety yg sangat sweet.
6. Special dari Keyrah, kad raya & bookmark.


7. Dari Nur yang baik hati. Terselit sekali fridge magnet Kuala Kangsar mali. Dah tampal kat fridge tau. 

Thanks a bunch. Sayang korang ketat-ketat.

# These days seems to be getting more hectic. Exhausted.
   Nasibla jadi anak perempuan sulung, bestnya kalau ada kakak. x_x

Tuesday, 14 August 2012

Terima Kasih II

Assalamualaikum

25 Ramadhan 1433H

Entri penghargaan. Rasa cam semangat pulak nak raya tahun ni sebab dapat banyak kad raya. Terima kasih untuk mereka-mereka semua, GSFian. Sayang korang. ^^

Yana > Thanks jugak utk pamplet tu ye. :)
Miss Banu > Gembira dapat kad ni. :)
Kak Dieyna > Mohon maaf juga. Jemput ler datang beraya.
Kemaman-KB 6 jam je. ;)

Masha > Kem salam m.cik Sepiah. Pesan kat dia jangan daki gunung tinggi2 sangat, kang tak sempat turun. Nak raya dah ni. Huhu..
Kak M > Pandai pilih kad. Mak cakap gambar perempuan tu sama cam ChicNa, panjang & sekeping. Hihi..
Shu Comel > Lots of love from ChicNa. Walaupun takde kad. ^^

Kad raya berhadiah (belated birthday)..

Cute Mama > Kiut sangat keychain tu. Siap berebut ngan adik. Hee.. Nanti nak gantung kat kunci kereta. Thanks a lot mama Alesya! ^^
Jaa > Kitbag ni cantik sangat. Tapi sayang nak guna.
Terima kasih berjuta2 lemon Cikgu! ^^

Terima kasih semua. Sorry sebab tak berkesempatan nak balas.
Next time kita balas k ngan kad birthday ke kad jemputan ke kad anniversary ke. Hee..

Friday, 3 August 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Hari ni 14 Ramadhan 1433H.

Sorry Pet ciplak tajuk entri. Cepat komen first. Hehe.. Kiaa sebenarnya nak ucap terima kasih kat depa2 ni semua sebab...

...bagi kita souvenir dari Penang. Keychain, kad raya & pen USM (walaupun kita tak dapat masuk USM aritu. hehe..). First kad raya yg kita dapat. Terima kasih Jaa, pemilik Jaakechik Corner.

...bagi doodle cekelat ni untuk ChicNa dengan wish sekali. So sweet of you Shu @ Shuhada Othman. Comel sangat doodle ni macam tuan yang buat. Terima kasih Shu. ^^

...oh ni ChicNa baru received semalam. Baru semalam baca entri Waniey pasal kad raya ni. Tengok2 dah sampai. Special ok kad raya ni. Cer tengok. Ni kad raya kedua ChicNa. Baca kad raya tetiba semangat nak raya. Hehe.. Terima kasih Wanieys a.k.a Ibu Qalief.

Terima kasih jugak untuk semua. (^_^)V

Friday, 11 May 2012

Sweet Surprise!


Assalamualaikum

Mode happy & riang ~lalala~



Tau tak kenapa? Bukak2 je blog td terus nampak header baru yg comel & kiut itu. Surprise lagi. :o

Someone yg sgt baik hati hadiahkan header tu utk ChicNa. Such a sweet surprise! Siap tolong letak lagi. Maklumla kita memang tak expert bab2 edit blog ni. Hihi.. Terima kasih Mama Arinatuan punya blog Bunga Hati Mama.

Mama Arina ni kreatif & rajin orang nya. ChicNa antara yg bertuah dpt header, actually ramai blogger lain yg dah dpt free header dari Mama Arina especially geng2 GSF.
Semua suka dpt free header kan kan kan?
ChicNa lagi suka sangat sangat sangat. :)

Untuk Mama Arina, terima kasih sekali lagi sebab sudi bagi header ni & dah bersusah payah buat kan.

Really appreciate it. ^_^

Salam Jumaat semua.


p/s : korang bleh dptkan juga free doodle yg kiut miut
kat blog Bunga Hati Mama. Cekidout!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com