Monday, 30 April 2012

A Thousand Reasons To Smile

Assalamualaikum

Nabi Muhammad s.a.w telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda s.a.w. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.
Sumber : iluvislam


Monday comes again.. 


Hope Deqla tak monday blues lagi dan kawan2 semua happy & senyum sokmo. Esok cuti kan? Huhu.. 

Senyum sikit... :)


When life gives you more than a hundred reasons to feel disappointed and give up, remind yourself that Allah has given you more than a thousand reasons to smile, pick yourself up and move on. Once you begin to see positivity in adversity, you will inspire others as well.
So, when things don’t go to plan, just keep living, loving, laughing and inspiring. 

Why so serious? Let's put a smile on that face. :)


p/s : Jom singgah blog yg comel & best ni >>
Bunga Hati Mama, Miss Banu Story, Hikayat Ceritera Terindah, Wardah Ilmu, The Secrets Of Leonerz, Tentang Kita,
All About Love & Aku, Cinta & Cita2.

Thursday, 26 April 2012

Muffin Coklat

Assalamualaikum

Baking time! Yayyy... :D

Dah lama sebenarnya nak buat muffin coklat ni tp br je ada masa utk membaking. Nak share ngn kawan2 semua lah supaya korang semua terliur. Pfftt.. Mcm la sedap sgt kan muffin dia tu. 
Oh ChicNa ambik resepi ni kat Myresipi.

Ok, let's see ape bahan2 nya.


Bahan A

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat

Bahan B
1 1/2 cawan gula perang 
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak (seeloknya minyak vege)

1/2 cawan air suam 
Chocolate chips sesuka hati

Cara-cara

Ayak bahan A, campurkan semua sekali ye.
Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan
air suam sampai sebati.
Masukkan choc chips secukup rasa dan gaulkan sebati.
Masukkan dalam cup.
Kukus atau bakar 180'c selama lebih kurang 15 minit.


So adunannya akan jd cmni. Makan camni pun dah sodap. Hee..



Masuk dalam cup


Peringatan : Masuk 1/2 cup cukup, sbb muffin tu akan mengembang doublesize. Kat sini ChicNa dah salah, masuk sampai 3/4 cup. 

ChicNa juga tak alas cup ni dalam acuan dia. So muffin tu mengembang sesuka hati je. Dah tak jadi rupa bentuk muffin yg sebenar. Ok, at least ChicNa dpt dua pengajaran kat sini.


Hasilnya... Taraaa!!

muffin kukus and muffin bakar in the house...

Berbeza kan rupa mereka?
Walaupun rupanya tak comel tp rasanya sedap okayh.

Muffin kukus surface nya agak koyak2 sket tp sebenarnya tu yg buat muffin lagi nampak yummieee. Tekstur sgt lembut & sgt moist. 

Muffin bakar plak surface nya licin, gebu & sedikit crunchy. Sesuai utk deco2. Tekstur nya agak kering sket, kurang moist. 

Kalau nak muffin tu lagi sedap, boleh la letak aiskrim sebagai topping. Puan AA pernah ajar camne buat homemade aiskrim.
Nak blaja, klik blog AAKlik blog Cik Nur and blog ChicNa jgk.

Dari survey, ramai yg prefer muffin kukus compared to muffin bakar termasuk la ChicNa. Apepun, masing2 ada citarasa sendiri.
Nak tau kena cuba ya.

Tengok ni...

Muffin with aiskrim & coklat topping. Tempting tak?? 

Gulppp.. :)



Sunday, 22 April 2012

Coklat #9

Assalamualaikum

Coklat time! Yihuuu..

Em cam lama je tak update pasal coklat. Kadang2 buat coklat pastu lupa nak snap, kadang2 dah snap lupa nak upload lak pastu lupa terus. Maybe coklat ni pun org tu da abis makan. Huhu..

First time buat bouquet. ChicNa buat coklat & deco sahaja. Yang tolong gubah, my beloved mom. TQ Ma! Tak pandai nak gubah bunga. Padahal senang je kot. Sape ada wat kelas gubahan, nak join boleh? :)


jeng jeng jeng..



tema merah putih..



Nanti ChicNa buat yg lagi comel ya.. dan sendiri gubah.
Kalau time tu dah pandai gubah la. Hikkk..



Ok yg ni utk kawan2 semua. Hope our friendship will last forever. :)

You're all TOO SWEET!


Find out more HERE

Friday, 20 April 2012

Choral Speaking

Assalamualaikum

Comel kan bebudak nie?
sumber:Youtube
Rindunya. Teringat time sekolah menengah dulu, ni la satu2 nya aktiviti ko-kurikulum yg paling seronok yg pernah ChicNa join. Kalau persatuan or kelab selalu ponteng. Tak minat. Hehe.. ChicNa join choral speaking dr form 2 sampai form 4. 
Kemain haa kita sengihhh.. Teka kita yg mana.. Herrr..
Team kitorang selalu masuk competition. Pict ni memory paling best masa form 4 kitorang dpt masuk peringkat negeri. Masa tu bawak cerita 
'Little Red Riding Hood'. 
Citer ni best sbb banyak watak. Walaupun dapat tempat ke-3 tp  rasa mcm happy sgt sbb tu tahun last kitorang. Kira berbaloi gak la usaha selama ni. Form 5 dah tak dapat masuk sbb nak SPM. 
Penat kami pujuk teacher. Huu..


Heartstrings : I miss the old days. (>_<)

Monday, 16 April 2012

Untukmu

Assalamualaikum

Yayy hari ni Isnin. Ada yg Monday Blues ke? Takmo takmo..


Semalam ChicNa kemas2 inbox kat personal e-mail yg agak messy dgn emel2 tak berfaedah. Lg pun dah lama tak clean up emel. Dulu kan social network tak berkembang sgt kat Malaysia. So, emel la jd penghubung utama.  

Byk jgk emel2 best dari family, kawan lama, kekasih lama, colleagues & bos. Sumenya ada lg tersimpan. Baca balik semua and senyum sorang2. J

Ok, ChicNa terjumpa salah satu emel dr abg long. Suka sgt dgn pengisian dlm emel ni. So nak share jgk ngn kawan2 tersayang kat sini. I share because I care. J

Jadilah Seperti Pokok Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Monday blues buster >> Eat chocolate! gees..

Have fun working!


Heartstrings: Every day may not be good.. but there’s something good in every day.

Wednesday, 11 April 2012

Reason



If I could...





Saturday, 7 April 2012

Coklat #8

Assalamualaikum

Olla kawan2! Jom jamu mata ngn coklat ni.. :)

1st anniversary!


 ~13.03.12~


 
Misya & Eja


Ok. Coklat ni Misya a.k.a Bunga & Sepet yg punya. Geng2 GSF confirm la kenal kan, salah sorang ahli group kita. Yg belum kenal, bleh jgk berkenalan.

Misya ni hantu coklat jgk. Hehe.. Katanya nak buat surprise utk hubby sempena 1st anniversary diorang bulan lepas. 
How sweet. Refer SINI.

Hope Misya suka coklat2 tu & thanks a lot. J

To Misya & Hubby, Happy Anniversary! 
May the love that u share last your lifetime through..
as u make a wonderful pair.

Have a great weekend peeps! J


p/s : 1st time jgk coklat Cik Na travel ke luar Semenanjung. Cik Na sendiri pun tak pernah sampai. Huhu..


Find out more HERE

Wednesday, 4 April 2012

Aiskrim siap!

Assalamualaikum

Last week lg siap tp br nak share. Resepi ni ChicNa amik dr slh sorg GSF iaitu Aine Ainun a.k.a AA. Kalau sesape teringin nk mkn eskrem tu leh la buat. Sila rujuk resipi di blog Aine Ainun a.k.a AA. Byk lg resipi2 menarik lain dlm blog AA ni. Orgnya sgt rajin & terer memasak. :)

Mmg sedap eskrem ni. Kita buat dua kali berturut2 tau atas permintaan ramai. hehe.. & kedua2 nya habis dlm masa sehari je. Tak tau la camne lg nak citer kesedapan eskrem tu. Kawan2 kena try sendiri okayh?

Sebenarnya kita pun tak tau camne rasa eskrem tu sbb tak makan pun. Kita mmg langsung tak dibenarkan makan makanan/minuman berais ni, atas nasihat doktor. 

Tp kita happy sgt bila dpt buat sesuatu yg family suka. Seronok tgk diorang makan bersungguh camtu apelagi kalau dipuji sedap. Hehe.. Rasa dihargai. Tu yg kita buat andaian yg eskrem ni mmg mabeles. :D

   Perisa coklat, for sure! hihi..


1st time.. letak chopped almond


2nd time.. made with love <3


Selamat mencuba! :)




Sunday, 1 April 2012

Happy April

Assalamualaikum



Cepat nya masa berlalu kan, hari ni da masuk bulan April.
Dah habis pun 1st quarter year.

Oh neves-neves. Huhu..



Apehal letak new years resolutions plak ni kan?

Actually saje nak ingatkan diri sendiri & kawan2 tentang azam taun baru 2012. Camne ngn azam baru kawan2 semua? Dah berapa peratus yg dah tercapai? Awal2 taun kemain semangat lagi kan buat azam. 

ChicNa still in process of 'Realization & Adaption'. Lambat sket, byk sgt construction. Hehe.. Nampak mcm simple je kan, tp bkn mudah. Emm yg no 9 tu pencapaian paling terbaru lah selepas berjaya menjoinkan diri dalam GSF. Sekali dapat ramai kawan baru. Syiok! 

Yg no 1 & 10 tu buat sokmo. :)

Tapi yg paling susah nak buat yg no 7. Struggle jgk. Kalo ikut zodiak, ChicNa = Leo. Salah satu ciri2 Leo ialah 'Forgive but never forget'. Maybe la kan, bkn percaya sgt pun.

Ok. Hope kawan2 sume pun masih lg ingat azam baru yg kawan2 da buat di awal tahun dulu, jgn buat2 lupa lak ye & terus berusaha utk merealisasikannya. Caiyok!!

Wish you luck everyone!

Smile :)


Heartstrings : Learn to forget the past and move on!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com