Monday 16 April 2012

Untukmu

Assalamualaikum

Yayy hari ni Isnin. Ada yg Monday Blues ke? Takmo takmo..


Semalam ChicNa kemas2 inbox kat personal e-mail yg agak messy dgn emel2 tak berfaedah. Lg pun dah lama tak clean up emel. Dulu kan social network tak berkembang sgt kat Malaysia. So, emel la jd penghubung utama.  

Byk jgk emel2 best dari family, kawan lama, kekasih lama, colleagues & bos. Sumenya ada lg tersimpan. Baca balik semua and senyum sorang2. J

Ok, ChicNa terjumpa salah satu emel dr abg long. Suka sgt dgn pengisian dlm emel ni. So nak share jgk ngn kawan2 tersayang kat sini. I share because I care. J

Jadilah Seperti Pokok Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Monday blues buster >> Eat chocolate! gees..

Have fun working!


Heartstrings: Every day may not be good.. but there’s something good in every day.

24 comments:

Miss Syahbanu said... [Reply]

aah emel ni pun saya ada gak..diorang suka forward2 emel..tpi seronok baca kan..

lelamaisara said... [Reply]

Pohon semalu yg unik....dah lame tak jumpe pohon tu....moga kite dapt menjadi seperti pohon semalu tu!!

Miss N™ said... [Reply]

betul..! semalu bkait rapat dgn wanita..
cik nur pernah cabut pokok semalu ni, tapi punya la kuat akar dia..!
maka benarlah kata Rasulullah..

Kazman / Sue said... [Reply]

pokok semalu tu bukan aje daunnya boleh kuncup sendir tapi batangnya berduri...

M@W@R Q@SeH said... [Reply]

pernah juga membaca kisah ini...mana yg baik jd kn ikutan...

dya nasir said... [Reply]

skrg ni tak jumpa pokok semalu..sbb dok umh je..haha

kayyana said... [Reply]

pokok semalu susah nak jumpe dah sekarang nih.. lalang byklah.. hehehe.. nice email to read kan ... btw, salam perkenalan dari saya ahli bru GSF...

Yumida said... [Reply]

indah kisah pokok semalu tu..sy bru tahu

Sis AI said... [Reply]

Trdiam kejap.. Alhamdulillah, prkongsian yg sgt baik. Sbb tu la kita msti contohi Rasulullah SAW. Mnusia yg sntiasa brfkir dan brfkir. Tak prnh ada jdi dgn sia2. Smua bnda ada prumpamaannya. Hehe! InsyaAllah akn ingt 4 aspek tu!

Rohani Hashim said... [Reply]

hihihi tang gambar bawah tu kelakau hihihi, jangan la jumpa dgn coklat mcm tu...

Chic Na said... [Reply]

aah kan. pokok yg kecik tu pun kita boleh jdkan teladan.
hany: jaga2 mlm kang dtg coklat tu dlm mimpi hany. hehe..

9n0L4 said... [Reply]

daun semalu pun cantek. belang². mcm perempuan jugak. cantik. ;)

Tie HT said... [Reply]

nice sharing, suka sangat dengan blogger2 yg berkobar2 berkongsi info ilmiah sama2.. alhamdulillah :)

Aine Ainun said... [Reply]

Hai cik na, mcm lama je x singgah sini...

Betuk tu, banyak kebenarannya..
Perkongsian yg sgt baik tau;)

Arina Shamsul said... [Reply]

saya pun nak jadi pokok semalu la..hihihi

gambar last tu buat saya tersenyum dear :)

Unknown said... [Reply]

nice... gmbr last tu mmg kelakar..haha..

Khai_Sol said... [Reply]

betul sekali,pokok semalu ada kaitan dengan sifat wanita yang malu2.. By de way,makan coklat mmg blh mengurangkan monday blues=P

Emma said... [Reply]

Semoga kita mnjadi seperti pohon semalu itu..*kadang2 rasa sifat malu itu terhakis sedikit demi sedikit* Mudah2an Allah sentiasa jaga kita.. :)

Yumida said... [Reply]

baru perasan la pic bwh tu...eee..kiut nyer diolog...

eat me....yeah...dgn tgn terbuka...

Chic Na said... [Reply]

semua kat sini pokok semalu kan? good! :) kalau cikna xyah coklat tu dtg merayu2. cikna yg akan cari coklat tu dulu. wanna eat u! wanna eat u! hehehe..

Yumida said... [Reply]

bila chic na ckp camtu..sure coklat tu seram..larikkk

Cik Ai said... [Reply]

setuju sgt...jd lah seperti pohon pemalu wahai wanita2 semua =p

dieyna said... [Reply]

nice emel.. hehe tepung tu sapu mcam bedak guna..

9n0L4 said... [Reply]

hehe. same lah kite. coklat tu tak dan nk selamatkan diri. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com