Wednesday 29 August 2012

Mood Booster

Assalamualaikum

Haiii.. Apa khabar semua? Ada sihat kah?
Kalau tak sihat makan ubat okayh.

Alhamdulillah ChicNa dah sihat hooreyyy cuma batuk je tak hilang lagi. Uhuk uhuk.. Thanks atas doa kawan-kawan semua. 

Tapi mood untuk blogging tak sampai lagi ni.
Oh I need a mood booster. @_@
Ada tak vitamins yang macam ni kat farmasi? 

Apepon jom layan video lawak ohsem ni. Hikkk..

Gangnam (Super Kampung) Style - Parody by Fly FM DJs

Ehhhh.. nenek molek eh eh eh eh eh.. hahaha


# Kita otw nak beraya ke blog korang.
   Sila sediakan kuih & wang besar tau. ^^V

Friday 24 August 2012

Demam Raya

Assalamualaikum

Selamat hari raya ke 6. Cepat je kan? Caner ngan raya korang? Mesti meriah kan. Lagi-lagi yang buat open house tu. Tak ajak kita pun. Huhu.. Maybe ada yang dah start keja. Raya kat ofis lah pulak ye.

Raya tahun ni sangat lah sadis, sebab dari raya pertama sampai la raya keempat kita demam, sakit-sakit badan & sakit kepala. Memang tido je manjang & makan bubur je tau. Huhu.. Sebelum raya aritu memang agak struggle buat preparation raya serta shopping last minute. Tu yang terus collapsed agaknya.
 
Sekarang demam dah kebah, selsema ngan batuk lak. Redha je. Bak kata tuan penasihat, sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Teringin gak nak merasa kuih raya, lemang, rendang, ketupat semua. Huhu.. Tapi lagi sedih sebab rumah dah sunyi. Abangs, SILs & potets sume dah balik. Tak dapat nak meriah2 ngan diorang raya ni. Hukkk..


Almond London versi ChicNa. ^^
# Belum berkesempatan beraya ke blog korang. 
~X0X0~

Sunday 19 August 2012

Satu Syawal

Assalamualaikum

Untuk kawan-kawan semua...

“Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah aku dan kalian lakukan (selama Bulan Ramadhan) dan semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan (di Bulan Syawal ini)”.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & batin


Saturday 18 August 2012

Terima Kasih III

Assalamualaikum

Entri penghargaan.
Kad raya lagi dari geng-geng blogger yang sangat awesome.

1. Dari orang Perlis, Ayu yang sungguh ayu.
2. Datang jauh dari Sarawak, Masz yang manis.
3. Ni pun jauh dari Sabah, Lina si gadis comel.


4. Dari Deqla yang manja.
5. Jauh dari Sarawak juga, Sweety yg sangat sweet.
6. Special dari Keyrah, kad raya & bookmark.


7. Dari Nur yang baik hati. Terselit sekali fridge magnet Kuala Kangsar mali. Dah tampal kat fridge tau. 

Thanks a bunch. Sayang korang ketat-ketat.

# These days seems to be getting more hectic. Exhausted.
   Nasibla jadi anak perempuan sulung, bestnya kalau ada kakak. x_x

Wednesday 15 August 2012

Rahsia Puasa

Assalamualaikum

ChicNa nak share ngan korang rahsia puasa yang kita dapat dari satu sumber, tapi tak sure gak boleh dipercayai ke tak. Hikhik.. Walaupun agak terlambat, puasa dah nak abis tapi nak share jugak.

Cekidautt. Huhu..



Kiut kan? =)

Haha.. Suka betul tengok budak-budak tu, kelakar tapi comel.
Lagi-lagi budak lelaki tu. Anak sape la. Rasa nak kidnap je. Hikk.. ^^

-XOXO-

Tuesday 14 August 2012

Terima Kasih II

Assalamualaikum

25 Ramadhan 1433H

Entri penghargaan. Rasa cam semangat pulak nak raya tahun ni sebab dapat banyak kad raya. Terima kasih untuk mereka-mereka semua, GSFian. Sayang korang. ^^

Yana > Thanks jugak utk pamplet tu ye. :)
Miss Banu > Gembira dapat kad ni. :)
Kak Dieyna > Mohon maaf juga. Jemput ler datang beraya.
Kemaman-KB 6 jam je. ;)

Masha > Kem salam m.cik Sepiah. Pesan kat dia jangan daki gunung tinggi2 sangat, kang tak sempat turun. Nak raya dah ni. Huhu..
Kak M > Pandai pilih kad. Mak cakap gambar perempuan tu sama cam ChicNa, panjang & sekeping. Hihi..
Shu Comel > Lots of love from ChicNa. Walaupun takde kad. ^^

Kad raya berhadiah (belated birthday)..

Cute Mama > Kiut sangat keychain tu. Siap berebut ngan adik. Hee.. Nanti nak gantung kat kunci kereta. Thanks a lot mama Alesya! ^^
Jaa > Kitbag ni cantik sangat. Tapi sayang nak guna.
Terima kasih berjuta2 lemon Cikgu! ^^

Terima kasih semua. Sorry sebab tak berkesempatan nak balas.
Next time kita balas k ngan kad birthday ke kad jemputan ke kad anniversary ke. Hee..

Sunday 12 August 2012

Coklat #20

Assalamualaikum

Coklat time! Weehuu..

Ni entri coklat terakhir.. sobs.. before raya la. Hee..

First, coklat birthday dari Wifey yang sangat sweet untuk hubby nya.

Happy birthday!

Tema apple green + putih.
Suka sangat dengan kotak hitam ni. Jumpa terus beli.

9 Ramadhan = 20 Jun

Second, coklat rindu dari Mrs S kepada Mr S.

Sweetnya. Bila ada orang rindu je dapat coklat. :)
Hope Mr S awak suka.

Last but not least, birthday giveaway untuk GSFian, Cik Aini.

Happy birthday Ai.. 080812.

Ai pun ada bagi ChicNa hadiah aritu. Tadaa..

Souvenir dari Korea. Thanks Ai. Peace! ^^V

Jom singgah The Coklat Shop.

-XOXO-

Friday 10 August 2012

Duapuluhsatu Ramadhan

Assalamualaikum

Salam Jumaat & Salam 21 Ramadhan 1433H. How time flies. 

Baiknya Tangan Yang Di Atas

Bersedekah menyempurnakan iman seseorang namun ia harus dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Hanya Allah sahaja yang berhak memberi ganjaran.

'Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah dan mulailah dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Barangsiapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Dan barang siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya.'
-Hadis Riwayat Imam al-Bukhari di dalam sahihnya-

Jangan ragu-ragu bila bersedekah  sebab orang yang bersedekah tetap mendapat ganjaran walaupun sedekahnya sampai ke tangan mereka yang tak sepatutnya. Asalkan niat kita ikhlas. :)


# Hari ni baru nak start buat biskut raya.
   Go go go ale ale ale.. (^_^)V

Wednesday 8 August 2012

Feelings


Appreciate those who love you.
Help those who need you.
Forgive those who hurt you.
Forget those who leave you.

Nak campak laut mana ni? Hikkk..

Salam 19 Ramadhan semua. :)

Monday 6 August 2012

Tujuhbelas Ramadhan

Assalamualaikum

Salam Nuzul Quran 1433H.

Cuti ke semua hari ni? Ada jugak yg kerja kan, selamat bekerja.


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sumber : Jakim

Ladybug Bambam

Assalamualaikum

Sambungan entri Jom Crafting. Nampaknya korang semua terer level 10, semua  betul. Huhu.. Padahal senang je pun soalan kan. Hikkk.. Suka-suka je main teka-teka. Nah award untuk semua.
Well done hunny bunny!
Disebabkan semua semangat teka, so ChicNa tetiba ter'rajin' untuk buatkan 'something'. Tapi macam ChicNa cakap untuk yang paling tepat & terpantas je. So tiga terpantas yang terpilih ialah
NoorSi Matatajam & Sweety. Korang tunggu jelah 'something' tu jatuh dari langit ek. Hihi..

Jawapannya memang ladybug. Ladybug ni ada dua kaler, depan merah & belakang dark purple dan sangatlah bambam. Banyak kot ChicNa letak wool dalam tu. Tu pun curi wool dari plushie potet. Hehe.. Plushie tu memang dah rosak pun. Tak snap lak pict belakang sebab adik dah kidnap awal-awal lagi.

Car charm, untuk gantung kat rearview mirror dalam kereta. 

Sesape yang minat ngan felt craft ni Nina korang boleh usha sini
Sus n d Felt Product. Sus ni dah ada brand & produk sendiri. Diorang ada satu kiosk dekat Tesco Kota Bharu. Kalau singgah situ memang boleh giler. Starter kit & tutorial pun ada dijual. Diorang jugak ada buat workshop. Hehe.. Promote pulak.

Thanks peeps. ^^
-XOXO-

Sunday 5 August 2012

Jom Crafting

Assalamualaikum

Felt craft
Sebenarnya ChicNa tengah ber'crafting'. Dah lama kot tinggal stuff ni semua. Barang2 pun banyak lagi tak habis. Sejak pandai ber'coklat' ChicNa dah jadi lupa daratan pulak kat felt craft ni. Hihi..

Dulu memang selalu buat bila ada masa lapang, sebab suka tengok hasilnya yg kiut-miut. Ni pun terpaksa buat sebab dapat special request dari adik lelaki & setelah berjaya dipujuk. Katanya nak hadiahkan dekat someone. Hmm.. Buat jelah, kalau dia merajuk nanti susah lak. Kesian dia lak kalau someone tu yang merajuk.

Cuba korang teka kita nak buat apa? Means objek apakah ini?


Senang je pun kan? Hehe.. Err takde hadiah ok. Saje suka-suka nak test tahap ketereran korang. Huhu.. ^^

~Selamat meneka~ 

# Maybe kot ada 'something' untuk yang terpantas & paling tepat, kalau tetiba kita ter'rajin'. Doakan kita rajin ye. Huhu..

Friday 3 August 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Hari ni 14 Ramadhan 1433H.

Sorry Pet ciplak tajuk entri. Cepat komen first. Hehe.. Kiaa sebenarnya nak ucap terima kasih kat depa2 ni semua sebab...

...bagi kita souvenir dari Penang. Keychain, kad raya & pen USM (walaupun kita tak dapat masuk USM aritu. hehe..). First kad raya yg kita dapat. Terima kasih Jaa, pemilik Jaakechik Corner.

...bagi doodle cekelat ni untuk ChicNa dengan wish sekali. So sweet of you Shu @ Shuhada Othman. Comel sangat doodle ni macam tuan yang buat. Terima kasih Shu. ^^

...oh ni ChicNa baru received semalam. Baru semalam baca entri Waniey pasal kad raya ni. Tengok2 dah sampai. Special ok kad raya ni. Cer tengok. Ni kad raya kedua ChicNa. Baca kad raya tetiba semangat nak raya. Hehe.. Terima kasih Wanieys a.k.a Ibu Qalief.

Terima kasih jugak untuk semua. (^_^)V

Thursday 2 August 2012

Jangan Mengeluh

Assalamualaikum


Pernah tak kita merungut dan mengeluh bila diuji dengan kesakitan, kesedihan atau kesusahan. ChicNa selalu kot, kadang-kadang tanpa sedar. Kakak pernah cakap tak baik mengeluh, Allah tak suka.
La Tahla (jangan mengeluh).

Semoga Ramadhan ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com