Tuesday, 30 April 2013

Coklat #39

Assalamualaikum

Nug nuggg.. *buat style Pingu tau*
Ohh ChicNa excited sangat nak tunjuk kat korang coklat ni, serius excited walaupun ada yg dah tengok. Sebelum buat aritu lagi dah excited, apelagi time buat. Bila dah siap buat tu macam sayang pulak nak hantar kat tuan dia. Lebih excited dari tuan yang order kot. Memang over-excited kannn..
Taraaaa..
Woot.. woottt.. Mr Barney & Chipmunk in the house..
Candy Crush Saga VS Coklat Crush Saga 
ChicNa suka giler main game Candy Crush Saga. ChicNa start main awal bulan ni la, lepas dapat order 'Coklat Crush Saga' dari Cik Aisya. Masa tu kekonon nak tengok bentuk2 candy tu aje, yela nak buat kan. Sekali tertekan play, tau la kan ape jadi lepas tu. Kehkehkeh.. TQ Aisya perkenalkan game ni kat ChicNa. I like!

Happy third anniversary Mr Barney & Chipmunk!
Aisya a.k.a Chipmunk order coklat bertema Candy Crush Saga sebab sweet couple ni memang suka main game ni. Surprise untuk Mr Barney sempena 3rd anniversary.
Dari benda ni lah ChicNa terinspired untuk buat Mr & Mrs Heart..
Nasib baik main kan, kalo tak mesti takde idea *alasan*
 Thanks Aisya for order. Masuk yang ni dah tiga kali Aisya order coklat ngan ChicNa. Thanks again dear.

For more sweetness visit TheCoklatShop!

ChicNa dah ~2 minggu stuck kat Level 65. Mohon Aisya bagi tunjuk ajar. ;)

Saturday, 27 April 2013

Cuppa Cuppies

Assalamualaikum

Olla kawan-kawan..
Aritu ChicNa gitau nak buat Cuppa-cakes Yummeh kan,
dah buat pun tapi sayangnya tak boleh makan. Sos sob..
Penat tau ChicNa buat, tapi jadi camni..
hikhik.. Felt cuppies!! *mohon percaya*
Gees.. Actually tak sempat lagi nak buat cupcakes tu. Next time, maybe. Felt cuppies ni ChicNa buat special untuk GSFian, baby March. Dah lama tak crafting. Punya la pemalas, setahun sekali je kot. Last year ChicNa buat Ladybug tu kan kalo korang ingat. Makanya tahun depan lak ChicNa akan bercrafting. Kihkih..

ChicNa buat guna pattern ni. Paling simple.


Taraaaa...


Harap2 semua dah terima hadiah cinonet ni. Kalo belum inform saya k. ;)


Mr Android (badge)
Ni ChicNa buat untuk Pet.. Seorang kaki gadget, err kaki besi pun ye jugak ehh.. ;) Sorry Pet akak tercuri gambar tanpa izin, siap terconteng & terletak watermark sendiri lak tu. Nak termarah kalau jap lagi cari akak eh. Hehe..
ChicNa tengah tunggu Nur buatkan Elmo untuk ChicNa. Dah lama request ni. *ugutan*
Pastu kan ChicNa dah jatuh cinta pandang pertama dengan Mr Rutal kat SINI.
Mohon hadiahkan untuk ChicNa, anyone? (^_^)V 

Wednesday, 24 April 2013

Egypt

Assalamualaikum

Ada 100++ pict yg abah snap tapi ChicNa just nak share beberapa pict yang buat ChicNa paling tertarik nak pegi sana. *berangan*

Pyramid & Sphink
Masjid Imam Syafie (sign)
Makam Imam Syafie
Tapak kaki Imam Syafie
Masjid Sultan Muhammad Ali, dalam kubu Salahuddin Al-Ayyubi
Baitullah
Mama & abah dah selamat sampai KB Ahad malam yg lepas

Meleleh je tengok pict sambil dengar abah citer.
Hope dapat jugak jejak ke sana, someday. InshaAllah.

Friday, 19 April 2013

The Moon

Assalamualaikum. Selamat malam..

Mode: Talking to the moon
Fly me to the moon.. Let me play among the stars..
Let me see what spring is like.. On a Jupiter and Mars.. ~lalalala~

Memang haven la kalau dapat main2 kat dalam galaksi bima sakti (Milky way). Cantik, menarik & menakjubkan. ChicNa paling suka tengok bulan. Tapi bulan kat umah ni pemalu sket, cam ChicNa gak. Hikkk.. Asyik berselindung je belakang pokok. Kena lepak atas pagar baru nampak, sambil2 makan magnum choc brownie. Fehhh..

Pernah tak korang tenung bulan lelama pastu nampak benda hitam, kecik, banyak, bergerak2 atas permukaan bulan? Ke imaginasi ChicNa je? Hmm ChicNa syak kat bulan tu ada hidupan la. Alien maybe? :p
Cantik bukan?
Boleh tak kalau nak shoot cam dalam pict tu? Boleh tak ek? SR, ini la pict yg ChicNa cakap kat SR aritu. Hihi..

Tau tak kenapa lelaki & perempuan juga dikaitkan dengan planet?
We are unique individuals with unique experiences. When men and women are able to respect and accept their differences then love has a chance to blossoms. 
Men are from Mars, women are from Venus (John Gray) <-- Nak tau baca buku ni. ;)

Oyasumi!! (^_^)V

Wednesday, 17 April 2013

Over Again

Assalamualaikum. Happy Wednesday peeps..

Something to think about.

Tuesday, 16 April 2013

Kegagalan #1

Assalamualaikum. Happy Tuesday peeps..
Cakkk!!!
Setelah seminggu kami ditinggalkan:
Semalam ChicNa lupa nak set alarm. Sedar2 je adik bukak pintu bilik "Kak chik bangun,  hantar adik gi sekolah". Tengok jam pukul 7 a.m. Grrrr.. Ni semua salah phone. Haha.. *Actually salah sendiri main candy crush sampai ting tong* Nasib baik adik tetiba jadi indipendent bila mama takde. Pandai pulak dia bangun sendiri & bersiap. Kalau nak harapkan adik2 lelaki memang tak bangun2 la kami sampai tengahari. Kihkih.. Sudahnya adik lelaki yg sorang tu tolong hantarkan adik. Failed la Kak chik! Haihhh..
*kalau la boleh kan*
Hope lepas ni takde kegagalan #2. Another week to go. (^_^)V

Tuesday, 9 April 2013

The Guardian

Assalamualaikum

Ni bukan movie Legend of the Guardians ok. Eh tapi memang suka sangat movie ni sebab banyak pengajaran & owls tu comel giler. Masa stay kat s/alam dulu suka layan kiddos tengok movie ni. Tak cukup tengok kat cinema, beli dvd tengok kat rumah. Tak sure berapa kali ulang tapi macam dah boleh hafal skrip. *The kiddos are two boys aged 4 and 7, anak2 my housemate.. a young, single & hot momma*
Comel bukan??
Actually, ChicNa lah 'the guardian' tu. Alhamdulillah AbahMama dah selamat sampai ke Cairo pagi tadi untuk umrah & ziarah. Sebagai kakak besar ChicNa telah divote untuk jadi penjaga kepada adik2. Hehe.. Since ChicNa pun memang stay sini. Tapi okla sebab ChicNa ada dua bodyguard yg gagah & macho. Adik lelaki pertama for sure dah boleh diharap. Adik lelaki kedua yg study kat UTM, now tengah semester break dua bulan. Cuma adik perempuan last masih sekolah, nak kena pay attention lebih sket.
Masa AbahMama pegi Haji dulu ChicNa tak jaga adik2 sebab ada kat KL, abg ngah (masa tu single lagi) jaga gilir2 ngan abg long/kak long. Time tu adik2 sume sekolah lagi. Everytime ChicNa call, ada je aduan diorang. Paling tak leh lupa 'angah tak bagi kitorang cukup makan' 'angah masak nasi goreng masin giler' 'angah malas nak gi beli makanan, kitorang makan biskut lemau je'. Hikhik.. Kesian betul, semuanya pasal makan. Sekarang kak chik yg jaga. So pasal makan tak yah risau sebab kak chik pun memang kuat suka makan, cuma bab2 lain tu kak chik tak janji tau. Kikiki..
Pesan mama 'jaga rumah, kejut adik2 bangun subuh, siram pokok, bagi makan rabbit, masak kalau sempat & rajin yeayyy!!!, kemas rumah, vakum, mop, cuci-sidai-angkat-lipat-iron pakaian <--- see, tang pakaian saja dah berapa keja, bla bla bla etc. Nampak simple tapiiiiiii boleh pitam tau. Lagipun kejap je lagi dua minggu. Erkkk.. Seriously tak pernah kena tinggal lama camni. 2,3 hari pun dah rasa lama. T_T
I'll be fine, InshaAllah. Ganbatte kudasai!


p/s: Satu je nak gitau, salute lah kat mereka yg bergelar fulltime housewife.
You're great!

Friday, 5 April 2013

Terima Kasih VI

Assalamualaikum

Serius lupa nak beli magic box baru. Hadiah2 yg baru dapat ni dah tak muat nak simpan tapi ChicNa transit jap dalam dead man's chest sementara beli box baru k. ;)
Keychain note RM10. Unik. Dari gadis ayu yg bernama Ayu. Cenderahati istimewa utk GSFian. Semua GSF dapat kan. ChicNa terlambat sikit update. Thanx so much Ayu.

Dari GSFian jugak, gadis.. errr puan yg kiut miut, Deqla. Friends are like sunflowers that never fade away even over time and distance. Thanx so much Deqla.

Yang ni baru sampai dua hari lepas. Dari Ros Reeza @ blog Inilah Realiti. Kiut sangat keychain love forever. Hope our friendship will last forever. Thanx so much Ros.

Ni panas lagi baru semalam sampai. Fridge magnet selipar sebelah. Sebelah lagi dapat kat orang lain kot. Hihi.. Cenderahati dari cute preggy mom, Ibu Adam a.k.a Ayue. Selipar ni besar tau, kaki baby muat kot. Thanx so much Ayue. 
Abah ChicNa senyum je everytime bagi surat2 tu "Hari2 ada surat Chicna" kata abah. Siap panggil ChicNa tu instead of _____ Hihi.. Gonna miss ur smile abah. :)

Wednesday, 3 April 2013

Hug

Assalamualaikum

Happy Wednesday peeps!



A hug makes everything better than thousand words...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com