Assalamualaikum
Semua dah tido ke? Lately ChicNa mmg ada habit suka tido lewat. Time limit pukul 2 pagi. Selagi tak pukul 2 mmg tak bleh tido even mata dah ngantuk sgt2. Susah betul nak buang bad habit ni.
Sesape ada tips please share sini. TQ.
Semalam baca entri CIM tentang tidur. Baca ni 'tak cukup tidur'. Menarik tajuk tu, so nak share jgk la sikit info tentang tidur.
Ada jugak kaitan dgn entri CIM.
Jom tengok Kajian Perubatan Ke atas Sunnah Nabi ketika tidur.
Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebut kadar masa yang khusus. Baginda sekadar menyebutkan:
“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas. ”(Bukhari-Muslim)
Dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:
“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)
Kadar masa yg diperlukan oleh setiap orang untuk tidur adalah berbeza2. Yang penting tidur tu dapat menghilangkan rasa mengantuk & membuatkan kita cergas. Bagi orang dewasa, kadar optima ialah 7-8 jam tp bagi sesetengah orang 5-6 jam dah mencukupi.
Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Baginda pun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi)
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)
Berkata ‘Abbad ibn Tamim:
“Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)
Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merehatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher, pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
- Mengiring ke kanan dengan meluruskan tulang belakang atau
- Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.
Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh. Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf dan kerosakan kepada tulang belakang dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot.
Kesimpulannya, sunnah-sunnah Nabi tentang tidur adalah begitu saintifik dan telah dibuktikan melalui kajian2 yg dijalankan.
Islam is the way of life. Ok dah pukul 2. ;)
46 comments:
byk kali juga terbaca ttg tidur mengikut sunnah Nabi.. Insyaallah.. akan dpraktikkan..(^_^)
rasulullah ikutan terbaik:)
wah habit yang luar biasa tu dear..so bangunnya sebelum subuh la ye..pas tu tido semula ke?hehehe.
saya bermacam jenis gaya tido ada..hee
selalunya mmg btul apa yang tak menjadi sunnah n perkara2 yang dilarang ada sebabnya...so mari kita sama2 renungkan dalam2 sunnah n try mengikutinya
amboi.. kul 2 tido yer.. haha.. tp betul ikut sunnah nh y terbaik :D
lewatnya cik na tdo..ayu kol 11.30 semalam dah lesap dh..hehe
lambatnya chic na tido..huhu~~
kalau nak tdo awal, baca buku lah kot? hehe~
bagus perkongsian ni.. baca buku mesti mudah tidor
cik na...cik na boleh kawan ngn alesya...die selalu tidur lewat...
sampai 2 3 pagi kadang tu...
jgn amal selalu tido lewat lps kul 12. huhu. tidur awal awet mude tau. ;)
mudahan kita praktikkan sunnah nabi sblm tdo tu...
org kata nk dodoikn mata baca buku be4 tdo..klo sy lak lain..bila bc buku mood excited nk tggu part2 seterusnya..lagi la x soh mata tdo...sampai x sedar malam menggapai dini pagi...
sy pn skg ni susa nk tdo..ngntk n sakit kpala tp tetap xleh tdo.. hu3.. :(
btw, thanx for info ni.. :D
wani skang ni tido ikut Qalief awal dia tido awal la wani lewat dia tido lewat la wani hihiii...apa pun cara rasulallah adalah cara yang paling baik :))
nyue mmg 2minggu ni...susah sgt2 nk tdor...hurmmm
sy mcm yumida gak, kalo baca buku lg la tak dpt nk tido sbb excited nak habiskan semua. huhu..
mama: kadang2 mmg tido balik sbb rasa pening2. tp kjp jelah. :)
waaa , info baru . bagusnya . tapi teya suka tido awal . pukul 11 tido dahh . haha ,
best entry..Islam agama yg sempurna mstilah ape yg dianjurkan islam ade kbaikannya dari sgale sudut.
Al Quran dn sunnah jadi pegangan!
btw,cendol amat la sukeee tido hehe
samalah kita, chic na..bukan tido malam..tido pagi...mlm nie...camana..on lagi la...boleh sembang..hehehe
sedapnyer tido~
kena kesan nape Chic na xleh nak tido...
segera selesaikan ok...
Masa belajar dulu Masha selalu kne tegur lecterr sebab tertido sampai tersenggok2...haha''!
teya: meh kita tukar mata nak? hihi..
cendol: suka tido eh? jelesss nye. ;)
mama: cik na on je. ;)
masha: camno nak kesan tu cik misi? kalo cik na jumpa doc msti kena marah. dia ckp cik na stress sbb tak cukup tido. huhu.. :)
cikna sama mcm ai lah..kalo bc buku tambah2 lak buku yg minat mmg x tdo trs la jwbnya..excited nk baca smp abis..
tp nape ye cikna x leh tdo even dh ngantuk?stakat skrg ai xde lg lah jd camtu..asal burguling2 ats katil 10-15 min then pengsan terus smp pg.hahaha
kite sekarang asal nampak bantal.. terus lelap.. hihi
kita sama..deqla pun ssh nk tdo..tp bkn habit..mmg dah penyakit dari kecik..huhu...cuma sjk dah kwen ni x la terok mcm dulu..sbb tu kot deqla kurus x cukop tdo...hihi
salam singgah singgah... =)
cik na cik na cik na...cute mama tag cik na join segmen...hehehe
info yg bagus ... slm kenal n da follow u 221
cikna ..kita sama..ayu pn mmg susah nk tidur..awal sikitlah dr cikna..limit kul 1 je..hehe.. adam pun kdg dah terikut dah tidur lambat jugak..haih sgt tak elok utk dia. bagus info cikna ni..
tq untuk tips ni,insyallah akan praktiskan.. #tq akaq,manada femes -..-'
lambatnya chic na tido..huhu~~ Hani byk kali gak terbaca ttg tidur mengikut sunnah Nabi.. InsyaALLAH.. akan cbe dpraktikkan.. (:
Bagus enty ni.. Perkosngian yg menarik.. Aku tidur dekat dekat pukul dua gak.. Even dah naik atas katil awal.. Tapi kdng susah nak tido.. Beguling guling je atas tilam haha
lewatnya tido..cik,pukul 11 dh kroh kroh..ahaha and yes,Islam is the best way of life ^^
Apa? Doc kata tk dpt tido puncanya stress? Mana ada, cuma kita ni just enjoying live. Brjaga tu lbh baik dr tido. Hehe
@Deqla, kurus sbb tk cukup tido. Kira kita be3 ni sekapal lah yea..
CIM: bukan. stress tu puncanya sbb tak cukup tido. huhu.. doc siap suh sy qada' tido sebanyak yg boleh. siang2 mana la nak lena sgt kan. huhu.. aah sama la kita ber3. underweight. :)
Kadangkala bukan tknk tido awal, tp rasa mcm rugi je klau tido. Masih ada byk hal yg boleh dlakukn. CiM tk boleh telebih tido, kalau kul 11pm dh tido, msti trjaga kul 3-4pg thn smpi subuh la stay pstu trus siap2 nk g keje. Klau CiM sj2 tido je spnjng ari, haa start la week tu asyik ngantuk je, walhal byk dh tido, sbb mata ni kesedap nk tido.
*stakt ni lom penah trtido dlm lab.
★★Chic Na, thks coz sudi tag n3 hamba disini★★
CIM xpela study, byk assignment nak buat. sy bkn ape sgt pun. CIM ni jenis yg tido kejap je kot. btul tu, kalo byk tido lg rasa letih badan.
mmg takkan pernah la kot tertido dlm lab. huhu..
*suka entry CIM. tertarik sbnrnya ms baca aritu. tq jgk sbb bg idea. :)
Salam. Buat masa ni saya tetapkan untuk tidur 6jam sehari. hehe.
cP~~~, just nice la tu 6hr.
Hìhìhì...lps ni kena tido dgn rasa nk pergi tido yea, jgn tido sbb trtido. Barulh leh ikut sunnah Rasulullah.
cP: tempoh optima kot 6jam. :)
CIM: kalo cik na tido sbb dah pukul 2, esok nk kerja. huhu.. Insyaallah akan diperbaiki. :)
kalau cik na stress..stress sbb ap?
conth,sbb wat cekelat tersenget atau terpenyek...jadi,selesaikan kononyer tambah tepung lebih ckit ke..ape2 la..hehe
pas2 biler msalah dah selesai,maka stress pun berkurang,jd bolehla tido dgn selesa..ehehe
(agak2 cik na paham x ni) kiki
kahkahkah.. contoh xbleh blah. dah cari dah tp xjumpa. rsnya takde ape pun yg xkena. cik misi tolong cek kan boleh? hihihi.. ;)
miahahahaha...Chic Na stress sbb buat coklat terpenyek. mesti terhempap kepala sbb terngantuk....kihkihkih
dya pun sama..skrg ni susah nk tidur..huhuhuh
banyak kli jgk solehah dh xleh tdo malam.harap2 ble dh msuk belajar semula,habit ni akan berubah
mmg stress la sape2 yg xleh tido tu. ;)
Post a Comment