Saturday, 30 June 2012

Woody Woodpecker

Assalamualaikum

Selamat pagi. Selamat hari Sabtu!
Korang pernah tak tengok woody woodpecker live punye?

Ni ha cer tgk ni. Pict yg sempat ChicNa snap.

 Macho kan rambut dia. Pakai wax tu. Huhu.. 

Sorry agak jakun sket. First time tengok burung belatuk @ woodpecker ni. Sebab tu excited. Tiap2 pagi burung ni suka datang & ketuk2 kat tingkap bilik. Nak kejutkan kita kot. Pastu dia suka tilik2 muka dia kat cermin tingkap tu. Mesti dia rasa dia hensem kan. Seronok pulak tgk gelagat dia. 


Yang ni kapel dia. Female, kepala hitam putih. Tapi yg ni cool, lepak kat pokok je. Low profile kot. Maybe burung2 ni sesat sebab sebelum ni takde pun.

Lepas ni kena buat lawatan ke taman burung.
Sape nak ikut jom. Huhu..

Till then. Happy weekend. :)

Wednesday, 27 June 2012

Coklat #16

Assalamualaikum

Tengok tajuk pun dah tau kan, tp nak gitau jugak.
Coklat time! Yihuu..

Coklat sempoi utk pengantin paling sempoi abad ni. 

Riben sempoi. Berjaya ikat riben tanpa bantuan ma.


Tema warna 'suka hati' kata pengantin.
So kita buat je sesuka hati kita. Hehe..


Letak nama manja lagi. Sempoi.
@ Iskandar & Mai


 Sepatutnya nak tulis Selamat Pengantin Sempoi. Huhu..
Over pulak.

Ok, sekian.


# Oh ya, semalam received hadiah cabutan bertuah GSF dari
M Si Matatajam. Dapat perfume Avon 'Far Away Paradise' lagi.
Double thanks utk M sbb buat ChicNa double wangi. Terima kasih. :) 

Monday, 25 June 2012

Senaman Muka

Assalamualaikum

Semua senyum dulu sebelum baca, especially Cik Senyum.
Ini adalah paksaan. Huhu..

ChicNa mmg suka citer pasal senyum. Bagi ChicNa senyum ni mempunyai satu kuasa besar yg dapat mempengaruhi emosi & memberi aura2 positif utk kita. Juga dijadikan terapi semasa dalam kesedihan. Di samping bersedekah.

Oh semalam ada urusan kat satu tempat, tukang jaga kaunter tu cun tp muka ketat. Grrrr..

Kajian sains mendapati senyum & ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yg dapat merangsang seluruh tubuh & memberi kebaikan kepada sistem saraf otak dan juga hormon.

Bagi yang sakit lak, kalau dia boleh terima kenyataan tersebut dengan tenang & masih mampu tersenyum sebenarnya ia akan bertindakbalas lebih baik terhadap rawatan yg diberikan.

Kalau diperhatikan orang yg selalu senyum, wajahnya nampak lebih berseri2 dan awet muda berbanding dgn orang yg wajahnya sentiasa murung. Sebabnya bila kita senyum kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi.

Tengok, coklat pun pandai senyum!

Untungla sesape yg dikurniakan wajah senyum, time marah pun masih nampak cam senyum. Tapi susah kot nak jumpa. Terbayang wajah Mr Boss yg 24hrs serius. Walaupun muka kita ni muka susah senyum, cubalah utk senyum. Bukan kena bayar pun. Hehe..

So kawan2, jangan lupa untuk senyum okayh. :)

Have a happy heart + a happy Monday.

p/s: Taip entri sambil senyum, 'dua kali' kata Encik H. (^_^)V

Saturday, 23 June 2012

Mesin Masa

Assalamualaikum

Selamat pagi. Rise & shine peeps. (^_^)V


Happy weekend!


# Kan best kalau ada mesin masa doraemon.. kan Pet.

Friday, 22 June 2012

Zon Dinar & Dirham

Assalamualaikum

Malam ni ChicNa nak tukar lagu sbb Mama Arina suruh. Huhu.. Takde lah gurau je. Korang tgk jelah pict2 ni. Tapi sket je sbb tak berapa rajin nak snap. Let's picture tell the story. :)

Mama ajak pegi sini malam Ahad lepas. Ikut saja.

Perhiasan dinding dari errr..

Drawing ni macam comel, so snap. (bayang2 dua makhluk, abaikan)

Bike dari Iran. Murah je RM3900. Sape nak order kat kaunter.

Old skool. Baca betul2 brand tu 'Tondar' ok bukan Honda. Hikhik..

Dinar (gold) & dirham (silver). 

Yang menariknya, untuk urusan jual beli semua barang2 yg berharga RM15 ke atas di semua booth dalam ekspo ni mesti menggunakan dirham. Kaunter tukaran disediakan. Satu dirham equal to RM25.
So sangat best.

Dirham Belia - edisi khas. (tangan adik, abaikan)
Dirham wanita pun ada, refer pict bawah.

Dinar & dirham sebagai mahar perkahwinan. Nak.. (^_^)

Kalau nak tgk pict makanan sila singgah rumah Jaakechik. Kat sana memang sume pict makanan. Hihi.. Peace Jaa! 


Tuesday, 19 June 2012

Lagu Cover Version

Assalamualaikum

Sape suka dengar lagu? Ok nampak Pet angkat dua2 tangan. :p
Yg lain2 pun mesti suka layan lagu kan. Tak kira lah time happy ke time sedih ke time takde perasaan ke mesti nak dengar lagu. 

Sekarang ni byk artis youtube yg femes. ChicNa terjumpa beberapa channel artis youtube yg sangat best. Actually adik yg jumpa dulu. Hehe.. TQ Nuyin! Antara favret kita Tiffany AlvordChester SeeAlex Goot & Luke Conard. I love em all. 

Almost lagu diorang nyanyi solo & ada jgk collaboration antara mereka. Video diorang pun sangat lah awesome. Diorang ni just buat lagu cover version je tau tapi percaya tak, lagu diorang lagi best dari lagu original. Huhu.. Sorry to say that.

Jom layan video ni. Tersuka ngn lagu ni lepas dgr cover version by Tiffany & Chester. Sebelum ni tak suka pun. Hehe..
Original song by Katy Perry


Help! I'm melting.. ^^


"When words fail, music speaks" - William Shakespeare

Sunday, 17 June 2012

Betul ke?

Assalamualaikum

Nak tanya korang, betul ke ni??


Dapat A+ tu. Hehe..

Dear men,
The beauty in life is all the creatures are created as two pairs to complement each other. (^_^)

Saturday, 16 June 2012

Coklat #15

Assalamualaikum

Coklat time!
Sambil2 berhujung minggu tu boleh cuci mata. :)



Tema hot pink - putih.
Tp yg hijau tu terpaksa la letak sbb daun kan hijau,
tak sesuai buat kaler pink/putih.

Ayoi & Ayun. Kiut je nama diorang..

 Mini love box with small choc..

Ini lah part yg paling mencabar nak buat, bagi kita yg tak berapa nak expert ni. Kena buat dgn penuh kesabaran & kasih sayang. Huhu.. Kalau tak kotak yg buat hal, penutup dia tu yg buat hal. Silap2 memang boleh retak & patah kotak hati ni. Ish ish ish..

First time buat dulu mmg retak menanti belah la. Hehe.. Ni dah 3rd time, ok la tp tetap kena berhati2. Tapi yg susah tu la rasa nak ulang buat lagi. Rasa tercabar jek.

Have a great time. ^^

Friday, 15 June 2012

Tidur

Assalamualaikum

Semua dah tido ke? Lately ChicNa mmg ada habit suka tido lewat. Time limit pukul 2 pagi. Selagi tak pukul 2 mmg tak bleh tido even mata dah ngantuk sgt2. Susah betul nak buang bad habit ni.
Sesape ada tips please share sini. TQ.

 Semalam baca entri CIM tentang tidur. Baca ni 'tak cukup tidur'. Menarik tajuk tu, so nak share jgk la sikit info tentang tidur.
Ada jugak kaitan dgn entri CIM.

Jom tengok Kajian Perubatan Ke atas Sunnah Nabi ketika tidur.

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebut kadar masa yang khusus. Baginda sekadar menyebutkan:
“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas. ”(Bukhari-Muslim) 

Dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:
“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)
Kadar masa yg diperlukan oleh setiap orang untuk tidur adalah berbeza2. Yang penting tidur tu dapat menghilangkan rasa mengantuk & membuatkan kita cergas. Bagi orang dewasa, kadar optima ialah 7-8 jam tp bagi sesetengah orang 5-6 jam dah mencukupi. 
Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Baginda pun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi)
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)
Berkata ‘Abbad ibn Tamim:
“Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim) 
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)
Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merehatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher, pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
  1. Mengiring ke kanan dengan meluruskan tulang belakang atau
  2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.
Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh. Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf dan kerosakan kepada tulang belakang dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot.
Kesimpulannya, sunnah-sunnah Nabi tentang tidur adalah begitu saintifik dan telah dibuktikan melalui kajian2 yg dijalankan.
Islam is the way of life. Ok dah pukul 2. ;) 

Tuesday, 12 June 2012

Be Happy!

Assalamualaikum


'Do what makes you happy, be with who makes you smile,
love as long as you live'. - message dari Mr Boss.

*ok, means kalau sy tak happy dgn kerja2 yg bos bagi,
so tak yah buat la ek? hee..

*click for larger image*

p/s : Think happy, be happy. (^_^)

Sunday, 10 June 2012

Coklat #14

Assalamualaikum

Coklat time!

Oh ChicNa suka buat coklat ni. Adventure sgt. Dengan order nya yg last minute, idea pun last minute lah, tema yg belum pernah buat, paling excited tuan yg order ni sekampung ngn ChicNa, saling tak mengenali tp jumpa kat blog.

Akhirnya jumpa gak in person dgn Jaa Kechik. Mmg kecik & peramah orangnya. Time jumpa tu romantik pulak di waktu malam, tgh hujan & di bawah payung. Muka pun nampak samar2 je. Hehe..

Suspek utama dalam pembikinan coklat ni. Macho tak?
Inspired by Super Mario & combination of papa Simpsons.

Sebab tu lah tema warna nya Merah & Biru. Ingatkan takde org tau,
tp anak2 buah Jaa cepat plak catch up yg ni adalah Mario.

Happy Father's Day!

We Love You!

Hadiah utk ayah, suami & abg2 nya yg bergelar ayah.
How sweet of you Jaa. ^_^

Meriah gak la Jaa sefamily celebrate father's day, kalo nak baca ceritanya kat SINIAda masa singgah umah lg ye.

Happy father's day utk semua yg bergelar ayah!


p/s : Happy fathers day utk abah jgk. Walaupun ChicNa tak bagi hadiah coklat tp ChicNa akan masak makanan favret abah.
Heart you. <3


Friday, 8 June 2012

Bless & Love

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. 

Take five. Layan komik jom.. ;)

*click for larger image*

Cilok sini 

Pengajaran pertama :
'Setiap pekerjaan yang mempunyai kebaikan (penting) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut "Bismillahirahmanirahim", maka pekerjaan itu akan pincang (terputus dari rahmat Allah).
~Sabda Nabi Muhammad SAW~

Pengajaran kedua :
Cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai sang Penciptanya.

Salam Jumaat. ^_^

Thursday, 7 June 2012

Cheese Sedap

Assalamualaikum

Kita buat cheezy wedges, korang jgn jeles (citer lama ni). Hikkk.. Letak cheese banyak2 lagi tau.

Oh yg sopan ni adik punya, ChicNa punya tak sempat snap. 

Sape suka cheese up dua jari. Yeah.. ChicNa suka sangat mkn cheese. Dua kali. :) Tak kisah la ape jenis makanan pun, asalkan ada cheese.

Paling suka bila Pizza Hut ada buat promosi extra cheese. Kalau pegi KFC mesti mintak extra cheese utk cheezy wedges. Lagi best kalau makan dgn org2 yg tak suka cheese. Mesti korang tau kan motif ChicNa. Hihi.. Hantu tak?

Salad pun kita taruk cheese + sos salad. Boleh?
Sos thousand island mmg tak pandang dah.

Serbuk cheese ni kita dapat dari member kita kak Dieyna. Kata nya rasa ala2 kfc. Ape lagi terus order & try buat. Memang mavelles & yg penting ada halal cert. Cara nak prepare pun sgt mudah. Cuma bancuh serbuk cheese dgn air panas.

Semua makanan boleh dip ngn cheese ni. ChicNa pernah try mkn dgn ayam goreng, biskut, fries, nugget, roti + sosej.
Jgn minum sudah. Erkk..

 Untuk lebih info check out je blog Kak Dieyna, Wardah Ilmu atau FB Best Shop. Kak Dieyna sedia mambantu. Hekhek..


Give it a try okayh, sooo G double O D!


p/s :  Kak Dieyna, cheese blum habis sbb family sume bkn hantu cheese. :)


Wednesday, 6 June 2012

Job Of A Lifetime

Assalamualaikum

Selamat bekerja kawan2. Keja rajin2. ^_^

Fall in love

 with what you are going to do for a living

to be able

to get out of bed

and do what you love to do

for the rest of your day is beyond words

I’d rather be a failure

in something that I love

then be successful in something I hate



Mode : Tengah motivate kan diri sbb hari ni agak demotivated.

Monday, 4 June 2012

Coklat #13

Assalamualaikum

Coklat time!

Coklat ni utk Cute Mama - Lelamaisara. Actually utk birthday princess Alesya yg ke-2, 28 May lepas.

tema Princess, pink-purple..

lollichoc utk goodies..

nie doorgift utk majlis tunang kakak lela..
Disebabkan ada ongkos lebih so lela bg chance kat ChicNa tambah ape2 je coklat. So ChicNa dgn sesuka hati dia je buatkan coklat ni utk si kecik Alesya. 

Jeng jeng jeng.. Surprise la konon..


Ok, zoom sket..


Taraaaa..

Happy birthday dear Alesya..!!

Kata mama nya, Alesya suka coklat ni. Tak caya baca SINI. Hehe..

Thanks Cute Mama. :)

Friday, 1 June 2012

Venus

Assalamualaikum

Lepas baca online news tadi teruja sangat sebab kita semua berpeluang untuk tengok planet Zuhrah la kawan2. Bukan senang nak dapat peluang ni. Fenomena 'Venus Transit' ni last berlaku pada 8 Jun 2004 dan bakal berlaku lg pada Jun 3133. Sempat lagi ke nak tgk tu?  

Penduduk di Malaysia boleh melihat planet Zuhrah ni yg akan muncul merentasi matahari pada 6 Jun 2012 bermula 6.09 a.m.
hingga 12.50 p.m. 


Transit Zuhrah adalah fenomena di mana planet ini bergerak di antara matahari dan bumi. Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu titik hitam merentasi matahari secara perlahan2
selama 6 jam.

Memang kena tgk ni. Bagi sesapa yg nak tgk tu jgn lupa pakai penapis suria. Ada dengar gak yang gerhana bulan separa akan berlaku
pada 4 Jun (waktu Maghrib).

Sumber : thestar.com.my
Further info : www.angkasa.gov.my

Teringat time sekolah menengah bila ada fenomena2 camni, cikgu2 & kami ahli kelab astronomi masing2 akan bawak tikar, makanan & teleskop buatan sendiri dan berkelah kat padang sekolah utk buat observations. Seronok.

Maha agung ciptaan Nya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com