Friday, 30 November 2012

Crepe vs Puff

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Morning everyone. J

Entri jeles. Semua orang dok citer pasal 'durian crepe'. Kita belum rasa lagi ke'best'an durian crepe mcm yg org dok citer tu. Dah tau mana nak order, recommended by Puan Jaa. Nak order gak tapi nak tunggu adik2 balik cuti sem bulan 12 nanti. The more the merrier. Aritu pun SIL ada cakap teringin nak makan durian crepe.

ChicNa pernah makan durian puff, though. Maybe rasanya lebih kurang je kot filling durian crepe dengan puff tu. Yang berbeza satu letak dalam puff & satu letak dalam crepe. Kan? Seriously memang sedap. Macam makan aiskrim perisa durian & ada sekali isi durian yang fresh kat dalam. Pehhh.. Maveles makan sejuk2.

Chilled durian puff

Saiz durian puff ni besar sket & tak bulat mcm cream puff. Sebijik RM2.50. Sangat worth it. Tapi jarang kot bakery yg jual durian puff. Kat Kelate tak pernah jumpa lagi. Tak dapat la nak compare antara crepe dgn puff sbb ChicNa belum rasa lagi durian crepe. Huhu.. Orang cakap senang je nak buat crepe tapi takde kerajinan & kurang berminat nak buat benda2 cam kuih bertepung2 gitu. Hihi.. *alasan*


# Sesapa yg kat area Klang Valley tu boleh try durian puff @ Casamia
  Bakery Cakehouse, SS15 Subang Jaya. Ada cafe sekali kat situ. J

Thursday, 29 November 2012

Gerhana Bulan Penumbra

Assalamualaikum

Sape tengok gerhana bulan penumbra tadi? Memang tak nampak sangat dengan mata kasar. Tapi bulan sangat cantik. Subhanallah.


Gerhana bulan berlaku apabila bulan memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang bumi di angkasa. Bayang-bayang ini berada berlawanan arah daripada matahari. Oleh kerana itu gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama.

Bayang2 bumi mempunyai dua bahagian. (Refer pict atas) Bulatan merah di tengah dinamakan kawasan bayang2 umbra, manakala bulatan kelabu di sekelilingnya digelar bayang2 penumbra. Sebab tu ia digelar Gerhana Bulan Penumbra. Secara amnya, bayang2 umbra jauh lebih gelap berbanding dengan penumbra. Sumber

Gerhana Bulan Penumbra 28 Nov 2012 - Sumber Sumber

# Mode: Talking to the moon.
  I'm glad to see you again, beautiful moon. Please stay.

# Takziah untuk Nurul sekeluarga atas pemergian ayah tercinta. 
  Al-Fatihah.


Wednesday, 28 November 2012

The Spoken Word

Assalamualaikum

Sesaja cek keywords kat nuffnang. Yg last week punya paling banyak hits entri iklan digi buddyz Takkan Terpisah. Ramai eh suka iklan tu. Best kan. Kalau nak tengok iklan versi BI, klik Never Apart.
Pun best. Kawan2 nak tau tak sape yang cipta poem tu?

*cilok dari efbi*

A young poet, Jamal Raslan - The Spoken Word. A trilingual Malaysian who can’t seem to make up his mind between Bahasa Melayu & English as his main language, Jamal Raslan is a poet who is a great example of the conundrum that is the current Malaysian youth – modern, exposed, liberal but yet struggling to find a sense of belonging in the identity crisis that rocks every English-speaking Malay Muslim.

Tetiba minat poem kan. Hihi.. Tapi poem beliau lain dari yg lain, ayat mmg best. Style bersajak lak mcm rapping pun ada. ChicNa dah dengar poem2 beliau. Antara yg ChicNa suka Words, Motorcycle Diaries, She said 'I Can Live With A Broken Heart' dan lain2. Checkout SoundCloud kalau nak dengar semua. Beliau ada EP gak, baru je release.

Words "You say I am not Melayu, I am Melayu Baru poyo elitist Malay like a certain Mahathir, I speak too much English kononnya Omputih perasan British." 

She said 'I Can Live With A Broken Heart'
"Because I know exactly where the pieces are"

# ChicNa tak jumpa sambungan iklan yg kak CiM cakap tu.
  Thanks anyway sis. J


Monday, 26 November 2012

Evening Walk

Assalamualaikum

Suka pantai tak? ChicNa suka sangat dengar bunyi ombak. Sangat menenangkan. Kalau keluar ngan bff mesti singgah pantai minum air kelapa sambil bincang masalah negara. Hikkk.. Tp selalunya g pantai petang2 bawak potet jalan2. Kalau tak mandi pun just jalan2 tepi pantai tak pun main playground. Nak harapkan abg ngah yg busy sokmo tu mmg tak la kan nak bawak anak dia jenjalan petang2, kecuali time SIL balik cuti sekolah atau kadang2 balik weekend.

Taman Galeri Tengku Anis @ Pantai Geting, Tumpat
Baru je tau taman ni wujud sbb lokasinya agak tersorok. Border Kelantan-Thailand. Belum habis explore sebab baru 2,3 kali pegi.

Nampak tak bangunan2 kat seberang sana? Itu Thailand, so sesapa nak ke sana boleh la berenang seberang laut ni je. Eh laut ke sungai ke pantai ke? Pape jelah, janji sampai.

Rumah api kot. Atau tanda sempadan negara. *hihi memandai*

Petang2 mmg banyak bot. Suka tengok.

Fisherman tangkap fish. *skema jawapan bila potet tanya*

Bot dah sampai. Actually tak nampak pun jeti kat mana.
Maybe kat belah Thailand sana.

Galeri Tengku Anis. Belum pernah masuk. Menara pun belum sempat naik sbb potet sibuk dengan playground dia je.

"Hi peeps! Ain't this too cute?" potet. J

# Sepanjang cuti sekolah potet tak dok sini. Diorang tinggal kat
  rumah mak SIL. Kadang2 je datang. Rindu potet dua kali.. **V

Saturday, 24 November 2012

Coklat #30

Assalamualaikum

Coklat time!
Order from Aien, Muar.

Couple of the year.. 2012
(inspired by err pict from google)

Iklan kotak jap. Suka sangat giftbox ni. Tapi sayang masa pegi beli aritu tinggal satu je. Hukkk..

20.11.12

 Faizal Y Aien

Happy 1st Anniversary!!

Happy sebab diorang suka. Kata Aien dulu masa nak kawen tak jumpa coklat camni, so buat untuk anniversary. Surprise utk hubby nya. ChicNa baru tau yg Aien ni kawan Cik Jijah. Thank you both. J

Any queries or more chocolates at TheCoklatShop 

Friday, 23 November 2012

Thank You!

Assalamualaikum

For good and bad.
For easy and difficult.
For happiness and sadness.
For friends and strangers.
For good health and sickness.
For life and death.
For celebration and mourning.
For the past and present.
For strength and weakness.


Thank you Allah for everything.

Kawan-kawan.. Whatever comes from Him,
always remember to say Alhamdulillah.

Salam Jumaat. J


Wednesday, 21 November 2012

Cyber Pet

Assalamualaikum

Back in 90's. Masa tu kami tak dibenarkan bela sebarang pet kat rumah, so ini jelah yg mampu kami bela. ChicNa, abg long & abg ngah sorang satu. Kalau abg2 g skolah tak sempat nak jaga mesti ChicNa tolong jagakan diorang punya. Sangat bekerjasama ok. Syok kot main cyber pet. Asyik jaga pet je sampai sendiri lupa makan. Huhu..  

Konfem semua orang ada benda ni kan..

Sekarang takde dah, semuanya online. Tapi tak seronok kot virtual pet online. Tak feel. Huhu.. 

# Childhood : No homework, no stress, no worries, no problems. ^^


Tuesday, 20 November 2012

Mr Domo

Assalamualaikum

ChicNa tau dah sapa sini peminat Domo-kun. Yang sorang tu siap ada bag Domo lagi. Baik ngaku cepat sebelum rahsia terbongkar. J

Setelah menggigihkan diri, ChicNa berjaya buat Domo. Lepas ni jgn sesape lagi request utk buatkan Domo. ChicNa nangis jgk kang. Huuu..

Untungla Domo mmg kaler coklat..



Gigih kan..

Finally...

Coloring. Part paling mencabar emosi.
*abaikan kecomotan yg korang nampak*




Actually ni hadiah untuk someone. Dah lama janji ngan beliau coklat Domo ni. Tapi ChicNa saja buat2 tak ingat & buat2 busy (tgh cari idea sebenarnya. Hikkk..) Kebetulan birthday dia 26 Oct lepas so ChicNa buatkan la walaupun lambat sikit. Sorry ye Cik Adik. Suka tak?
Mohon makan dengan penuh kenikmatan. Dah janji kan? Hikkk..

Sunday, 18 November 2012

Bubur Asyura

Assalamualaikum

'Ketika zaman Nabi Noh a.s. dahulu selepas banjir, keadaan masyarakat ketika itu yg mengalami masalah kekurangan makanan menyebabkan mereka bergabung usaha mengumpulkan lebihan bahan makanan dan ia dibuat bubur asyura'- Sumber

Dah jadi budaya kot gotong royong masak bubur asyura ni, yg selalunya dibuat lepas sambut Maal Hijrah atau lebih tepat dalam bulan Muharam. Tapi bubur asyura ni memang sedap pun. ChicNa tak sure gak bahan2 utk buat sebab tak pernah join gotong royong. Cuma yg ChicNa tau bila makan ada rasa macam2 & yang penting ada ayam atau daging yang banyak. ChicNa lagi suka ayam. Huhu..

 Bubur asyura versi Kelate. Nyummm.. *mak cik jiran bagi*

Sape nak? Ada lagi dalam fridge tu. Huhu.. Tp makan panas2 lagi best sbb tekstur dia macam likat2 sket. Then bila sejuk jd keras cam dalam pict tu. Makan dengan sambal kelapa. Lain tempat lain la kot cara masak & rupa bubur asyura kan. Tapi yg ChicNa tau Johor punya macam bubur lambuk.

Tempat korang lak macam mana?

Saturday, 17 November 2012

Masak Jom

Assalamualaikum

Masak time.

Kihkihkih.. Gelak dulu sebab resepi ni memang sangat lah simple. Budak darjah 1 pun boleh masak kot. Sesuai utk orang yg suka masak simple2 mcm ChicNa. Hee.. Tapi sedap tau, favret kami sekeluarga. Errr bila la nak terer masak macam CikSu. Hukkk..

Tempe Goreng Kicap
Bahan2:
Tempe (potong dadu)
Kicap manis (secukup rasa)
Bawang merah & bawang putih (nisbah 3:1 -dimayang)
Cili padi (ikut tahap kepedasan masing2 -dipotong)
Garam (ikut tahap kemasinan masing2)

Cara2:
Goreng tempe + garam (ikut tahap kegaringan masing2)
Masuk bawang dan cili. Goreng sampai layu.
Masuk kicap. Goreng hingga kering sket.
Rasa dulu kalau sedap tu setel la. Hihi..

Sebelum ni kitorang suka makan tempe goreng cicah kicap + cili potong je. So kakak ipar ajarkan resepi ni utk lagi mudah & sedap. Huhu.. Actually goreng kicap mcm ni mmg lagi maveles sbb semua rasa terserap dalam tempe. Makan ngan nasi panas. Yummiee.. 

Makan jommm.. J

Thursday, 15 November 2012

Takkan Terpisah

Assalamualaikum

Sure korang pernah tengok iklan ni kat tv. Hahh iklan paling kita suka buat masa ni. Best kot ayat2 dia kalau dihayati betul2. Sempoi tp full of meaning. Even bukan ayat sendiri tapi ChicNa tetap nak dedicate untuk semua kawan-kawan yang selalu datang ke TheCoklatBlog ni especially GSFian & kawan-kawan kat luar sana.

Thank you friend for putting colors into my life. J

*untuk yg belum tengok*

Takkan terpisah empat sekawan gila2 rambut tak sama tapi satu kepala tak sedarah tapi bersaudara sumpah untuk bersama-sama takkan terpisah biar tsunami melanda pusing dunia berjanji setia susah senang kami menang takkan terpisah ibarat KL dengan traffic jam burung biru dengan muka buku tetap rapat kami hebat macam budak hipster dengan jeans ketat takkan koyak takkan goyah takkan terpisah kami buddyz bersama selamanya kami riuh kami gempak ngam ngam macam segiempat tepat suara berbeza pilihan sama fahami jiwa tanpa suara kami sembang gaduh sms kutuk lepak sebab kami muda sekali je bersama mencipta menggegar dunia kami bebas merantau merata-rata merayau-rayau mencari jati diri bersama selamanya.
Kami buddyz kami takkan terpisah.. Y


-Jamal Raslan-

Not forgetting my besties ever.. 
kak Fila, kak Ila, Sue & Fena.. Thank u for always being there for me through thick & thin, for better for worse. Love you much2 lalings.
*Org tau dia baca blog ni. :)*

Tuesday, 13 November 2012

Girls Meet Up

Assalamualaikum

Akhirnya dapat jugak ChicNa menjoinkan diri utk meet up kali ni. Kami berempat je semuanya member blogger, first time jumpa diorang kecuali Jaa yg ChicNa dah pernah 2 kali jumpa. Meet up antara 'Geng Keding' sebab semuanya memang keding2 & tak cukup berat belaka. Huhu.. Kejadian berlaku pada pagi Jumaat lepas di food court KBM.

Ok, layan gambar jelah. 

Puan penganjur a.k.a ketua geng keding, Jaakechik. Nama pun dah kecik. Tapi dia nampak tinggi sebab pakai heels. Sila jgn terpedaya. Hihi.. Hubby dia hantar 2 org escort kiri kanan ok. Berani? Cubalah.

Si cantik manis Cikji & Cik Yla. Diorang ni bff dari kecik tau.
ChicNa baru2 je kenal Cikji kat blog, tp Yla baru je kenal masa jumpa ni. Diorang semua memang peramah. Kami bersembang mcm la dah lama kenal wpun memula agak malu. Aww.. Cikji sudah berpunya tau wpun nampak cam anak dara. Tapi Yla still available. Huhu..

The foods yg tak umphhh. *next time keni rojes plisss*

MC majlis yg agak keletihan lepas bg ucapan perasmian. Huhu.. 

Tengah share topup ke tuh? Kikiki.. Cikji cam tgh membebel je.

Us! The keding girls..

Thanks all, next time boleh gather2 lagi. Thanks Jaa bagi hadiah, kami tak prepare pape pun. Hukhuk.. Tak lupa photographer cilik kami, adik Jaa (err lupa tanya nama) sebab sanggup tolong snap utk kakak2 yg banyak songeh ni. Thank u so much adik. J

Tak dapat join Cikji & Yla merendek. Kena balik cepat, nak jaga si kecik ni sebab ma&abah ada program petang tu.

Orang lentok kanan dia lentok kiri.

Ciao.

# ChicNa pernah jumpa Cik Ai sebelum ni tp disebabkan tertinggal
   kamera so takde bukti nak tunjuk. Tp boleh baca kisahnya kat 
   blog Cik Ai yg kiut itu. Yang lain2 bila nak jumpa ek.. J

Sunday, 11 November 2012

Coklat #29

Assalamualaikum

Masa untuk coklat!

Happy Birthday!

Happy 10th Anniversary!

Congrats on Your Graduation!

Jijah Y Syafiq

4 in 1 wishes. Hadiah dari Cik Azizah utk hubby tersayang. 
Thanks dear. J

Next, dari Ayue..

Birthday gift untuk hubby tersayang juga.

To Azrul. From Ayu. Y
Thanks Ayue.

Any queries or more coklates @ TheCoklatShop

Adios! J

Friday, 9 November 2012

Oldskool

Assalamualaikum

Kat tempat kawan-kawan ada tak sesuatu yg rare macam ni?
Atau ChicNa yg jakun. Huhu..

STOP.LOOK.GO

Spotted at a village near 'Gold Sand' town (bandar Pasir Mas). Hikhik..
*Tetiba rasa nak kecek english tengok signage tu.

Actually kat situ ada jalan keretapi tak berpagar. Tu sebab ada signage macam tu sebagai tanda amaran utk pengguna jalan kot. Jalan kampung je tu, shortcut nak ke Pasir Mas. First time lalu jalan tu & first time jumpa signage macam tu. Huhu..

Orang kampung situ memang cool la.

Old is cool J

Thursday, 8 November 2012

Kita Cari Awak

She's got a smile that it seems to me..
reminds me of childhood memories..
where everything was as fresh as the bright blue sky. lalala..

Assalamualaikum

Aritu hilang kawan, now nak cari kawan pulak. Hee.. Hai orang Johor: Cutemama I CIM I Zera I Hotet I Keyrah I Nana I Nadia<<future sil.. ngeh3.. err lain2 tak ingat. Seriously rindu sgt negeri Johor, tempat lahir dan membesar. Last time pegi Johor tahun 2009 tu pun sbb kena outstation kat Muar. Sempat mkn mee bandung Muo. J

Rindu rumah lama kat Jalan Pt. Masjid, Pontian. Abah pernah mengajar kat Pontian hampir 18 tahun kat SMK Dato Ali Hj Ahmad dan SMK Telok Kerang sebelum dapat tukar ke SMK Tumpat, Kelate.
Anyone pernah sekolah kat situ?

Satu benda yg paling ChicNa rindu is childhood memories, lot of sweet things. Dan yg tak pernah dilupakan, childhood friend Shahrul, anak cikgu Sahak, jiran sebelah rumah. Agaknya dia ingat ChicNa lagi tak? Budak yg selalu dia buli & habiskan masa setiap hari main sama2.

Dah berbelas tahun kot lost contact lepas balik Kelate. Sejak mama hilangkan surat yg mama si Shahrul kirim. Rindu nak jumpa diorang. Banyak kenangan hidup berjiran. Rindu kat longkang busuk yg abg long pernah jatuh masa naik beskal. Huhu.. Tak sure perumahan tu ada lagi atau dah dibangunkan. Tak sure diorang masih tinggal kat situ atau dah pindah. Hmm semua tak sure lah.

 Lihatlah betapa innocent nya kami. J

Kenapa lah tivitiga dah tak buat rancangan jejak kasihan, kan dah susah nak cari diorang. Oh mana tau dia terbaca entri ni kan?
Perhaps. *dreaming*


# Taip entri sambil dengar lagu Sweet Child O Mine.
   Semua gara2 terbelek album2 lama semalam.

Wednesday, 7 November 2012

Terima Kasih V

Assalamualaikum

Baru nak update. Saja lambat2 kan. Sampaikan tuan yg pos barang ni tertanya2 ChicNa dah received ke belum hadiahnya. Huhu.. Sorry DQ. Sebelum ni ramai GSFian yg dah buat entri kan. 

Adik yg bagi surat ni, dia ckp surat dari UUM sbb mmg sampul UUM pun. Confuse jap. Err tak pernah lak ChicNa apply UUM. Bila tengok sendiri surat tu nampak cam tak official pun & dpt agak bila ada nama CHIC NA. Bukak2 je.. 

Taraaa..

Yayyy dapat souvenir!

Comel kan kad tu. Terima kasih Deq's Qienz a.k.a Mama Qhayra. GSFian semua dapat. Baik sungguh hati DQ. Sekarang tengah exam. Awak jawab peksa molek2 ya.

Semoga ukhwah yang terjalin ini kekal selamanya. Sayang DQ! Y 
*ayat copy*

# Teringat: Ada kawan dari Holland, masa jalan2 nampak signboard 'Sayangi Kuala Lumpur'. Excited dia baca 'Sajangi Kuala Lumpur'. Hihihi.. Sebutan diorang memang Y = J & J = Y. J

Tuesday, 6 November 2012

Hilang..

Assalamualaikum

Korang ramai kawan tak? Berapa? 10? 50? 100? 3000?
Err pernah tak kehilangan kawan? Sebab? 

Step-step Kehilangan Kawan

Anda pernah mengalaminya?

Kebanyakan kawan hilang selepas mereka kawen. L

# Jom hiburkan hati tengok music video lagu Sakit Perut <<< klik.
  Enjoy! Hikkk..

Saturday, 3 November 2012

Coklat #28

Assalamualaikum

Coklat!! Dua singgit.. Dua singgit.. J

Order from Adik manis & the gang
Mixed choc (Chocoreo/Lollichoc/Minibar)


Spambob kata potet.


Order from Mimi.
*Praline with assorted filling
(biskut ball/almond/kismis/marshmallow/M&M/Oreo)

Lollichoc

Kamsahamnida. J

More chocolates @ TheCoklatShop

*Praline >> Coklat yg ada inti di dalam. Refer pict di atas.
 Tq awak yang bertanya. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com