Wednesday, 31 October 2012

Dot Putih

Assalamualaikum


Sape tau ini apa? Excited sebenarnya sebab dah lama tak nampak benda ni kat kuku. Dulu2 pernah la ada. Member cakap bunga kuku. Tetiba rasa curious, so terus google. Rupanya ada macam2 mitos berkenaan dengan bunga kuku ni. 

Antaranya (dari forum ape ntah, dah agak lama):

*Click for larger image*
Ada orang minat? Err.. Jiran sebelah rumah kot. J

Kurang Kalsium? Takkan kot. ChicNa penagih susu tegar. Paling minimum pun minum susu 2 kali sehari tp selalunya lebih la. Hihi..

Kurang zat besi dan asam? Lecturer ckp kalau kurang zat besi penyakit anemia. Asam? Tak pernah lak belajar asam tu sejenis zat makanan.

Ada masalah? Ni paling mengarut & sangat tak masuk akal. 

Ok, tangan kanan - ramai kawan. Ha, ni betul.
Memang ramai kawan2 kat blogger ni. J

Mitos je tu. Harap jangan percaya. Bunga kuku, English: white nail, Medical term: Leuconychia. Biasanya berlaku disebabkan oleh kecederaan kecil pada pangkal kuku di mana kuku terbentuk atau paras Potassium yg rendah dalam diet. -Wiki-

Potassium=Sodium=Garam. Ni betul la kurang. Mama ChicNa memang terlalu menjaga kesihatan, so masak tawar sokmo. Hihi.. Alasan semata2. Sumber Potassium: kentang, jus oren, pisang, sayuran hijau, kekacang, coklat etc. Rasanya dah banyak makan coklat. Huhu.. Possibly sebab injured kot. Bukan perasan pun sbb minor injured je kan. Apepun macam comel pulak ada bunga kat kuku ni. Tapi jangan banyak2 sudah. Hikhik..

# Still tak puas hati kenapa orang panggil bunga kuku sebab
   benda tu langsung tak macam bentuk bunga. Grrr..

Tuesday, 30 October 2012

Dear Moon

Mode: Talking to the moon (00:07 a.m.)


At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Try to get to you
In hopes you're on
the other side
Talking to me too

# Everything looks beautiful under your light. J

Sunday, 28 October 2012

Homo Sapiens

Assalamualaikum

Verily in the heavens and the earth, are signs for those who believe.
And in the creation of yourselves and the fact that animals are scattered (through the earth), are signs for those of assured Faith. 45:3-4

Fakta-fakta Tentang Badan Manusia

Jantung manusia berdenyut sekitar 10 000 kali sehari.
Perjalanan darah manusia adalah sejauh 60 000 batu.
Mata manusia boleh membezakan sehingga 1 juta permukaan warna
dan berupaya mengambil maklumat lebih daripada teleskop terbesar.
Paru-paru manusia menyedut lebih 2 juta liter udara setiap hari. Ia 
adalah cukup besar untuk mengisi sebuah gelanggang tenis. 
Pendengaran manusia adalah sangat sensitif. Ia berupaya
membezakan antara ratusan ribu bunyi yang berbeza.
Deria sentuh manusia adalah lebih halus berbanding mana-mana
peranti yang pernah dicipta.
Otak manusia adalah lebih kompleks daripada komputer dan 
mempunyai lebih 100 billion sel saraf.
Manusia menghasilkan lebih 100 billion sel darah merah setiap hari.
Apabila menyentuh sesuatu, mesej akan dihantar ke otak dengan
kelajuan 124 mph.
Manusia mempunyai lebih 600 otot.
Manusia menggerakkan sekurang2nya 30 otot ketika tersenyum.
70% dari badan manusia adalah air.
Manusia menghasilkan 1 liter air liur setiap hari.
Hidung manusia adalah sistem penghawa dingin peribadi.
Ia memanaskan udara sejuk, menyejukkan udara panas dan 
menapis kekotoran.
Setiap 1 inci persegi tangan kita mempunyai 9 kaki saluran darah,
600 sensor sakit, 9000 saraf, 36 sensor haba dan 75 sensor tekanan.
Manusia mempunyai copper, zink, kobalt, kalsium, mangan, fosfat,
nikel dan silikon di dalam badan.
Amazing! J

Wednesday, 24 October 2012

Coklat #27

Assalamualaikum

Coklat time. Wink wink..

Of cos la kosong kan? Takkan ChicNa lak nak tulis.
Agaknya apa la yang akak tulis. Hikkk.. *sibuk je*

Sanah Helwah Zulkarnaen.
En. Zulkarnaen ni adalah suami kepada C'Jai.

Pink + Hijau + Putih

Happy ok dapat tolong C'Jai buat surprise untuk hubby nya walaupun takde la membantu sangat sebenarnya. Huhu..
Mission succeed! Kan kak? :)

Terima kasih C'JaiJ

Thanks korang sudi datang jenguk. Nah ambik sorang satu sbg hadiah. Jangan rebut2 ye. Hikkk..



# Err sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidiladha.
   Hati-hati balik kampung. J

Mereka I

Assalamualaikum

Lelaki idaman saya Y
Emma sila jangan jeles k. Haha..

Sepanjang hidup, mesti kita pernah jumpa macam2 jenis orang kan. Masing2 ada perangai & kisah tersendiri. ChicNa just nak share kisah benar 4 lelaki, antara yg ChicNa kenal rapat. They might be my bestfren, colleague, schoolmate, kazen @ BF kawan2. Huhu.. 
Korang dialu2kan untuk memberi pendapat. Sila sila.. J

Kisah I : Lelaki Idaman 
Lelaki ni ada pakej lengkap yg sesuai utk dijadikan suami. Hensem, bijak, cukup didikan agama, keja bagus, gaji besar, anak yg bertanggungjawab & suka kucing. Hehe.. Cuma yg agak tak best, dia sangat suka bersosial even hanya bersosial ngn kawan2 lelaki. One fine day, dia terjatuh cinta dgn sorang gadis yg sangat baik. So dia berjanji utk berubah demi gadis tu. Hubungan diorang berjalan lancar. Tak lama lepas tu dia kembali berclubbing atas alasan work pressure. Dah langgar janji ok! Si gadis dapat tau, so tanpa berfikir panjang  dia telah memutuskan hubungan mereka on the dot. Lelaki ni terima je walaupun agak sedih. Tapi lepas beberapa jam, gadis tu menyesal sbb buat keputusan terburu2. Dia meminta maaf & merayu2 dgn lelaki tu utk sambung balik hubungan mereka, tapi langsung lelaki tu tak layan. Errr kejammm.

# Salah sape sebenarnya? Susah ke nak memaafkan atau dia memang
  high-ego kah atau rasa tercabar bila kena dump dengan perempuan? 

Kisah II : Lelaki Kasanova
Lelaki ni sebenarnya sangat suka melayan makhluk bernama perempuan. Maybe sebab dia terlalu peramah? Agaknya. Huhu.. Actually dia dah pun ada 2 orang GFs. GF betul2 & GF gelap. Sehingga dia dah kawen pun (dgn GF betul), dia still lagi menyimpan GF gelapnya tu. Alasannya tak happy dengan marriage, plus katanya GF gelap dia lebih memahami & manja, tak singa macam wife dia. Erkk.. So dalam diam2 diorg berhubung & berdating sampai la lelaki ni dah ada baby pun dgn wife dia. Tetiba, lelaki tu dapat tau yg GF gelap dia ada BF lain selain dia. Dengan frustnya dia terus tinggalkan GF gelap dia. GF tu juga telah dituduh curang. Haha.. Hubungan diorang terputus kat situ je after 5 tahun berkawan. Lama kot.

# Tak sangka sangat lelaki tu akan frust sampai camtu sekali. Lain la
   kalau dia masih single. Ni dah ada wife & baby ok. Tak faham.


Ahhh penat la nak citer panjang2.
Lagi 2 kisah sambung next time yek. J

continued..

Monday, 22 October 2012

Banyak Tanya

Assalamualaikum

Pernah tak korang mengalami situasi macam ni? Bila tetiba korang blur & tak dapat nak jawab soalan adik @ anak buah korang? Walaupun yg bertanya tu kanak2 je pun, baru 2,3 tahun. Contoh:

Awkward kan? Huhu..

Camtu lah potets. Suka tanya soalan2 di luar pemikiran ChicNa. Selagi tak jawab soalan tu akan diulang berkali2. Even dah jawab pun tetap akan terus keluar soalan lain sampai berpusing2 rasanya. Gigih kan? Kadang2 rasa kagum jugak ngan semangat budak2 ni.

Info: Memang sifat kanak2 suka bertanya & mempunyai rasa ingin tahu yg tinggi. 80% daripada percakapan kanak2 yg berumur 2 hingga 12 tahun adalah bertanya. Pertanyaan akan berkurangan sehingga 40% setelah memasuki sekolah menengah. Patut la. Logik gak kot, kanak2 apa sangat la yg diorang nak sembang kan. Apa yg diorang nampak, yg tu la diorang akan tanya. Banyak lak tu idea diorang.

So, terpaksa layankan aje la. Tapi seronok jugak kadang2. Kita kecik2 dulu macam tu gak kot. Ntah2 lagi teruk. Hikhik..


# Rindu kat potet yg sorang ni. Pegi holiday tak ajak ChicNa pun. :I

Saturday, 20 October 2012

Kiut Tapi Kejam

Assalamualaikum

Happy Saturday. Selamat bercuti. Ahad cuti lagi sempena piala dunia apa eh? Tak tau lak sebab tak minat bola. Hee..

Korang suka tengok kartun tak? Jom tengok kartun, favret ni. Karakter2 dalam kartun ni sumenya kiut2 tapi perangai huhh tak tau nak cakapla. Kejam giler. Tapi still suka gak.

Korang yang takut darah & aksi2 kejam tu dinasihatkan jangan tengok sebab boleh mendatangkan kengerian. Kanak2 dilarang tengok kartun ni sebab ada aksi2 kejam terlampau. Kadang2 tutup mata gak bila tengok. Scary kot even kartun je pun. Huhu.. Tak caya jom tengok.

Latest episode ni.

Happy Tree Friends. Dalam banyak2 karakter paling ChicNa suka, Giggles sebab dia suka gelak (giggles), pemalu & penyayang tapi selalu jadi mangsa kekejaman. Tapi dia pun kejam gak tau. Huhu..
Comel kan saya?

Ada banyak lagi episod2 yg lepas. Kalau nak tengok boleh klik SINI.
Korang jangan tiru aksi2 kartun ni sudah. 
J
# Nur, ni lah kartun semalam. Hehe.. Nur suka Shaun the Sheep.
  Korang yg lain2 tu suka kartun ape lak?

Thursday, 18 October 2012

Coklat #26

Assalamualaikum

Take five! Have a chocolate. J

 A Gift..


..on your birthday.


Happy Birthday! Jerit si gegirl..

Actually nak buat story thru coklat2 tu. Tapi agak failed disitu sebab tak dapat nak buat speech balloon kat coklat yg bentuk hadiah untuk menunjukkan si boboy yg konon2 berangan dapat hadiah.
Korang faham tak? Kalau tak faham, buat2 faham k. Huhu..

From Aisya with Y

Hadiah dari Aisya a.k.a Chipmunk untuk birthday En Barney. Diorang ni berkongsi blog. Sweet kan mereka. Aisya bagi kebebasan utk ChicNa buat coklat ni. Serius, dah lama teringin nak buat coklat tanpa colouring. Sebenarnya ChicNa sangat suka kaler plain choc & white.
I just love the originality. Syukur la diorang suka. Hee..
Terima kasih Aisya. J

Jom ke TheCoklatShop utk lebih coklat!

Wednesday, 17 October 2012

Empatbelas Je

Assalamualaikum

ChicNa dah update ni Dya, meh baca. Agak kebizian menguruskan sesuatu. Seronok baca citer shopping korang. Masing2 ada kisah tersendiri. ChicNa still lagi dok terbayang2 baju tu tau. Hukkk..

Harini kita nak tayang hadiah birthday paling cool kita dapat tahun ni. Sure korang tak jeles punya. Hadiah ni sampai sehari sebelum birthday ChicNa. Memang sgt surprise la dibuatnya. Huhu.. 

Haha.. Cool tak? 14 kompaun jeee. J

Actually tu kompaun terkumpul selama 6+ tahun keja situ. Okla tu kan, purata 3 kompaun je setahun. Hee.. Bukan sengaja pun. Geng2 MPSJ tu yg keja terlebih rajin. Sehari sampai 3,4 kali kot meround. Huhh.. Jumlah kerugian cukup untuk beli 2 bijik fixie tahu! Iskkk..

Pesan otai. Takut lak baca. Baru ingat nak sweet escape. Hihi..

# Ada tak sesapa nak tolong bayarkan?
  Atau sesape keja MPSJ, meh kita bincang2. J 

Saturday, 13 October 2012

Shopping

Assalamualaikum

Sape suka shopping? *sendiri angkat tangan. Huhu.. 

Shopping lebih kepada untuk terapi diri sebenarnya. Boleh hilangkan stress gak sebab kita akan rasa happy bila kita dapat beli sesuatu yang dapat menggembirakan diri.

Tapi kadang2 shopping boleh mendatangkan stress jugak.
Nak tau kenapa?

Kan???


# Berkenan sangat sangat sangat kat satu baju tu tapi takde saiz. L

Friday, 12 October 2012

Hitam Tapi Sedap

Assalamualaikum

Apakah yg hitam itu? Hihi..

Rempah masak hitam

Rempah ChicNa order dari Mama Mia. Terliur tengok mama dok tayang2. Hihi.. Boleh guna utk masak ayam atau daging. Simple je pun. Haha.. Eksyen. Sebelum masak tu terkial2 gak sebenarnya sebab confuse dgn bahan2 yg ditulis. Terus sms Mama Mia mintak S.O.S.

Pesan Mama Mia 'Masak ikut citarasa sendiri. Seimbangkan rasa manis, masin & pedas'. Ingat tu pesan chef. TQ! J

Apalagi ChicNa pun terus campak2 jela bahan2 yg patut. Terhasil lah Daging Masak Hitam. Bau pun dah menggoda perut ok.

 Err pict dalam kuali je. Takdela hitam sangat kan. Just nice. Kering sebab ChicNa letak minyak sket je takut puan misi komplen. Huhu..

Makan dengan nasi panas memang maveles.
Mertua lalu depan pun tak sedar. *utk yg dah kawen. ;)

Family ChicNa suka. So sesapa yg dah terliur tu cepat2 order sebelum korang kempunan. Selagi stok masih ada. Stok banyak kan mama. Hehe.. Komen je kat blog beliau, MiaDuniaku atau klik SINI. Boleh masak raya haji nanti, makan dengan nasi impit. Perhhh..

Sekian.

# Ada lagi sepaket nak try masak ayam lak. J

Wednesday, 10 October 2012

Dua Kata

Assalamualaikum

Notty ya. Memang kaki buli agaknya. Hihi..

Boleh bergurau tapi biarlah kena pada tempatnya. J


# Happy birthday untuk our boss GSF Mama Arina
  Semoga sentiasa diberkati, dilimpahkan rezeki & diberi 
  kebahagiaan yg berterusan.
  
  Request: GSF cukup setahun plan gathering ya Mama. J

Monday, 8 October 2012

Coklat #25

Assalamualaikum

Coklat time! 

You know you're strong when you reject a piece of chocolate someone offered to you. Failed la kalo ChicNa.

Coklat ni ChicNa bagi tema 'So Much Love' atas request si dia yang mintak coklat love banyak2. Memang semuanya lah ChicNa letak love. Harap si dia suka. J 

2nd anniversary. Still in 'honeyday' mood katanya. 
Tu ChicNa bagi padlock love. Tau kan nak lock sape? Hihi..

Dari si dia untuk dia.. hey!! Eh, ada yg marah nnti nyanyi lagu ni. ;p

Happy 2nd Anniversary Deqla & Erry. Semoga bahagia, berkekalan & dimurahkan rezeki untuk tambah orang baru yang kecik. J  

Budak2 sekolah sekarang advance ek, main hantar2 coklat.


Lebih coklat di TheCoklatShop


Sunday, 7 October 2012

Terima Kasih IV

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti. Last week dapat dua bungkusan istimewa. Kedua2nya dari GSFian. Ok, happy! J

Yang pertama dari dearie sis, CIM
Belated kad raya + hadiah birthday + top commentator.
Pandai sis buat keychain lovebox tu. Kreatif. Dalam ada cekelat tp dah makan. Huhu.. Brooch beetle tu kiut & comel sangat. J

Tapi, ini paling ChicNa suka...
Notebook! Boleh buat diary jugak. Macam tau2 je notebook ChicNa dah hampir penuh semua. Tapi sayang lak nak guna.
Thanks, love u kakak Y.

Ok, yang kedua dari Ibu Qalief a.k.a Wanieys
Brooch yg sangat comel + hp case (belated birthday gift).
Aritu Deqla tayang brooch oranje kat Sweety, sekarang ChicNa lak nak tayang hp case oranje. Jangan marah Sweety. J

Semua GSFian dapat kan. Baik sungguh hati Wanieys. Walaupun dalam keadaan Qalief yg tak berapa sihat, Wanieys tetap ingat kawan2. Kami semua sentiasa mendoakan kesihatan Qalief. Harap Qalief cepat sembuh & kembali sihat macam biasa, InshaAllah.
Rindu nak tengok baby Qalief senyum. Thanks Wanieys, love you Y.

ChicNa memang suka babbling dalam notebook time happy, sedih
   atau bosan. Tengoklah koleksi notebook ChicNa. Hee..
*Err dulu je minat P00H, now tak minat dah. ;p

Friday, 5 October 2012

Sabarlah Hati

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Semoga hari ni lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik daripada hari ni.

Masalah??
Terpaksa hadapi walaupun masalah yang datang berpunca dari kecuaian orang lain yang tak bertanggungjawab. Tak adil kan. L

"Ya Allah permudahkanlah urusanku,
permudahkanlah jangan disulitkan."

Wednesday, 3 October 2012

Halo

Assalamualaikum

Ni semalam punya kejadian. Selasa, 2 Oct 2012. Waktu tengah hari. Lokasi di sekitar Lembah Klang. Bestnya sesape yg dapat tengok.

Halo - Bulatan pelangi keliling matahari. Cantik kan?

Fenomena atmosferik, yang mana ketika itu, titisan2 air yang berada di udara sekitar kawasan yang nampak halo tu, mula membeku menjadi ais kristal. Ais kristal ni pula membias cahaya matahari sehingga menjadi warna pelangi yang membentuk bulatan keliling matahari. Bulatan ini sebenarnya sama je saiz (22 darjah) walaupun di tempat berlainan dan masa waktu berlainan.



Kek Awesome

Agaknya macam ni la kan kek kawen zombie?

Scary tak?


Cake anyone? My treat. Hoho..
*camne eh zombie gelak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com